Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, May 11, 2008

Protes

Aku tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Nazri Aziz di dalam Parlimen pada 8/5/2008 yang lalu di mana ianya berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh BPR berdasarkan akta yang membolehkan pihak BPR menghantar surat pertanyaan kepada mana-mana kakitangan kerajaan yang dilihat hidup melebihi pendapatan. Malangnya akta ini jarang sekali digunapakai oleh pihak BPR yang sepatutnya menjalankan tugasnya sebagai agen perlaksana dasar kerajaan sedangkan banyak kes-kes seperti ini terjadi.

Contohnya,seorang Pegawai Daerah (x perlu disebutkan daerah mana) yang gajinya tidak seberapa setelah ditolak hutang rumah, kereta dan sebagainya ditambah isteri yang tidak bekerja dan anak-anak ramai yang masih menuntut masih mampu mempunyai 2-3 buah kereta mewah dan bermain golf di setiap hujung minggu. Bayangkanlah untuk membayar duit green (lapangan) sahaja bangsat-bangsat pun lebih kurang RM100 itu belum campur lagi pertaruhan semasa permainan dan makan minum lepas permainan.

Banyak lagi kepincangan di dalam isu hidup melebihi pendapatan di kalangan kakitangan kerajaan daripada kerani, juruteknik, jurutera dan pelbagai jawatan lain lagi. Jelas pihak BPR hanya menyiasat kes-kes yang dilaporkan kepada mereka sahaja itupun di dalam keadaan seolah-olah terpaksa dan terlalu lembab bagai melepaskan batuk di tangga.

Kita sebagai rakyat perlu ingat, bahawa kerajaan yang diterajui oleh parti politik itu adalah pembuat dasar sahaja sedangkan agen perlaksana dasar itu adalah kakitangan kerajaan. Apa yang kita pertikaikan hari ini adalah kerajaan semata-mata tetapi kita tidak pernah terfikir untuk mempertikaikan kakitangan kerajaan yang sepatutnya menjadi agen kepada dasar-dasar yang telah ditentukan oleh kerajaan. Mereka ini ibarat baling batu sembunyi tangan dan merekalah golongan yang dilihat paling kuat mengkritik kerajaan sedangkan mereka tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin.

Berbagai-bagai tuntutan yang dibuat melalui CUEPACS sedangkan mereka tahu kenaikan gaji dan imbuhan mereka akan menjurus kepada kenaikan harga barang secara tidak langsung. Golongan yang mendapat tempias dan susah daripada kenaikan gaji mereka adalah orang-orang kampung, para peniaga dan mereka-mereka yang tidak makan gaji dengan kerajaan. Selepas itu kakitangan kerajaan ini dengan bangganya akan meletakkan kesalahan tersebut seolah-olah ianya berpunca dari pihak kerajaan. Mereka inilah golongan yang menjadi duri di dalam daging sedangkan mereka yang mendokong atau memberi undi yang banyak kepada parti pemerintah adalah dari kalangan orang kampung dan rakyat biasa.

Kekalahan Barisan Nasional di dalam pilihanraya baru-baru ini merupakan protes yang dibuat oleh rakyat biasa yang berasa tidak mendapat apa-apa manfaat daripada kemenangan kerajaan Barisan Nasional pada masa lalu. Oleh itu, adakah wajar kita menyalahkan parti politik yang dipelopori oleh hero-hero tua yang tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang seharusnya tidak dilayan? Pemimpin-pemimpin seperti ini tidak mahu berfikir dan menyemakkan kepala mereka dan mereka lebih rela dinyanyikan dengan janji-janji dan kata-kata yang enak daripada golongan yang duduk di dalam bilik yang berhawa dingin dan kerusi empuk yang sentiasa mendendangkan kata-kata yang enak didengar sahaja. Mereka tidak mahu turun ke akar umbi dan menyelami masalah rakyat biasa. Jadilah pemimpin-pemimpin seperti ini ibarat mengkarung yang enak berehat di atas pelepah kelapa yang dibuai oleh hembusan angin sepoi-sepoi bahasa tahu-tahu sahaja telah jatuh ke tanah, mampus terkedang (terlentang). Lu fikirlah sendiri..........

5 comments:

  1. kegiatan rasuah sukar dibendung kerana kakitangan kerajaan tidak menjalankan tugasnya. kalo mereka jalankan tugas dengan baik, pantas dan tanpa banyak karenah birokrasi, maka rakyat tidak perlu lagi amik jalan shortcut jumpa pemimpin untuk memudahkan kerja. lepas tu jgn nak salahkan pemimpin tu rasuah la, itu la, ini la padahal nak harapkan pekerja kerajaan ni nak buat kerja cepat atau lebih skit mmg lembab gila babas. pekerja kerajaan mcm ni elok dibuang je. melambatkan proses kemajuan Malaysia. dah tu ramai yg dok sokong pembangkang. mcm la diri tu bagus sgt.

    Cermin kemajuan sesebuah negara dilihat pada kakitangan kerajaannya. Sedarlah.

    ReplyDelete
  2. bagi saya bukan semua mengundi protes pada BN puaka desa..ada juga yang menyokong BN, jika tidak masakan BN memperolehi 140 kerusi parlimen

    ReplyDelete
  3. salam..

    rasuah ni.. sama dengan nafsu.. perang akhir zaman adalah berperang dengan nafsu..manusia mana pernah puas.. gaji 20k sebulan pun masih cakap tak cukup...
    kita bercerita tentang kakitangan kerajaan yang makan rasuah ni.. kadang2 tu ada yang mintak.. kalau hulur 10% laju la proses ni... penender pulak kalau biasa markup 15% terpaksa buat 25% nanti nak hulur 10%.. kalau tak rugila..
    kalau pegawai bukan islam pulak.. diorang peduli hapa.. janji duit..

    apa yang boleh kita buat ialah semua orang jangan amalkan rasuah.. jika ada yang rasuah laporkan.. semua orang kena ambil bahagian..

    p/s
    nanti kene saman polis nak hulur 50ringgit ke nak kne saman 300 ringgit.. susah... susah..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  4. SAlam buat rakan2.. Apa yang pasti bila sebab rasuah.. kita kena tgk sedalam2nya.. Apa punca, apa yang menyebabkannya.. Jangan kata pegawai kerajaan sahaja, parti2 politik pun turut juga kena tgk. Bukan sahaja UMNO, PAS, KeAdilan... kira suma sekalilah.

    Nak jugak tahu sapa yang benar2 bersih.. Saya setuju sangat dengan pandangan rakan2 di atas.. Tak sama perjuangan dahulu berbanding dengan yang sekarang. Sapa yang ada kuasa... tak kiralah mana2 parti sekalipun... Automatik dia ada kepentingan peribadi..

    Tak sama mcm zaman Tunku Abd Rahman dengan Tun Abdul Razak.. Tu yang masuk politik.. semuanya jatuh miskin kerana berkorban jual harta benda semata2 untuk memperjuangkan rakyat..TQ

    ReplyDelete
  5. rasuah...........
    satu masalah yang tidak akan selesai sampai bler2 jiker semua manusia dlm dunia nie menggunakan rasuah untuk hidup.....tak kire dalam politik,bisnes,senang citer semua yang kter lakukan hari..........

    p/s..
    rasuah umpama dadah

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive