Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, May 28, 2008

Apa akan jadi...

Assalamualaikum.

Ketika saya berbual-bual dengan kawan-kawan petang semalam. Timbul satu isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog paneh..

Ketika saya sedang berbual tu.. datang seorang tua berumur lebih 60 tahun menjual kerepek.. "Nak kerepek tak.." saya tanya "Berapa harga satu kerepek ni nek..." dia jawab "1.50 sen nak.." Saya pun keluar 10 ringgit saya ambil dua kerepek pedas dan saya cakap "Duit lebih saya sedekah nek.." nenek tu dengan rasa gembira terus beredar...

Saya bertanya kepada kawan2 di meja minum, "Kenapa nenek tu sudah tua tapi masih nak keluar menjual kerepek lagi." Kawan saya menjawab sambil makan kerepek tu, "KL... nak hidup kena la macam tu..." saya tanya lagi "Tapi kesian la aku tengok dah tua keluar berjalan berniaga.. dia takde anak ke yang nak bela dia.." kawan saya jawab lagi, "Anak zaman sekarang ni susah nak cari yang nak bela orang tua dia.. semua pentingkankan perut sendiri..." saya cakap lagi "Orang tua-tua ni diorang nak main dengan cucu je.. dia tak nak lebih pun.. ape la punya anak ni..."
Itulah antara intipati perbualan saya dan kawan-kawan..

Saya nak tanya....

1) Betul ke anak-anak zaman sekarang ni tak nak jaga orang tua mereka lagi??
2) Nenek tu berniga mungkin kerana minat dia untuk berniaga anak-anak dah larang tapi nenek ni degil??
3) Mungkin ada sindiket kot??

Itu semua persoalan tentang nenek tu.. kita heret persoalan yang sama kepada kisah Tun Dr. Mahathir Mohamad..

Ramai orang bersorak apabila Tun Dr. Mahathir keluar dari Parti yang dibinanya ini iaitu UMNO. Ada yang cakap umpama keluar duri dalam daging la... ada yang cakap parti bukan untuk jadi satu bahan pertaruhan la... ada yang cakap dia memang patut keluarla... tak kurang ada yang bersedih... semua tu pendapat masing-masing.

Persoalannya kenapa Tun Dr. Mahathir yang menjangkau umur 80an ini masih berminat untuk aktif dalam politik pentadbiran negara..kenapa dia tak nak bermain dengan cucu-cucunya sahaja...

1) Adakah dia tak cukup makan??
2) Adakah dia takut rahsia dia terbongkar??
3) Adakah dia memang berminat untuk berpolitik??
4) Adakah dia rasa bertanggungjawab atas kesalahan dia melantik Paklah yang lemah??
5) Adakah dia memang rasa sangat sayang kepada perjuangan Melayu yang belum selesai??

Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran...

Tapi cuba kita renung kembali... Apa akan jadi kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil pendekatan untuk duduk dirumah bermain dengan cucunya dan tidak ambil endah berkenaan politik Malaysia ini..tidak ambil endah dengan pentadbiran Paklah... Tidak ambil endah dengan perbuatan KJ..apa akan jadi kepada UMNO dan Malaysia...

4 comments:

  1. Salam Saudara,

    Memang kita pun heran kalau ada nenek tua yang masih aktif menjual kerepek dalam keadaan yang boleh membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak berhati hati, maklumlah dalam keadaan seperti sekarang ini.

    Dan kita pasti bertanya juga berapa sen sangatlah nenek ini boleh dapat dari hasil jualannya??

    Begitu juga dalam kes Tun M yang masih aktif dalam Politik pada usia 83 tahun.

    Masalahnya dalam dua dua contoh ini, kita sendiri yang membuat 'andaian' dan 'fikirkan' apa yang PATUT mereka lakukan atau 'jadi' pada seusia mereka ni.

    Padahal mereka sendiri tidak langsung memikirkan mereka patut 'jadi' seperti apa yang kita mahukan.

    Contohnya memang kita fikir patut sangatlah mereka berdua ni duduk diam diam di rumah main dengan cucu atau cicit. Atau Duduk sahaja atas tikar sembahyang. Dan kalau yang mampu tu dah tua tau selalulah pergi ke Tanah suci buat Umrah atau Haji sahaja..

    Tapi sayang, itu kata kita tidak pula pada mereka. Nenek tua itu mungkin sudah biasa dengan berniaga sejak muda, tak boleh duduk diam. Anak cucu pun mungkin tak setuju. Dia mungkin tak perlu jual kerepek pun tapi jiwanya resah dan mesti mahu 'pegang duit'

    Begitu juga dengan Tun M. Dia dah biasa dengan politik sebab Politik itu darah dagingnya. Kalau tak membaca buku buku politik,, memberi pendapat, menegur apa yang patut, dia akan rasa macam tak memenafaatkan kebolehan semula jadinya.

    Saya dulu pernah jaga Arwah mak angkat saya. Bukan senang jaga Orang Tua. Tabiatnya kuat merokok buat saya sering tertekan sebab dah sampai usia 80 lebih pun masih hisap rokok walaupun doktor mengesahkan paru parunya dah tinggal satu perempat sahaja dan SAH MESTI berhenti hisap rokok.

    Keluar masuk hospital tak usah cakaplah. Masa tu saya amat tertekan, mana dengan famili sendiri yang nak diberi perhatian kerana anak anak membesar, ipar duai, rumahtangga sendiri, dan hal dia yang saya rasa sengaja cari pasal semata mata sayangkan rokok. Dan anak anak dia sendiri pun beri tekanan seolah olah menggalakkan pula mak mereka hisap rokok!!

    Tiba di tahap kritikal saya tidak lagi beri Arwah Mak Angkat saya duit saku sebab dia akan beli rokok. Walaupun usia 80an dan keluar masuk hospital dia akan ingat siapa dia boleh kirim beli rokok.

    Saya belikan dia benang benang sulaman kerana hobinya memang menyulam. Saya fikir ini dapat menghilangkan ingatannya dari rokok. Tapi lain pulak ceritanya. Kerana saya tidak beri dia duit saku lagi dia telah mengajak anak saya menemannya ke kedai berhampiran rumah dan menjual barang barang sulamannya kepada pekedai pekedai di situ.

    Seorang Tokeh Melayu yang kenal saya bertanya mengapa saya tak beri Mak saya tu duit dan biarkan dia menjual barangan Sulaman, dah tua tua tu terang lagi ke mata nenek tu nak menyulam??

    Akhirnya dalam satu kelas Agama saya dapat satu pengajaran bahawa jika umur kita panjang - Perangai kita masa kita TUA tu adalah sama seperti masa kita MUDA dulu.

    Semua perangai kita masa kita muda akan menyerlah kembali satu persatu semelangkah kita setapak demi setapak meniti usia tua...Arwah Mak Angkat saya mula hisap rokok sejak Zaman Jepun..bayangkan lah.

    Jadi pengajarannya ialah jika kita hendak mengubah berperangai yang kurang baik ubahlah semasa kita muda. Jangan fikir kita boleh merubahnya bila kita tua nanti.

    Begitu juga Kalau nak berTaubat, BerTaubatlah masa kita muda, jangan tunggu bila dah tua baru nak bertaubat. Kita pun tak tahu sama ada akan merasa zaman tua kita. Cubalah ubah kelemahan kelemahan kita semasa kita masih muda.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kpd melayu angkat di atas peringatannya yang sungguh baik itu...

    kepada ahmadalbab, saya tak rasa perlu untuk kita fikirkan sebab TDM masih aktif dalam politik...pada saya itulah adalah hak beliau, selagi beliau masih waras. Lagipun yang jelasnya perjuangan TDM tidak pernah berubah dari dahulu mempertahankan kedaulatan Melayu dan memperkukuhkan anak bangsa...

    Malangnya, dunia materialistik hari ini telah membutakan mata banyak pihak dan ini adalah peluang keemasan bagi opportunist2 seperti perasuah ANWAR IBRAHIM untuk bertindak...menjadi musang berbulu ayam...

    kita sebagai pewaris generasi pejuang, harus mengambil kira dan meneliti dengan baik pandangan dan buah fikiran yang disampaikan oleh TDM yang jelas telah berbakti bukan sahaja kepada rakyat Malaysia namun kepada dunia Islam di peringkat global...Nak harapkan Hasan Ali yang konon ustaz tu...alamat tak lama la kita...mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram...

    Kita sebagai orang muda harus lebih matang dalam bertindak dan tindakan kita sekarang perlu kepada memastikan pengunduran pemimpin2 yang jelasnya tidak lagi mampu memahami kehendak rakyat... pemimpin2 yang syok sendiri dan mementingkan diri sendiri mesti kita pastikan mereka berundur...Ingat, ini negara demokrasi, kuasa di tangan rakyat...bukan di tangan PAK LAH yang pekak badak tu (walaupun beliau sekeras-kerasnya menafikan)...

    Sudahla pekak, kini semakin berleluasa menunjukkan kegilaan kuasa beliau tatkala menerima kemasukan ezam tanpa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada MT mahupun PEMUDA...Nampak sangat MT dan PEMUDA ni tak berguna langsung kepada PAK LAH...tidak layak memberi nasihat...tapi apakan daya, MT dan PEMUDA sanggup di layan macam anjing sebegitu rupa...jadi biarlah...

    Bak kata TDM, andai nanti negara ini diambil alih oleh pembangkang, mereka inilah yang akan paling merasai kerugian kerana ketika itu, mereka pastinya tidak lebih dari kucing kurap di mata pemimpin pembangkang....

    fikir2 kan lah wahai bangsaku semua....

    ReplyDelete
  3. Kalau Tun tak tegur paklah???

    1- KJ makin menjadi-jadi
    2- Paklah makin kuat tido
    3- Semua pencacai politik paklah akan bertepuk tangan sambil menganguk dan berkata YESS BOSSS
    4- Puak pembangkang bertepuk tangan sambil tengok paklah tido
    5- Puak2 luar seperti yahudi makin berjaya

    ReplyDelete
  4. Salam....

    Manakah yg lebih aula untuk diperjuangkan....memperjuangkan bangsa Melayu atau memperjuangkan Islam?

    Melayu bukanlah sinonim untuk Islam kerana masih ramai Melayu yg membelakangkan ajaran suci Islam.

    Dan Islam bukan hanya terdiri di kalangan orang Melayu....ajaran suci ini dianuti oleh pelbagai bangsa di mukabumi ini.

    Jadi....memperjuangkan bangsa [Melayu] bukan lah patut dijadikan agenda yg utama bagi mereka yg benar-benar menghayati & menganuti ajaran Islam.....so?????

    Tetapi, memperjuangkan Islam memerlukan seorang pejuang yg betul-betul ikhlas kerana Allah. Tiada anasir atau elemen lain yg harus/patut melekat di sanubari pejuang Islam tersebut. Dapatkan kita mencari "mutiara" ini di zaman yg penuh dgn fitnah ini???

    Jika UMNO terus melaungkan-laungkan perjuangan untuk memperkasakan bangsa Melayu....mereka JUMUD kerana Islam tidak mengesyorkan perjuangan kebangsaan sperti ini.

    Jika PAS mengatakan mereka adalah pejuang Islam....mengapakah masih berlaku "internal conflicts" yg menjurus kepada perebutan kuasa politik!!!

    Siapakah yg betul???? Pihak manakah yg harus aku dokongi??? Ya Allah....berikan hambaMu yg lemah ini petunjuk & hidayah untuk mengharungi dunia akhir zaman yg penuh dgn fitnah ini...amin.

    ReplyDelete

Blog Archive