Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 26, 2008

Ketemu Sesumpah

Pak Lah dan Ambiga Pengerusi Majlis Peguam Malaysia mahukan kita untuk mempercayai bahawa mereka adalah penjaga kepada kebebasan kehakiman. Mereka menganggap kita bodoh! Bagaimana boleh sesiapapun mengambil Pak Lah dan Ambiga secara serius bila orang yang dilantik sebagai Menteri Kehakiman (de-facto), Zaid Ibrahim, telah didapati bersalah kerana rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno dan didapati tidak layak untuk bertanding sebagai calon didalam Pilihanraya yang baru lalu.

Manusia sebegini sekarang dilantik untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti kehakiman negara. Dia yang dapat kedudukan menerusi pintu belakang. Ketua Hakim sekarang adalah hakim yang membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dari tuduhan sodomi. Tetapi ada seorang lagi hakim yang berani yang memberikan keputusan yang bercanggah yang telah mengingatkan kita bahawa mangsa didalam kes tersebut ialah pemandu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan apa yang telah dinyatakan olehnya dimahkamah sudah cukup untuk mempertahankan keputusan menghukum Anwar Ibrahim atas tuduhan sodomi.

Bolehkah kita membuat andaian bahawa Ketua Hakim sekarang mendapat kedudukan yang begitu tinggi adalah sebagai hadiah kerana melepaskan Anwar Ibrahim? “Ini adalah satu skandal” – mungkin itu reaksi yang akan timbul. Tetapi bukankah ini tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada hakim-hakim yang naik pangkat bahawa mereka dinaikkan pangkat kerana mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan rasuah dan sodomi. Anwar didapati bersalah kerana rasuah oleh Mahkamah Tinggi (seorang Hakim). Penghakimannya disokong oleh Mahkamah Rayuan (tiga orang hakim) dan Mahkamah Persekutuan (tiga orang hakim) dan juga dalam penilaian semula oleh satu panel Mahkamah Persekutuan (tiga orang hakim).

Sejumlah 11 orang hakim membuat keputusan diatas kes itu dan kita masih lagi disogokkan dengan anggapan kesemua hakim-hakim itu berat sebelah dan dipengaruhi oleh eksekutif. Jika itulah tanggapan, bagaimana kita mahu menjelaskan bahawa didalam penilaian semula (review proceedings) oleh Mahkamah Persekutuan, Allahyarham Tan Sri Ahmad Malek (ketika itu presiden Mahkamah Rayuan) dan Tan Sri Siti Norma (ketika itu ketua hakim Mahkamah Tinggi) yang mana integriti dan sikap tidak berat sebelah mereka, yang tidak pernah diragui oleh Majlis Peguam dan kebanyakan NGOs dan lain-lain badan, tetap menyokong keputusan terdahulu?

Berkaitan dengan Ambiga, dia adalah hipokrit terbesar. Di dalam mendokong ketelusan didalam perlantikan hakim dan seharusnya menerusi Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, dia disebaliknya telah beria-ia memuji-muji dan menyokong perlantikan Tan Sri Zaki sebagai Hakim Persekutuan walaupun Zaki tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai hakim meskipun dia seorang peguam yang berpengalaman. Di samping itu, Zaki juga seorang ahli Umno yang ternama. Didalam tempoh beberapa bulan dia telah dinaikkan sebagai presiden Mahkamah Rayuan, kedudukan kedua tertinggi didalam kehakiman, mengambil-alih dari Tan Sri Ahmad Malek. Zaki telah melangkaui ramai hakim-hakim yang lebih senior dan berkhidmat lama sebagai hakim Mahkamah Persekutuan. Perkara ini adalah salah satu rasa tidak puashati hakim-hakim yang telah lama berkhidmat kerana mereka telah di ketepikan tanpa apa-apa pertimbangan.

Namun tiada kritikan mengenai perlatikan yang luarbiasa ini dari sihipokrit ini. Ambiga telah mendesak diadakan Suruhanjaya Kehakiman untk menyiasat tuduhan-tuduhan terdapat salahlaku didalam perlantikan hakim-hakim, terutamanya perlantikan bekas ketua hakim Tun Ahmad Fairuz tetapi, dimasa yang sama dia tidak membangkang perlantikan Zaki oleh Pak Lah.

Bolehkah orang sebegini dipercayai? Anda sendirilah menghakiminya. Apakah agendanya? Jangan ragu, akan sampai masa bila semuanya akan menjadi jelas!

p/s: Artikel ditulis oleh MATTHIAS CHANG (seorang peguam) pada 18 May 2008 dalam artikel bertajuk "Paklah Berselindung Di Sebalik Suruhanjaya". Artikel penuh terdapat di laman web
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6608
.

5 comments:

  1. Aku ni bukan pengamal undang-undang atau arif tentang undang-undang dan tak tau sangat tentang undang-undang.

    Tapi orang bodoh undang-undang macam aku ni pun boleh fikir bab undang-undang jika ada yang tak kena.

    Aku tak nak komen banyak cuma nak minta anda semua renung dan fikir baik-baik tentang kemusykilan aku ni lepas tu berikan aku jawapan;

    Ramai rakan yang kenal si Zahid beritau aku, kalau nyamuk gigit dia , nyamuk pun boleh m-b-k. Betul ke!!!! Kalau betullah , macam mana nak percaya lagi badan kehakiman kalau yang jaga pun kaki m...k!!! Tolong beri aku jawapan sebab aku dah kena angin senggugut ni!! ergh!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Majlis peguam memang telah diketahui umum merupakan sebuah badan berkanun yang sangat pro pembangkang...Saya tak salahkan mereka jika mengambil pendirian begitu kerana kita bebas memihak parti yang kita suka....

    Tapi yang aku tak suka ialah SI DOLAH PEKAK BADAK TUA DAN BODOH NAK MAMPUS NI....Dari awal lagi apabila dia membentuk barisan kabinet, aku memang tak puas hati dengan perlantikan ZAID IBRAHIM ni sbg menteri...

    Apa sumbangan dia selama ni sampai boleh jadi menteri...Kalau diperhatikan, barisan kabinet DOLAH LEMBAP ni ada 3 menteri yang tak bertanding dlm PRU 12...kenapa mesti lantik org2 ni? Ape MP2 lain yg menang tu tak bagus ke...

    Yang aku lagi panas ni SI GEMOK ZAID tu, masa jadi MP menang kat KB dulu xde sumbangan pun kat oghe klate...Berlagak tak payah nak ceritala...dah jadi menteri terus keluar statement mcm2...Babi betol la dia org ni...

    Jadi org2 UMNO, takkkan ko nak duduk mengiakan je kepimpinan yang macam ni...Kalo ko semua tak buat ape2, apa jadi kat Melayu ko org semua pun akan dipertanggungjawabkan sebab menyokong pemimpin yang ko tahu memang tak guna...lebih tak berguna dari sampah...sekurang2 sampah boleh jugak di recycle, kalo DOLAH ngan ZAID ni ko org boleh recycle ke????

    Sedarlah org2 UMNO!!! Sahutlah seruan TDM!!!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kepada semua pejuang Bangsa....

    Bergaduhlah sesama kita...berdengkilah sesama kita...berperanglah sesama kita...bersangka buruklah sesama kita...kerana ramai di luar sana yg sedang bertepuk tangan menyaksikan gelagat ke"hero"an kita.

    Read an article posted here http://singabloodypore.rsfblog.org/archive/2008/05/21/singapore-arrests-man-for-racist-blog.html

    ReplyDelete
  4. http://singabloodypore.rsfblog.org/archive/2008/05/21/
    singapore-arrests-man-for-racist-blog.html

    ReplyDelete
  5. Hari ini 28/5/08 YB Tajudin Abd Rahman BN UMNO minta Pak Lah Pecat Zahid Ibrahim sebagai Menteri Kehakiman dengan memberi contoh beberapa alasan.

    Hanya satu alasan yang kurang dan tak berani sebut iaitu kaki m....!!!!!!!

    Sedikit jawapan pada persoalan terdahulu aku mungkin dah terjawab.

    Hati aku dah mula lega sikit!!

    ReplyDelete

Blog Archive