Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 10, 2008

Malay Dilemma Revisited

I had a chat with my old friend. He is from the state of Johor and a businessman in KL. He is an ardest fan of UMNO and he is worried about the deteriorating support for the party. He told me that as long as the premier does not relinquish his post, turmoil is boiling in UMNO. He is worried that the bickering among UMNO members will lead to Anwar Ibrahim taking the golden oppurtunity to become the 6th Prime Minister of Malaysia.

I am a very optimistic person. I do believe that the Prime Minister is doing something and will not let Malaysia be in a chaotic situation. He will eventually pass the baton to his Deputy and Insya Allah everything will go according to plan. As for the Ketua Pemuda post, it is a funny notion from Dato' Khairuddin, Youth Head of Pahang state; a friend of mine to suggest Dato' Seri Adenan Yaakob as the best candidate. Let Pemuda decides who is the most suitable person and I am in the opinion that Dato' Mukhriz Tun Mahathir is the best person to lead the movement, as hundreds of time I have been telling my friends.

We are in danger of being too emotional about politics. Read what Tun Dr Mahathir said in his book Malay Dilemma. For me, Malay Dilemma is occuring again at present. To UMNO, happy celebrating its 62nd birthday and may Allah protect the keramat party.

3 comments:

  1. salam...

    politik melayu memang dalam satu keadaan yang amat membimbangkan.. nak tak nak kita semua kena menerima hakikat ini..

    semua orang suka berpolitik sekarang ini.. yang muda, yang remaja, tua semua sekarang ini suka untuk berpolitik..
    kenapa??

    pada saya semua terjadi kerana isu politik sekarang ini hebat diperkatakan di semua blog, surat khabar, jadi semua orang nak berpolitik.. faham tak faham kena ikut perkembangan semasa..

    trend sekarang ini, kita berpolitik tanpa faham akan asas perjuangan untuk kita berpolitik...

    sokong UMNO... untuk apa, satu parti yang sudah tua... yang dah tak relevan.. orang2 dia rasuah.. politik wang..

    sokonglah PKR, kan ke anwar tu nampak hebat.. berhujah, pergh.. hebat..

    DAP.. lim guan ng naik bas ke parlimen... wah... ini dah kira zuhud ni...

    PAS... Nik aziz.. paling pandai dalam ilmu agama... lawan dia, boleh kira lawan islam la...

    kita semua terlalu ekstrem dlam memilih pemimpin.. perjuangan parti kita tolak ketepi... jadi saya sarankan orang melayu islam ni... tolonglah faham akan perjuangan sesuatu parti dahulu...pemimpin kita boleh cari... kalau pemimpin tak elok tukarlah..

    UMNO cukup relevan dalam membawa mandat orang2 melayu.. tolonglah jangan masuk UMNO untuk mencari populariti.. untuk mencari projek...senang cerita untuk kepentingan diri... kita mesti teru memperjuangkan bangsa melayu supaya tak hanyut di telan zaman..

    bagi semua orang melayu.. ketepikanlah ego masing2, bersatulah semua orang melayu...

    p/s
    setangkai lidi senang nak dipatahkan.. cuba secekak lidi, susah untuk dipatahkan..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  2. Penganiayaan GLC’s terhadap SME’s Melayu
    Dilulus terbit pada Wednesday, May 14 @ 14:09:37 MYT oleh SongkokPutih


    Oleh mose

    "
    Adakah benar Dasar Ekonomi Baru membantu Melayu. Dasar yang dicanangkan oleh Kerajaan sekian lama sememangnya benar membawa perubahan kepada orang Melayu. Akan tetapi mereka yang menikmati dasar ini adalah dikalangan tokoh Korporat-korporat Melayu yang mempunyai kepentingan politik dan proksi dikalangan pemimpin negara. Apa pula yang telah terjadi kepada pengusaha-pengusaha dan usahawan-usahawan Melayu yang digelar SME / IKS?

    Dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berbagai skim latihan diperkenalkan untuk melatih usahawan Melayu dan bumiputra. Mungkin kementerian berjaya melahirkan banyak usahawan dari program yang telah dibuat.



    Akan tetapi apakah langkah kementerian selama ini untuk membantu usahawan yang dibentuk oleh mereka hasil latihan program mereka sendiri. Ini belum melibatkan syarikat-syarikat SME yang beroperasi tanpa bantuan atau didikan kementerian. Kita boleh lihat mengapa kebanyakkan syarikat SME telah gulung tikar selepas 2 – 5 tahun mereka beroperasi. Kementerian tidak langsung membantu mereka dalam mengembangkan perniagaan mereka. Selama ini pihak kementerian hanya memerhati sahaja syarikat Melayu rebah menyembah bumi. Kita akan lihat apa pula akan berlaku dibawah kepemimpinan menteri yang baru.

    Permasalahan yang ingin saya timbulkan disini kenapa sering sahaja syarikat SME’s yang ada seperti ’Hidup Segan Mati Tak Mahu’. Berbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk menyelamatkan syarikat masing-masing. Ada yang mengadu kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), SME Bank dan terbaru sejak setahun dua ini ialah GABEM. Apakah tindakan mereka dalam membantu syarikat-syarikat SME’s ini.

    Seperti DPMM, mereka hanya tahu bercakap sahaja, habuk pun tak ada. Pemimpin atasan seakan kehilangan punca dan idea untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya membantu SME’s dalam perniagaan mereka. Mungkinkah pucuk pimpinan DPMM tidak berkaliber atau tidak langsung mempunyai kekuatan atau pengaruh terhadap kerajaan. Mungkinkah suara DPMM tidak sekuat mana? Jika benar DPMM kuat sudah tentu kita tidak memerlukan GABEM yang hanya 1 - 2 tahun baru beroperasi. Sedangkan DPMM sudah sekian lama mewakili syarikat Melayu. Betulkah DPMM lemah?

    Mungkin juga faktor dalaman DPMM yang lemah dibantu pula oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan yang langsung tidak ingin membantu pihak Dewan juga. Pegawai-pegawai ini semuanya Melayu, tetapi apa yang telah mereka buat? Kebanyakkan pegawai-pegawai yang ada cukup mahir mengenakan TOL. Dari maklumat yang saya terima, sekiranya ingin membuat temujanji dengan menteri pun terpaksa membayar sekian TOL. Inikah sifat Melayu yang ingin membantu Melayu. Dahulu setiap menteri mempunyai sekurang-kurangnya 3 setiausaha. Bayangkan jika setiap setiausaha mengenakan tol hanya untuk membuat temujanji. Urusan belum lagi dibuat tetapi bayaran sudah dikenakan. Ini belum lagi syarikat-syarikat ini mendapat kontrak dari bantuan mereka. Kalau dah dapat kontrak pun belum tentu syarikat-syarikat SME’s ini berjaya. Hasil titik peluh mereka terpaksa di dahulukan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kerja mendapatkan kontrak itu tadi. Sama macam tak yah bantu?

    Petronas, PROTON, TNB, dan banyak lagi GLC’s dibawah kerajaan. Adakah benar mereka membantu SME’s. Banyak sekali kes-kes penganiayaan yang telah dilakukan GLC’s terhadap syarikat Melayu SME’s. Sebagai contoh ada beberapa syarikat yang telah sekian lama menjalankan jalinan urusniaga dengan GLC’s diberhentikan kontrak mereka. Adakah ini adil bagi SME’s. GLC’s langsung tidak fikirkan kerugian yang bakal dihadapi oleh SME’s jika kontrak diberhentikan. Mana hendak bayar ’leasing’ mesin-mesin, mengekalkan pekerja-pekerja yang kebanyakkan Melayu dan bermacam-macam permasalahan lagi. Bila mengadu kepada SME Bank untuk bantuan kewangan berbagai prosedur-prosedur yang dikenakan seakan langsung tidak membantu. Segala tekanan diletakkan keatas bahu-bahu SME’s ini. Kadang-kadang komuniti bank juga pandai mengenakan TOL. Entahlah apa dah nak jadi dengan Melayu? Rasuah di sana dan rasuah di sini.

    Kontrak-kontrak telah diberhentikan. Adakah SME’s akan diberikan projek gantian bagi mengelakkan kerugian mereka. Tanpa pampasan atau kerja-kerja gantian SME’s di biarkan Gantung Tidak Bertali. Banyak sudah pengaduan dibuat kepada agensi-agensi dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan tetapi tiada langsung tindakan diambil. Mereka hanya tau ’Memekakkan Telinga dan Membutakan Mata’ sahaja. Kekadang permasalahan ini ada yang sampai kepada pengetahuan pemimpin tertinggi tetapi masih juga tidak ada tindakan yang diambil. Menteri-menteri yang terlibat langsung tidak prihatin.

    Ada kes-kes dikalangan SME’s yang telah berjaya berjumpa PM dan mendapat minit sokongan daripada PM pun masih tidak berjalan. Penekanan ini terutama kepada Kementerian Kewangan. Tidak ada langsung ’follow-up’ daripada pihak MKII dalam membantu SME’s Melayu ini. Adakah beliau hilang rasa hormat kepada PM atau kerana beliau sendiri bukannya Melayu. Ini mungkin membuat beliau rasa berat hati untuk membantu Melayu. Anda jawablah sendiri. Segala minit yang dicatatkan oleh PM sebelum ini tidak di layan sewajarnya. Mana PM nak letak muka jika hal ini diketahui oleh rakyat. Sekiranya berasaskan Islam tidak timbul lagi samada kamu Melayu ataupun Mamak.

    Kebanyakkan SME’s yang ada semuanya berkebolehan dalam bidang masing-masing. Ada diantara mereka terpaksa mencari pasaran luar bagi memulihkan syarikat dan juga terus berada dalam pasaran. Kedangkalan GLC’s kita boleh lihat dalam senario yang ingin saya nyatakan disini. SME’s yang ada telah berjaya memasarkan produk masing-masing sehingga keluar negara. Produk-produk ini juga mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada badan-badan berwajib samada luar dan dalam negara. Oleh sebab karenah birokrasi dan menjaga proksi-proksi masing-masing. Syarikat SME’s yang sememangnya berkeupayaan atau lebih pakar dalam bidang itu tidak diberi peluang langsung menyertai kerja-kerja yang ditawarkan oleh GLC’s. Mereka sanggup memilih syarikat ’2 ringgit’ berbanding segala pengalaman dan keupayaan kilang-kilang pengusaha SME’s.

    Ada juga kes-kes seperti contoh TNB yang sanggup memberi kontrak pembekalan dan perkhidmatan kepada syarikat luar negara sedangkan SME’s yang ada berupaya mengeluarkan produk yang setanding dari luar negara. Bahkan syarikat dan pengguna dari luar negara juga menggunakan produk dari syarikat tempatan. Bukan Melayu tidak boleh, Melayu sudah berada dimana-mana di atas dunia ini, dan mereka berjaya. Orang Putih atau Mat Salleh itu bukanlah bijak sangat pun, mereka sebenarnya bodoh. Tetapi Mat Salleh yang bodoh ini boleh mendapatkan urusniaga berjuta-juta ringgit di negara kita. Mengapa? SME’s langsung ditolak ketepi. Zalim, sungguh zalim.

    Perangai kita orang Melayu suka mengagung-agungkan orang luar. Sikap kerajaan yang tidak mempunyai komitmen dan inisiatif untuk melihat sendiri kebolehan dan kepakaran anak tempatan terutama Melayu. Melayu yang bernasib baik yang dipandang oleh kerajaan pastinya untuk kepentingan politik..

    Adakah ini yang dikatakan membantu Melayu. Malu sungguh malu. Dewan Perniagaan Cina atau Persatuan-persatuan Peniaga Cina dimana-manapun berupaya membantu peniaga dikalangan mereka. Tanpa bantuan kerajaan sedikit pun, mereka mengorak langkah dan memperbesarkan perusahaan masing-masing. Sikap tolong menolong dan bantu membantu dikalangan mereka cukup kuat. Kita bagaimana pula?

    Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Betullah kata pepatah tadi, sesuai sangat ditujukan pada GLC’s dan kerajaan amnya. Perdana Menteri hanya dijadikan boneka oleh penyokong-penyokong setianya. Melayu menjadi peminta sedekah di tanahair sendiri, ini memang benar berlaku. Lihatlah apa terjadi kepada peniaga-peniaga Melayu di Suria, KLCC sebagai contoh. Siapakah penjajah yang menguasai pengurusan Suria KLCC?

    Sudah banyak kali kita mendengar cerita kerajaan terpaksa membiayai sepenuhnya dan menanggung kerugian GLC’s. Bantuan daripada kerajaan (wang rakyat) bagi menyelamatkan syarikat GLC’s untuk meneruskan urus tadbir syarikat. Tetapi pentadbiran yang ada hanya pandai menghabiskan duit tanpa membuat sebarang keuntungan kepada kerajaan. Yang kenyang hanyalah CEO mereka yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan. Itulah yang telah berlaku kepada Proton Holding, SYABAS, TNB, MAS dan lain-lain.

    Israel satu bangsa yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Kezaliman Israel tak usahlah nak kita panjangkan. Sejahat-jahat Israel mereka tidak menganiayai bangsa mereka sendiri. Kita Melayu, yang mempunyai tanahair sendiri ditindas dan dibunuh secara diam oleh Melayu yang telah lupa asal usul mereka. Yang lemah terus ditindas. Haram bagi mereka yang menjalankan urusan secara ikhlas, amanah dan jujur. Terlalu gilakan wang ringgit, tamak haloba dan kuasa menyebabkan bangsa sendiri terpinggir.. Apakah tindakan kerajaan seterusnya? Berubahkah nasib SME’s sekiranya kerajaan bertukar? Kita nantikan bersama.
    "


    -suka dgn artikel ini. Org Umno tlg ambil perhatian dan bermuhasabah, mungkin anda2 semua disini, org2 yg ikhlas didalam perjuangan, tetapi hakikatnya parti UMNO dipenuhi opportunis, mereka inilah merosakkan UMNO.
    Ketika saya menghadiri satu persidangan UMNO di PWTC, saya punya hati tawar utk masuk kesalam apabila melihatkan gelagat putri,putra,pemuda dan wanita yg ala2 VIP dan elitis....

    Saya merasakan jiwa saya tidak sesuai dgn parti yg kekampungan diawal penubuhannya.

    Satu lagi, memang benar bahawa BN banyak mengada program untuk meningkatkan uahawan-usahwan melayu, tapi masalah timbul bila projek-projek dan perniagaan yg menguntungkn akan di kongsi oleh orang-orang UMNO sendiri.

    Saya juga usahawan melayu yg memilih program BN. Selepas latihan, semua urusan perniagaan sangat susah, terutamanya pojek utuk bumiputra. Semua di sapu bersih oleh UMNO yg ada kuasa dan kroni-kroni mereka.

    Kami terpaksa mencari perniagaan di kalangan swasta..... projek besar juga di sapu berish oleh BN. Kalau tidak ada pertalian dgn BN pasti tak dapat projek sebab boleh kata projek besar swasta juga dari datang dari BN.
    Yg tinggal projek kecil-kecilan yg terpaksa merebut dgn kaum Cina.

    Saya hampir bankgrap dan nasib baik ada dapat cari rakan kongsi cina. Melalui rakan cina ini baru saya sedar bahawa kalau tiada pertalian dgn UMNO pasti tak dapat projek. Tender-tender hanya untuk menipu orang ramai, sebenarn projek dah diberikan kpd orang sendiri.

    Mulai masa tu saya dah sedar diri bahawa UMNO hanya penting diri mereka sendiri. semua perniaaan beruntung semua di ambi mereka, perniagaan tak untung baru bagi bumiputra yang lain.

    Kito orang melayu susah bukan kerana kaum lain, sebaliknya datang dari UMNO yg hanya tau mengorek harta karun sahaja.

    ReplyDelete
  3. This is great info to know.

    ReplyDelete

Blog Archive