Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, May 25, 2008

Agenda Asing - Part III

Aku ingin sangat percaya kepada Anwar bin Ibrahim seperti mana percayanya Nurul Izzah kepada papanya itu. Aku ingin percaya bahawa Anwar tiada niat mengikut telunjuk asing. Aku ingin percaya bahawa Anwar tidak tahu dirinya diperalatkan. Aku ingin percaya bahawa Anwar ikhlas dalam perjuangannya. Aku ingin percaya bahawa Anwar tiada cita2 peribadi untuk memerintah negara ini. Ingin aku petik akan kata2 Nurul Izzah tentang papanya,

“Orang buat macam mana pun, papa tetap bersangka baik. Kadang2 kami dah naik geram juga orang kata macam2, tapi papa cakap, biarlah. Kena husnulzan”. (Mastika Jun 2008 : Halaman 96)

Bersangka baik? Aku juga sering bersangka baik dengan orang, dan selalu juga kena tipu. Aku juga pernah menjadi tohmahan orang, dikatakan orang dengan bermacam2 prasangka. Adakah aku perlu mempertahankan diri? Atau membiarkan sahaja atas alasan husnulzan? Bagaimana jika tohmahan orang mengenai aku turut melibatkan maruah diri, agama dan bangsaku? Perlukah lagi aku mendiamkan diri? Atau aku perlu menangkis segala tohmahan dengan hujah2 dan fakta yang benar? Kerana bukankah jika aku berdiam diri, maka orang akan menganggap segala tuduhan itu adalah benar? Walaupun masa akan menentukan benar atau dustanya sesuatu perkara, tapi adakah tidak perlu aku mempertahankan diriku? Jika dibiarkan saja, maka dimana maruahku sebagai insan yang difitnah?

Perlukah aku bersangka baik dengan Lee Kuan Yew? Benarkah Lee Kuan Yew melalui suratnya kepada Che Det pada 1998 menyatakan bahawa kerajaan Singapura sudah lama tahu tentang salah laku Anwar berbanding kita? Apa yang Lee Kuan Yew tahu? Adakah mereka menyimpan rahsia Anwar untuk dijadikan senjata? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri maka Anwar akan tunduk kepada Singapura?

Perlukah aku bersangka baik kepada Amerika? Hanya kerana para pemimpinnya beria2 mempertahankan nasib Anwar semasa dia dilucutkan jawatan pada 1998 dulu? Untuk apa Al-Gore dan Clinton turun ke Malaysia mempertahankan Anwar? Kenapa pada 17 November 1998 Al-Gore keluar kenyataan sokong reformasi? Kenapa Koffi Annan selaku setiausaha agong PBB pada masa itu mengatakan polis Malaysia tidak adil? Sejak bila Amerika dan PBB memperjuangkan hak asasi manusia? Sedangkan tidak pula mereka memperjuangkan hak asasi rakyat Iraq yang terbunuh setiap hari? Atau memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin yang terpaksa berlapar dan berpenyakit akibat perang? Bukankah lebih baik mereka mempertahankan rakyat Palestin yang dibunuh secara kejam oleh Rejim Tel Aviv? Atau bukankah lebih mulia jika mereka menghalang serangan ke atas rakyat Iraq yang tidak berdosa? Bukankah rakyat Iraq menderita hingga sekarang akibat terpengaruh dengan propaganda untuk menjatuhkan pemimpin mereka sendiri? Sekaligus memudahkan campurtangan asing di bumi Iraq?

Berada di Kampung Baru pada 14 November 1998 akan dapat melihat begitu banyak poster dan sepanduk dinaikkan oleh kumpulan2 penyokong Anwar. Perlukah aku bersangka baik dengan penyokong2 Anwar pada masa tu? Perlukah aku husnulzan dengan poster dan sepanduk yang membawa mesej:-

“Clinton tangkap Mahathir”.

“Clinton selamatkan Malaysia”.

“Kami menyokong perjuangan Al-Gore”.

“APEC tolong kami”.

Tidakkah kita berasa hairan mengapa tokoh2 Amerika seperti Albright, Clinton, Wolfenson, Camdessus dan Cohen menjadi tidak begitu senang sekali apabila Anwar tiba2 tidak menjadi Perdana Menteri? Tidakkah kita merasa hairan apabila media asing seperti Reuters, Times, CNN dan BBC pada masa itu bersungguh2 menyokong rakyat Malaysia agar memberontak? Nantikan Agenda Asing seterusnya.

Suspicion is one of the best defences.

p/s: Walaupun dah 3 artikel agenda asing ditulis, den heran gak pakatan rakyat cumo membisu seribu bahaso.

16 comments:

  1. Kita kena tanya YB KJ sebab apa dia pergi mengadap Anwar Ibrahim bila Anwar keluar jail. Katanya nak hantar paspot Anwar. Bila pulak dia kerja dgn imigresen masa tu? Kenapa Pak Lah tak hantar Pengarah Imigresen utk bagi paspot tapi hantar YB KJ? Kenapa pulak kena bagi paspot Anwar sampai kat rmh dia? Anwar tak tahu dtg Imigresen ke? Kenapa Pemuda Umno atau exco Pemuda diam pada masa tu?
    Lagi satu persoalan kenapa Pak Lah handir dinner Bar Council tempohari? Wan Azizah pun hadir termasuk pemimpin2 pembangkang. Kenapa Pak Lah seolah2 minta maaf kepada bekas2 hakim tu yg terang2 disokong oleh pembangkang? Kenapa Pak Lah seolah-olah ikut tune pembangkang?
    Jgn kita asyik lihat agenda asing tetapi lupa mungkin ada agenda tersendiri di dlm Umno utk faedah Anwar.En Paneh sila siasat ye.

    ReplyDelete
  2. Kita jangan percaya pada Pemimpin yang ada 'link' dengan Amerika. Amat bahaya sekali...Jiran terdekat kita, Singapore yang paling kita mesti tak percaya. Agenda mereka amat licik sekali.

    Amerika = Yahudi =Zionist. Kita mesti peka dan ambil peduli. Jangan percaya apa pun pada Pemimpin yang ada 'tie' dengan Amerika. Nanti berputih mata lagi..anak cucu cicit kita tak akan maafkan kita.

    Bekas Pemimpin kita yang satu ni, yang menunggun2 sangat nak jadi PM pun memang ada link dan tie dengan USA. Licik, ramai terpedaya dengan senyumannya, dakyah dakyahnya, putar belitnya. Menyeramkan bila fikir apa akan terjadi pada bangsa Melayu Nauzubillah kalau dia jadi PM, Minta dijauhkanlah.

    ReplyDelete
  3. Mati hidup , masti hidup 10 kali punakutak percaya Anwar. Biarlah orang lain nak percaya.

    Mengapa?

    1.Dulu sebok bangkitkan isu kronisma, nepotisma. Hari ini lihat siapa yang ada Ahli Parlimen anak bini, sibapa cuma tunggu masa sahaja. Anwarlah

    2.Siapa yang pergi luar negeri buruk-burukkan negara,macam baruah!!!

    3.Sebab bodoh atau buat-buat bodoh (jadi si Cecep lagi baik) tetapi yang jelas diperbodohkan oleh Yahudi. Setakat lulus Pengajian Melayu?? phoooooorah!!!!! Cepat mati lagi baik jadi tidak menyusahkan hidup orang lain, SHIIIT!!!!!!!! Siapa sibodoh ni Anwarlah

    4.Mana ada orang alim joget depan khalayak ramai. Orang alim ni, jangan kata joget @ perbuatan, pakaian pun kena jaga, konsisten macam nik aziz. Nak percaya orang macam ni, phooooorah!!!!! Anwarlah

    5.Tahun 70an dulu tipu kata ada orang baling mati kelaparan. Masa tu bolehlah tipu, internet tak ada. Mana ada orang di Malaysia ni yang mati tak makan, setahu aku mati terlebih makan ramailah. Orang macam ni nak percaya, awal-awal lagi dah menipu, phooooooorah!!!!!! Anwarlah

    6.Bila terdesak sanggup buat apa sahaja asalkan hasrat tercapai. Sekongkol dengan HINDRAF boleh, sekongkol dengan Pas boleh, padahal dulu paling benci. Contohilah Mahathir, Sayang parti sanggup keluar tapi tak sanggup sekongkol dengan pembangkang, barulah kita boleh respek. Macam ni punya orang boleh percaya, biawak lidah ercabang 100. Phoooorah!!!!! Anwarlah

    Oklah, malas nak cakap lagi pasal Anwar ni, gila kita dibuatnya, petualang, pengkhianat, penipu, pembohong, pembangkang, peliw..,pendek kata dia ni juara P lah. Piiiiiiirahhh!!!!! Anwarlah

    ReplyDelete
  4. Salam perpaduan

    Saya mulakan dengan doa agar semua commenters dan bloggers dalam keadaan sihat hendaknya. Hari ini suasana serta rentak politik negara kita memang tidak seiring dengan irama dan lagu.Justeru irama dan lagu ini perlu disatukan agar menjadi seiring dan tak sumbang bunyinya bila didengar.Kalau perlu buang sedikit 'note' dalam lagu itu,maka buanglah agar lagu itu merdu dan sedap didengar.Begitulah yang kita perlu adaptasikan dalam politik negara agar kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan bersatu khususnya dikalangan melayu dan amnya rakyat malaysia tercinta.
    Justeru, 1era baru telah tercipta dalam negara hari dimana politik negara begitu bebas dan rakyat berhak memilih pemimpin mana mereka ingin kan.Kepimpinan hari ini telah membuka pentas 'politik terbuka' untuk semua orang yang telah menempelak terhadap kepimpinan terdahulu.Tetapi adakah wajar kesilapan hari ini kita tujukan penyebabnya kepada pemimpin hari ini? Kita lihat hari ini antara Paklah,Mahathir dan Anwar adalah 3 individu yang pernah menjadi kawan,pernah menjadi lawan dan hari ini menjadi musuh.Siapa yang betul antara mereka ini.Paklah,mahathir atau anwar?
    Tun adalah insan yang mempunyai pandangan luas terhadap masa depan.Pembangunan selama 22tahun terhadap malaysia adalah menakjubkan.Tetapi disebalik kepimpinan beliau, Tun amat ghairah untuk mewujudkan suasana 'win-win situation' terhadap beberapa isu penting yang melibatkan maruah serta kadaulatan bangsa melayu.Sikap yang ditaktor mengaitkan nya dengan kekuasaan seorang PM yang berhak menentukan apa sahaja.Ini memberi ruang kepada anak-anak tercinta untuk membelai si bapa demi kekayaan yang mampu diraih.Tetapi, sikapnya ini membuat si barat takut untuk lantang mengecam malaysia secara terbuka.Sikapnya ini juga membuat pemimpin serta menteri 'tutup mulut' sebelum dibuang dari jawatan. Itu secara surface karaktor mahathir.
    Anwar nama yang hadir selepas Tun Dr Ismail, Tun Musa Hitam dan Tun Ghaffar.Ketiga-tiga Tun ini 'mati' kerana keikhlasan mereka dan hidup anwar kerana sikap, kepintarannya serta agresifnya terhadap langkah dalam politik.Sikapnya yang menjadi 'bajunya' membuatkan anwar handal dalam lakonan kepada semua lapisan masyarakat di malaysia.Kepintarannya yang enak dalam berkata-kata mampu menawan si gadis seperti umi hafilda dan si tua seperti mahathir untuk merealisasikan agenda peribadinya tersendiri.Langkahnya yang agresif membuatkan anwar ini mempunyai 'penyokong'kuat ketika sedang berlari untuk ke garisan penamat menjadi orang no 1.Hebatnya anwar ini.
    Kehandalan anwar ini membawa Paklah ke Team B.Kepetahan nya bercakap membuat orang ramai mendakwa Paklah menyertai Semangat 46.Anak alim ulama ini adalah mangsa kepada 'mulut' dan 'ditaktor' pemimpin ketika itu.Benarkah Paklah masuk semangat 46 ketika itu? KuLi ada jawapannya.Anak alim ulama ini hanya pulang ke kepala batas mencari pedoman dan berdiam diri.Siapa kenal Paklah ketika itu? Si pendiam ini hanya tahu akur dan pasrah menerima takdir Ilahi.Tetapi, jangan dipersoalkan terhadap ketaatan nya.Partinya didokong kuat agar tidak tertinggal dalam hidupnya.Hari ini si pendiam ini yang jadi PM terus senyap terhadap desakan serta tomahan terhadapnya.'Pekak kan saja telinga dan buat kerja'.. itulah ungkapan Paklah setiap kali bercakap dengan golongan 'sahabat' nya.
    Hari ini, Paklah, dikatakan gagal mengawal UMNO.Paklah gagal mengekalkan prestasi BN pada PRU yang lalu.Adakah ini salah Paklah sendiri? atau kekecewaan orang-orang UMNO yang dah biasa dengan stail mahathir selama ini? atau ketidak jujuran dan keikhlasan serta tidak amanah dalam memilih calon seperti yang dilakukan oleh Khir Toyo dan Ali Rustam? Hilangnya taring BN pada pilihanraya lalu di tuju pada Paklah secara individu. Masa nak jadi calon,nak jadi MB, nak jadi menteri hebat mencanang kata 'saya bersama-sama kepimpinan Paklah'. Bila dah kalah semua kata salah Paklah. Bak Kata pepatah melayu, 'baling batu sorok tangan'. Budaya yang tak mahu mengaku salah dan bertanggung jawab ini budaya siapa? Mahathir atau anwar? Budaya yang menekan dan putar belit ini milik siapa? Adakah Paklah? atau mahathir? Siapa pula yang mendidik orang-orang melayu tentang kroni? Paklah atau anwar atau mahathir? Siapa pula yang mengajar orang-orang UMNO untuk hidup atas semangat assabiyah? Adakah Paklah atau mahathir? Justeru, adakah orang melayu khususnya meneliti serta memikirkan dan halus tentang trend yang wujud dalam UMNO dimana hari ini mengoncangkan UMNO semula. Salah siapa yang menanam trend ini semua? Adakah Paklah orang yang tidak mempunyai populariti menjadi PM ketika itu. Siapa pula yang menjadi 'ubat penenang' ketika era reformasi dimana anwar dan mahathir bergelut dengan hebat.Adakah Mahathir atau Paklah? ketika itu saya berusia 12tahun, saya menangis apabila melihat orang raya berdepan dan FRU di Kg Baru, Chaw Kit. Adakah gerakan ini ketika itu sedar 'hidden reason' mahathir ketika itu? Semua orang memberontak. Kerana anwar bijak dalam mempengaruhi minda orang melayu. Ketika pergelutan itu, tak kira apa jua lapisan masyarakat marah ketika itu muncul seorang insan yang membuatkan hati saya berasa tenang dan berhenti menangis. Saya kagum dengan sikap insan ini yang mula saya kenali sejak berumur 6tahun lagi. Kejadian yang terjadi didepan saya itu menguatkan hati dan sanubari saya bahawa beliaulah yang akan menyatukan orang melayu 1hari nanti jika orang melayu sanggup kembalik ke pangkal jalan dan bersatu dengan mengenepikan ideologi masing-masing.Paklah yang sanggup merampas 'hellar' dan sekuriti di UM untuk mengambil memorandum dengan tangan sendiri daripada tunjuk perasaan oleh pelajar UM dan mengatakan pada mereka 'saya akan baca hasrat anda.Pulanglah, belajarlah bersungguh-sungguh.Kami akan selesaikan masalah dan isu yang ada hari ini. Masa depan negara ada pada anda. Tekunlah dan kita akan bersatu' itulah kata-kata paklah kepada pelajar UM didepan bangunan censelori sebelum memasuki keretanya.Saya yang berada dalam ketakutan tiba-tiba tenang dan gembira.Hari ini, Anwar sudah beriya-iya ingin mentadbir negara.Pernahkah anwar berfikir secara waras jasa paklah melepaskannya dari penjara? Bagaimana paklah mengatur semula badan kehakiman negara melepaskannya dari 'taik' mahathir? saya berasa sedih kerana insan ini yang 'kencing' pada paklah semula.Sekarang, anwar mencanang paklah lagi kata paklah 'mengkayakan' keluarganya. Keluarga paklah memang dah kaya. Dato' Ibrahim telah kaya sebelum anwar kaya.Adik beradik Paklah dan iparnya memang dah sedia kaya sebelum paklah jadi TPM lagi. Tapi anwar? Mahathir? kenapa anak-anak mereka kaya apabila mereka berjawatan penting negara? Persoalannya mengapa hari ini anwar meletakkan Izzah sebagai orang penting dalam keadilan? Kita bercakap secara husnulzan seperti Izzah kata. Mungkin kerana Izzah adalah anak anwar dan menjadi lumrah bapa akan percaya anak. Bagaimana pula jika situasi ini jadi pada paklah dengan meletakkan Kamaluddin sebagai Pemuda dan Nori memimpin Puteri dan Jean memipin Wanita? kalau husnulzan, kerana merekalah yang menjadi insan penting setiap hari ketika paklah berdepan dengan masalah. Justeru sudah tentu paklah percaya pada anak-anak dan isteri nya sahaja.Apa kata anwar kalau ini terjadi? 'Paklah ingat UMNO ni bapak dia punya kaa..' 'ini manusia yang mengakayakan kelaurga dan pikiq dia puya poket hingga menindas rakyat..' pasti kata-kata ini keluar. Memang benar lah kelaurga paklah ini banyak berjasa dari zaman Abdullah Fahim lagi. Anwar juga jangan lupa siapa Datuk Badawi yang bukan sahaja berjasa pada rakyat Penang tetapi telah berjasa secara peribadi dengan anwar dengan wan azizah.Maka agenda politik anwar semakin hari jelas yang inginkan malaysia dan akan lepas tangan jika jadi apa-apa pada negara.Yang akan selamat hanyalah Wan azizah dan Izzah.Kerana mereka adalah orang insan penting dalam hidup anwar.Siapa yang akan tinggal dan terus mentadbir negara? Tian chua lah.Orang yang disayangi anwar. Siapa Tian Chua ini? Dialah insan yang paling berjasa kepada keadilan kerana berjaya 'mengegarkan' perpaduan dalam UPM dan UKM dengan meniup semangat ANTI-MELAYU. Adakah ini orang melayu dan PKR gemarkan? Inilah yang anak muda melayu khususnya inginkan.Tian Chua bakal pewaris Anwar.
    Justeru, anak hangtuah ini ingin berwaspada kepada dunia politik hari ini.Hari ini kita perlu jadi macam orang nak bancuh simen.Pasir perlu ditapis agar taik tak bercampur menjadi simen.Maka kita perlu tapi kata-kata semua pemimpin agar racun tidak menjadi pembunuh dalam minda kita.Fikirlah demi kepantingan melayu.Ketepikan ideologi kearah mengembalikan semangat orang melayu yang sebenar.
    -salam anak hangtuah-

    ReplyDelete
  5. dalam rancangan 'hardtalk' si peliwat ni tak segan silu nak mengaku bahawa al gore tu kawan baik dia...apa maknanya tuh???

    Kawan baik? Dengan penyangak matawang? Dengan yahudi yang telah banyak menghuru harakan ekonomi dunia? Kenapa tak kawan baik dengan pemimpin palestin ke, iraq ke, atau mana2 pemimpin negara Islam? Kata nak bela nasib umat islam seluruh dunia?

    Pooooorah...cait!!!

    ReplyDelete
  6. Mintak maaflah paneh, den cut and paste jugo kek sini . . .
    Banyak bona theory conspiracy kau ni jang. Den boleh jo buek satu teori konspirasi dan kontroversi. Betul ke anak-anak NS yang duduk di pilah, rombau, jompol sumo tu keturunan minang? Orang Minang cakap "gadang" korang sobut "godang"?. "Ameh" (mas) korang sobut "Omeh"?. Minang panggil diri "denai, den" korang paggil "dan, deyen"?.
    Ponah menyusur Sg. Siak tak? Tengok rumah2 di sinun dan dongar percakapan diorang. Rumah tak ubah rumah orang Ulu Melaka termasuk Lubuk Chino. "Pagar, ular" jugo disobut "Pagau, Ulau". Tak malu ko orang NS panggil diri dio 'anak minang'? Korang bukan keturunan Minangkabau tapi keturunan orang 'OCU' Sumatra Timur. Dongarlah lagu yang den bori link ini,
    http://dinsmann.diinoweb.com/files/

    Bandingkan 2 lagu tu. Satu lagu Minang dan satu lagi lagu OCU. Orang minang mano ada 'tumbuk kalang' dan 'bongai' yang lebih mirip kebudayaan orang asli.
    Minta maaflah den mulokan kontroversi ni, sebab den pecayo kek Abang Nuar tu. Cerito kau pun banyak konspirasi. Kalau betul pun kono tahu dulu tahap keterlibatan DSAI dan sebab-sebabnya? Dan mengapa tidak? Kito ni di zaman global. Nanti kito dijadikan abu den kuasa barat macam Palestin dan Irag. Cubo2 lah baco blog den pulak. Hidup Pakatan Rakyat!!!
    Ambo manyusun jari nan sapuluoh, sabaleh jo kapalo, minto banalah ka maafan dunsanak kasadonyo.

    Anak Rang Agam dari Sipisang (Lenggeng, Jelebu, Kajang, Ulu Langat dan tak dilupai jua yang dari Tg Karang jo Port Dickson)

    May 27, 2008 1:51 AM
    Delete

    ReplyDelete
  7. iyo ko sumo org negori ngaku minang wahai cikgu din sakura? tak botul raso eh tu. apo kono mengono cerito nuar dongan minang? kontroversi perbandingan tu tak kono dan tak menjawab persoalan paneh.

    bak kato din sakura - Cerito kau pun banyak konspirasi. Kalau betul pun kono tahu dulu tahap keterlibatan DSAI dan sebab-sebabnya? Dan mengapa tidak? Kito ni di zaman global. Nanti kito dijadikan abu den kuasa barat macam Palestin dan Irag. - SOBAB TU ANWAR KONO CERITO ABIH2 PERSOALAN2 ORG RAMAI TTG DIO. KOK BONAR TAK TERLIBAT DENGAN BANGSA ASING...JELASKANLAH. DEN TAK NAMPAK APO KONSPIRASINYA. PERSOALAN TTG ANWAR TELAH MENJADI TANDA TANYA DAN DIO SENDIRI NGAKU YAHUDI2 TU KWN BAIK DIO.

    ada baiknya org pkr minta anwar jelaskan. jgn hanya menafi je. banyak persoalan yg dikemukakan so jwb jelah. setakat nak nafi budak tadika pun boleh buek. yg den perasan org pkr ni suko alih perhatian. org cerito nuar, dio cerito minang. nampak sgt takleh jwb.

    p/s: den tak ngaku minang

    ReplyDelete
  8. Cerita pasal agenda asing ini,buat saya tertanya-tanya bila terdengar kisah ini.

    Kisah berlaku kat Selangor. Rentetan dari kekalahan BN di sELANGOR, mANTAN MB Dr Khir Toyo ada jumpa dengan YB Hasan Ali cadang agar satu Kerajaan Melayu untuk memerintah Selangor. Cadangnya YB2 PAS yang menang combine dengan YB2 UMNO yang menang untuk bentuk barisan exco dan YB dari PAS jadi Menteri Besar. Cadangan itu juga nak dilaksanakan di Perak kalau PAS setuju. Cadangan ini dipersetujui secara dasarnya oleh YB Hasan Ali dan juga Ust Nasharuddin. Tapi bila dirujuk kepada PAS Pusat YB Dato' Kamaruddin Jaafar tentang habis idea itu kerana DSAI dah beri PAS RM150 juta untuk kempen pilihanraya ke 12 aritu dan DSAI tak setuju.Sebab DSAI tak setuju maka kerajaan Melayu untuk Selangor dan Perak tak dapat di realisasikan.

    Persoalannya mana DSAI dapat RM150 juta itu? Dari duit dia sendiri kah? Atau dari rakan-rakan baiknya dari luar negarakah? Di ceritakan duit itu masuk melalui Singapore dan Thailand.Duit sapa lah itu?

    Dihujahkan lagi kempen Obama dangan Clinton aje pelobi-pelobi Yahudi dah keluar belanja cecah 3 billion USD. RM 150 juta tu baru lebih kurang 39 juta USD.Tak de masalah bagi rakan baik DSAI seperti Al Gore keluarkan duit sebanyak itu.

    Kalaulah betul duit tu datang dari pelobi-pelobi Yahudi,nampaknya Yahudi ini ada minat nak mencaturkan pemerintahan dalam negara ini. Kalau itu niatnya begitu bukan ke kita perlu risau?Yahudi ini betul-betul nak laksanakan protokol Zionis nya di MALAYSIA ini.

    Sokong BN ke atau sokong Pakatan ke itu hak masing-masing.Dijamin lagi dibawah Perlembagaan Persekutuan. Tapi kalau sampai nak beri laluan kepada Yahudi untuk corakkan pentadbiran negara ini perlu kita risaukan.

    ReplyDelete
  9. yang cikgu din sakura ni, memang betul2 bekas cikgu ke perasan nak jadi cikgu? Kalau macam ni la cara fikir nya seorang cikgu, den tak terkejut la kenapa banyak lagi rakyat Malaysia mentality masih lagi di tahap 3rd world...

    Sudah2 la dengan taktik lapok anwar ibrahim tu...tak tahu nak jawab pastu nak alih fokus ke benda yang takde kena mengena dengan isu pokok....

    Apa masalah anda kalau org pilah rembau dan sbg nya tu orang minang? Masih lagi termasuk dalam golongan Melayu...Apa yang anda nak cuba buktikan??? Takde logical link langsung!!!!

    Sudah2 la di perbodohkan oleh ANWAR kaki rasuah dan kaki sondol bontot orang tu...Kalau apa yang si paneh tu cakap tak betol, ha perbetol la...jangan dok kata tak betol je...

    ReplyDelete
  10. Cikgu;

    Ese ado tengok rumah kek taman sakura 2 tu, ok tak? ghaso macam minat nak booking la..

    ReplyDelete
  11. Saya ada perasan satu posting di blog Anwar Ibrahim minta bantuan ahli2 PKR dan PAS untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh 'paneh'.

    Tapi, tak nampak pulak diorang serang blog ni.

    Apsal? Atau blog paneh block komen2 diorang??

    ReplyDelete
  12. Blog ni tak pernah lagi rasanya block mana2 komen daripada sesiapa pun...malahan kami menanti juga respon daripada PKR atau PR tentang pemimpin mereka ni...Jelasnya mereka setakat ni tak berani atau tak mampu pun untuk pertahankan pemimpin mereka...mungkin kerana mereka sendiri tak kenal pun siapa pemimpin mereka ni yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  13. benar. blog ini tidak pernah menyekat mana2 komen. sebarang perbincangan adalah dialu-alukan.

    ReplyDelete
  14. Tu la..setiap kali saya posting terus je timbul takyah tunggu approval.

    Tertanya-tanya juga kenapa tak berjawab..

    ReplyDelete
  15. Kpd Abafahim,
    Elok tu kok dapek rumah kek Taman Sakura 2 tu. Den tak berduit nak boli. Belakang giant, dokek ka somban dan dokek kepada semuo kemudahan.

    Kpd anak mami,
    Ese ni 100% cikgu pencen. Sempat juga melihat cahaya merdeka 1957 dan melalui era Emergency. Sudah pasti mengalami juga kekalutan 13 Mei dan "kebangkitan Islam" tahun 70an. Ese tak pernah minat dalam politik dan tak pernah menjadi ahli mano-mano parti politik, hanya bila pencen barulah raso nak menyumbang. Kalau tengok blog se, http://tuklong-ns.blogspot.com/ ia lebih kepada pandangan orang tuo. Memang dah tuo pun. Cakap pun berlapik, tak beranilah nak keluarkan kata-kata yang sangat memalukan macam kata-kata kau terhadap DSAI. Kau orang yang muda-muda nilah yang membawa arus perubahan. Tetapi jangan terbawa arus sudahlah.
    Tak pulak ese kato paneh tu tak betul, hanya setakat mengatakan banyak teori konspirasi. Jangan difitnah begitu. Ese tak faham tentang mana komen se yang melambangkan 3rd world mentality, sebab tak berani bercakap lucah dan
    merendahkan mertabat sesama insan? Cubo-cubolah tengok blog ese, di mana agak eh ese berado!

    Tentang isu yang 'paneh' cungkil dan kemukakan terpulanglah kepada
    pemimpin-pemimpin PKR atau PR menjawabnya, kerana mereka yang lebih mengetahui. Yang ese tahu semasa PRU12, di tempat se mengundi, Ampangan, susah sekali nak nampak bendera dan banner PKR/PR. Memang sah PKR tak
    berduit. Koklah dapat RM150 juta seperti '8387' katakan, elok benarlah tu. Sebab nak melawan BN yang menggunakan segala kemudahan yang ada pada PR12 secara adil dan saksama baru-baru ni memerlukan perbelanjaan pilihan raya yang besar.
    Pekerja BN siap diberi elaun dan belanja makan, pekerja PR keluar duit sendiri (seperti pekerja UMNO dan calon-calonnya pada tahun 1956 dan 1959 - zaman pemimpin TULEN).

    Kalaulah PR tidak berlawan dengan tangan terikat semasa PRU baru-baru ini mega mendung yang berarak dari utara tidak akan berhenti di Negeri
    Sembilan.

    mendung si mega mendung
    mendung datang dari utara
    menung jagan umno termenung
    jika termenung rosak binasa

    Jangan terbawa arus/tsunami/mendung sudahlah. Arus yang bergelombang hebat sekarang sedang dijana oleh UMNO yang hampir kehilangan kuasa. Awas!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum to all commentators

    Isu yang dibangkitkan bukanlah teori konspirasi tetapi berdasarkan fakta dan kajian. Pemerhatian yg teliti atas isu yg ditimbulkan sering menjadi persoalan dan kemusykilan masyarakat. Sebagai individu yang sering berdamping dengan masyarakat dan berjumpa ramai org dari segenap lapisan sama ada bawahan dan atasan, isu yang kami bangkitkan sering menjadi topik berbualan. Adakah kita tidak pernah terfikir mengenainya. Jika sesiapa yang mengkaji perjuangan Anwar selama 16 tahun dlm UMNO dan selebihnya diluar umno, mereka akan memahami hakikat sebenar.

    Segala persoalan perlu dirungkai setelah sekian lama dibiarkan tergantung tanpa jawapan secara ilmiah oleh Anwar sendiri dan para penyokong beliau.

    Persoalan kami, benarkah bendera dan banner pkr kurang di ampangan? Sedangkan apa yg kami lihat bendera lebih kurang sama banyaknya dgn bn. fliers pkr lebih banyak dr fliers bn yang hanya ada fliers calon yg bertanding. fliers pkr dan pas juga guna kertas2 mahal dan ditempah cetak jika dibandingkan dengan bn yg hanya fotokopi. malahan lebih ramai jentera pkr pakai vest kalo nak bandingkan dgn bn di ampangan.

    jadi benarkah pkr kluar duit sendiri? Sebagai insan yg terlibat secara langsung dgn pru12, kami berani mengatakan fakta ini tidak benar. kami juga banyak kluarkan duit sendiri utk mkn, minyak dan sebagainya. kerana kami percaya kepada prinsip perjuangan dan tidak akan berkira pasal duit. kebanyakan org2 umno juga begitu dan mereka yg menyokong umno kebanyakkannya tidak berduit. tgklah org2 kampung yg sgt yakin dgn prinsip perjuangan itu.

    jika diamati, banyak penyokong pas dan pkr terutama di n9 ni terdiri drpd mereka yg agak mewah. buktinya lihatlah pada kenderaan yg mereka pandu. byk sticker pas dan pkr. mereka ini adalah golongan yg banyak mendapat manfaat di bawah pentadbiran kerajaan tetapi menjadi org2 yg tidak mahu bersyukur dgn nikmat yg mereka perolehi. mereka ingat kejayaan mereka adalah atas usaha mereka sendiri tanpa mahu mengakui hakikat jasa org yg membolehkan mereka memperolehi kejayaan itu.

    p/s: pakai keta nasional je.

    ReplyDelete

Blog Archive