Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, May 9, 2008

Hak

Sehingga ke hari ini aku masih tertanya-tanya apakah nasib bangsa Melayu yang beragama Islam di tanah airnya sendiri suatu hari nanti? Apakah Umno masih relevan untuk menjadi wadah perjuangan bangsa dan agama orang-orang Melayu itu sendiri sedangkan sesetengah pemimpinnya hanya pandai mengampu dan asyik dibuai kejayaan masa lalu. Selain sikap bongkak dan terlalu yakin yang akhirnya dihukum rakyat dengan tumbangnya beberapa buah negeri pada pilihanraya yang lepas. Akan tetapi, adakah pakatan pembangkang juga relevan untuk bangsa Melayu sedangkan beberapa isu yang melibatkan hak-hak keistimewaan Melayu, kuasa Raja-Raja Melayu diperlekehkan sewenang-wenangnya??

Aku terfikir, apakah kekuatan ekonomi bangsa Melayu mampu bersaing dengan kekuatan ekonomi bangsa lain apabila Dasar Ekonomi Baru ditolak di Pulau Pinang? Aku ragu-ragu, mengapa Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor meluluskan projek ternakan babi di kawasan yang majoritinya adalah bangsa Melayu yang beragama Islam sedangkan penempatan pemakan-pemakan babi ini langsung tidak tercemar dengan kebusukan aroma kumbahan binatang haram ini.

Orang Melayu terpaksa berfikir menggunakan akal yang waras, apa mampukah pemimpin-pemimpin Melayu dari pakatan pembangkang mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu yang bertunjangkan sistem Raja Berperlembagaan sedangkan apa yang kita nampak hari ini pemimpin-pemimpin Melayu yang dipilih untuk menerajui pembangkang terpaksa berdiam diri dan akur atas desakan sekutu kuat mereka terutamanya dari DAP. Ini dapat kita lihat dalam isu Karpal Singh yang secara terang-terangan memperlekehkan titah Sultan Perak, iaitu salah seorang dari Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua agama Islam negerinya dan sekaligus menghina DYMM Yang Dipertuan Agong. Tidak ada komen langsung dari pemimpin pembangkang daripada kalangan orang Melayu kecuali Ibrahim Ali yang hanya duduk atas tiket wakil bebas di dalam sesi perbahasan di Parlimen pada 8/5/2008 yang lalu. Mana perginya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang berbangsa Melayu yang lain? Mengapa takut untuk bersuara sedangkan maruah Rajanya diperlekehkan? Seharusnya mereka sedar, sistem Raja Berperlembagaan adalah tunjang kepada sistem Demokrasi Berparlimen itu sendiri. Mungkin ada benarnya kata-kata Tun Mahathir, ini adalah bayangan seandainya pembangkang menerajui kerajaan suatu hari kelak.

Adakah orang-orang Melayu sedar bahawa ramai di antara pemimpin-pemimpin Melayu pada hari ini hanya memikirkan kepentingan politik dan agenda peribadi tanpa memikirkan perjuangan untuk membela rakyat terutamanya yang melibatkan bangsanya, agamanya dan Rajanya? Ini tidaklah bermakna kita membelakangkan pemimpin-pemimpin politik yang ada pada hari ini tetapi mereka seharusnya menyokong Raja-raja Melayu bagi kebaikan umat Melayu seluruhnya. Setakat hari ini kuasa politik, hak-hak keistimewaan dan kuasa Raja-Raja Melayu itu masih ada melalui pimpinan Umno yang menerajui Barisan Nasional.

Persoalannya, sejauh manakah kemampuan dan keberanian pemimpin-pemimpin Umno mahupun pembangkang yang berbangsa Melayu untuk terus mempertahankan hak-hak tersebut tanpa mementingkan kepentingan diri sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.
Lu fikirlah sendiri..........

21 comments:

  1. Lihatlah sekarang!Bukan ke saya cakap KJ itu adalah pemimpin muda Melayu yang releven. Dia perjuangkan hak ketuanan Melayu tapi orang persendakan dia dengan Ketuanan Menantu lah dan sebagainya.

    Bukan ramai pemimpin muda macam dia yang boleh cakap pasal Ketuanan Melayu. Kebanyakan pemimpin muda ada yang tak tau ttg konsep ketuanan Melayu.Pemimpin muda UMNO skarang sibuk pikir nak kekal jawatan,nak dapatkan jawatan yelah pemilihan UMNO dah makin hari makin hampir.

    Patutnya dia diberi jawatan Menteri aritu sebab dengan kewibawaannya dia boleh laksanakan asar juang Ketuanan Melayu nak bantu orang Melayu tapi dia tak dapat sebab orang UMNo sendirilah yang tak bagi.

    Bila sekatan kena kat dia susah dia nak realisasikan apa yang diperjuangkan.Harap Pak Lah beri dia satu jawatan Menteri untuk dapat dia bantu hak orang Melayu ni!

    ReplyDelete
  2. 8387 macam penyokong kuat KJ je...anyway, semua pemimpin pelapis UMNO kenalah mempunyai prinsip di dalam mempertahankan ketuanan Melayu..saya rasa puaka desa pun pemimpin pelapis juga..tak begitu puaka desa

    ReplyDelete
  3. kumpulan generasi baruMay 10, 2008 at 12:41 PM

    kami rasa paneh sesuai jadi pemimpian pelapis. jgn pandang sepi pada beliau. pengaruh beliau di kalangan belia semakin kukuh akhir2 ni.

    ReplyDelete
  4. Kalau kayu ukur untuk menjadi pemimpin muda Melayu ialah dengan kebolehan bercakap tentang hak ketuanan Melayu, saya setuju dgn pendapat kumpulan generasi baru...paneh rasanya jauh lebih berkebolehan...Dalam kita memilih pemimpin, saya kira banyak lagi kriteria yang perlu diperhalusi, bukan sekadar pandai bercakap...Kita mahukan pemimpin yang cakap serupa bikin dan vice versa...

    ReplyDelete
  5. Den ghaso suai jugak. Yolah klau KJ jadi menteri dan berusaha jadi juara Melayu sey ghaso dio dapek banyak sokongan tambah-tambah Anwar Ibrahim. Tak kan kito sumo lupo sapo yang berkojar boghi pasport kek Anwar bilo dio keluar penjaro itu haghi. Bilo Anwar sokong, sumo Cino dan India dalam pembangkang akan turut sokong seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal singh dan lain-lain tu. Mako Cino dan India dalam BN pulak akan terlopong termasuk Tee Kiat yang mahu kito ubah perkataan Ketuanan Melayu. Elok jugak tu supayo dalam tempoh limo ke 10 tahun laie bulihlah kito saling salah menyalahkan antaro satu samo lain apabilo oghang melayu hilang koso di negaro sendiri. Kan oghang melayu ni terar dalam bab bab macam tu. Pandai boghi alasan tapi gagal memboghi JAWAPAN!!!

    P.S. Paneh den ghaso hati kau yang paneh tu dah mulo berjangkit kek hati den pulak.

    ReplyDelete
  6. apo sobut2 den jadi pemimpin lak ni. den takdo kono mengono dlm ini gambar.

    buek sontoloyo...den tau hati ko mmg paneh...paneh baco msg cik li. keh keh keh!

    ReplyDelete
  7. Yolah Neraca Keadilan, Paneh aje la yang berwibawa. Sobab dia boleh cakap ngan kau berdua-duaan dalam kereta tentang Ketuanan Melayu.

    Sontoloyo lak kau ada kat airpot ke masa tu yang kau nampak KJ bagi pasport kat Anwar? Kau duduk kat mana masa tu? Ada kau ambik gambar? Kalau ada bukti saya cabar kasi letak dalam ini Blog!Dalam 3 hari tak de maknanya kau cakap kosong je mungkin kabar angin aje!

    Kalau boleh kauorang tengok barisan pemuda UMNO yang ada. Hishamudin yang macam muka ikan baung tu pandai cium keris aje.Bila orang pertikai gelabah dan mintak maaf.Reezal Marican lak dok sibuk berbini artis.Lagipun dia Mamak macamana nak cakap pasal Ketuanan Melayu? Cakap pasal "Restoran Mamak yang disayangi"bolehla! Ust Najmi lak? Usah harap. Dalam mesyuarat jawatankuasa pun nak cakap arab.Ingat kalau cakap arab tu dapat pahala lebih agaknya?Rata-rata mana ada pemimpin muda yang berwibawa? Bila ada pemimpin yang berwibawa korang semua nak jatuhkan. Bayangla adu domba yag mengatakan BN tak dapat 2/3 majoriti sebab kat dia. Boleh terima ke cakap macam ini. jangan jadi ketam dalam bakul. Sekor ketam nak naik ke atas,yang lain menarik ketam tu ke bawah.

    ReplyDelete
  8. raso eh cukup2 la 8387 ni menyamar. gi la copek kempen bertanding naib ketuo pemudo bahagian somban tu. sok melopong yor...KJ dah tontu nak tanding timbalan ketua bhgn rombau. ko tu copek skit pilih side...masuk side mb atau tok sahak.

    paneh ko tak nak amik den jadi contributor ko?

    ReplyDelete
  9. hahahahah....kelakar2....

    ReplyDelete
  10. Hidup KJ!!!Hidup Paklah!

    Hangpa ingat hangpa bagus sangat!

    Hasil Peninggalan sisa2 busuk Tun Mahathir, Paklah yg terpaksa menanggung.

    Penyokong KJ

    ReplyDelete
  11. anak murid pak jakparMay 11, 2008 at 11:35 AM

    wahai penyokong KJ, berapa byk duit KJ sudah ko telan? sokong maut nampak. tau tak mamat tu the richest unemployed young man in Malaysia. bukan den cakap, org umno rembau yg cakap.

    ReplyDelete
  12. jeles lak nampaknya 8387 nih...Kalau hang nak ceq sokong hang jadi pemimpin, ha, citer la pasal ketuanan malayu...citer pasal KJ buat apa???

    Si haprak yang desperate nak sokongan rakyat sampai mat rempit dimanjakan, budak2 kat universiti takde plak dia nak blanjakan duit dio tu....itu yang hang kata layak jadi pemimpin?????

    Geli geloman den.....

    ReplyDelete
  13. Kepada anak murid PakJapar- Kalau ye dia the richest unemployed man in Malaysia,apa lak salah nye. Orang Melayu gak kaya.Ingat suma orang kaya jadi jahatke? Dalam crite Hindustan mungkin ye.

    Saya sokong KJ sebab dia pemimpin muda yang berkarisma dan perjuangkan hak serta Ketuanan Melayu. Dia debat dgn baik pasal isu DEB, hak Melayu dengan Dr. Chua Jui Meng (the MCA stalwart)dalam program the exchange walaupun masa tu dia baru berumur 28 tahun.

    Cerita pasal ketuanan Melayu korang tau tak apa bezanya Ketuanan Melayu dengan hak Keistimewaan orang Melayu. Ramai yang fikir benda tu sama tapi sebenarnya berbeza. Saya pernah dengar KJ olahkan dengan baik dan saya tahu dia amat faham tentang Ketuanan Melayu da hak istimewa orang Melayu .Korang especially yang sibuk nak lawan KJ di Rembau,korang tauke apa bezanya? Tak tau kene belajar dengan KJ.

    Nak perjuangkan hak Melayu mesti ada asas.Nak bertempur mesti ada pencak.Kalau tak de macamana nak berjuang.

    Kepada pemimpin muda yang faham tentang asas perjuangan spt KJ- kita kene sokong

    ReplyDelete
  14. salam..

    saudara 8387.. kuat benar pagangan dan sokongan saudara kapada kj..
    beruntung kj kerna masih ada orang kuat seperti saudara.. moga2 lopeh ni kalau kj dapek jadi pm saudara akan cepat kaya...
    apo2 pun kito tak buleh nak paksa saudara.. sokong menyokong ni hak masing2..

    kita tengok apa yang kj pernah buat semasa memegang jawatan naib presiden umno...

    membela nasib mat rempit.. membawa mereka terjun di kutub utara.. saya nak tanya apa hebatnya mat rempit berbanding saudara... mengapa kj bawa mat rempit bukan saudara.. mungkin mat rempit jauh lebih hebat daripada saudara... mungkin mat rempit ni faham akan ketuanan melayu.. (itu yang dikatakan cakap tak serupa bikin.. apa yang dicakap tidak selari dengan apa yang dilakukan) hasil dari kerja kuat kj dalam membela nasib mat rempit ni la PRU12 bn tewas.. sebab..

    golongan-golongan muda yang lain rasa terpinggir.. ye la.. nak dekat dengan kj mesti jadi mat rempit dulu.. saya nak bawak motor pun takut.. mcm mana nak rapat dgn kj.. saudara boleh bantu??..

    p/s
    kalau berjuang dengan mulut ikut nafsu itu lah padahnya... berjuang kena dengan akal berlandaskan tangan..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  15. Akum bang Ahmad albab- Marah Dato' Azeez kalau abang kata KJ bawa Mat Rempit terjun ke Kutub Utara.Itu Dato' Azeez punye projek tuh!

    Walau apa pun tak kan nak sisihkan Mat Rempit. 100% bangsa Melayu tu!Nak tanya kepada Neraca Keadilan dengan Ahmad Albab -hina sangatke Mat Rempit tu? Hina sangat ke jadi bangsa Melayu?

    Mungkin kita ni bernasib baik. Dapat pelajaran tinggi ,jadi pensyarahlah jadi peguam lah jadi akauntan lah tapi apa hak kita nak hina Mat Rempit yang mana semuanya sebangsa dan seagama dengan kita.Haruskah kita pejam mata pada golongan ini.Haruskah ita pejam mata kepada permasalahan bangsa kita sendiri.

    Bila ada pemimpin muda mahu berdepan dengan permasalahan bangsanya,kenapa harus kita harus pandang dengan jelek.Kenapa kita perlekehkan?

    Jangan hanya cakap aje pasal ketuanan Melayu tapi tak selami permasalahan orang Melayu sendiri

    ReplyDelete
  16. salam..

    saya tidak menghina mat2 rempit ni.. tapi selepas tindakan untuk menyedarkan meraka ni apa yang kita dapat?? berubahkah mereka?? kalau berubahpun hanya segelintir..
    elok jugak tu dari tak ada apa ye tak?? tp saya di kl setiap malam dapat tgk kerakusan mat rempit nidalam mempamerkan aksi bodoh mereka.. hantar sahaja mereka ni ke iraq.. kalau mati pun tak rugi ape2..

    saya tekankan mengapa isu ini shaja yang dibawa oleh kj dn azeez ni kenapa.. abih isu ptptn 4%.. isu akta auku.. isu belia2 masakini yang dilambakkan dengan program belia yang semakin bosan.. siapa yang harus dipersalahkan??

    kementerian belia dan sukan??
    kementerian pelajaran??
    mana pemuda UMNO??
    apa tugasan KJ..

    bukan nak cari kesalahan.. tapi cuma menegur dengan terbuka..

    sebagai menantu kepada PM dia telah banyak melakukan sesuatu demi kepentingan peribadi dan juga populariti.. sampai menjadi bahan kepada pihak pembangkang..

    ReplyDelete
  17. hebat tul hujah2 dlm ni. tapi maso pilihanraya hari tu geng mat rempit dan pekida ikut konvoi masa kempen kj di parlimen rembau. ia menjadi satu kemeluatan kpd penduduk setempat dan seolah2 nampak seperti kj mengetuai kumpulan gangster kehulur kehilir dgn mat motor. agak eh sobab tu undi pado kj kurang. mungkin kj faham ttg hak dan ketuanan Melayu tapi nilai2 murni hubungan kemasyarakatan kono belajar la laie.

    buek ahmadalbab...jwtn kj naib ketuo pemudo dan bukan eh naib presiden umno.

    buek 8387, ko punyo ayat dlm blog ni punyo la cantik. bole la tu jadi ayat kempen naib ketuo pemudo bahagian somban. kalo ko dah pilih side kj...lopeh ni berembat la ngan org mb. jgn dlm ni yor dok sokong kj, maso nak kempen undi sok kojap sokong tok sahak...kojap sokong mb. cam lalang plak. pendirian kono totap. kwn2 ko bg cadangan lain kali dongar.

    ReplyDelete
  18. KALAU BETUL NAK DEAL DENGAN ISU YANG MELANDA ORANG MUDA MELAYU SKANG, BIARLA KENA CARANYA...MAT2 REMPIT TU, SKANG TAK MEREMPIT KE SELEPAS KJ MENDEKATI MEREKA? LAGI BESAR KEPALA ADER LA...

    ISU PELAJAR2 DI UNIVERSITI, DI POLTEKNIK DAN PELBAGAI KOLEJ2 KOMUNITI YANG BERPULUH RIBU BILANGAN NYA KENAPA TAK NAK DEAL? PENUNTUT UNIVERSITI YG MELACUR, MENAGIH DADAH, MENYALAHGUNAKAN DUIT PTPTN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, PEMBINAAN SAHSIAH, PERSONALITI UNGGUL, PENGANGGURAN,KENAPA DIA TAK NAK TOLONG EK? KALAU BETOL DIA CONCERN DGN ORANG MUDA, GOLONGAN INI LA YG PATUT DIBERI PERHATIAN YG LEBIH...

    ReplyDelete
  19. salam..

    terima kasih saudara ano..
    kadang2 tu terslah taip... tp yang baik dari Allah yang buruk itu dari saya..

    pembetulan kj tu naib ketua pemuda UMNO..

    ReplyDelete
  20. Akum

    kepada tuan Ahmad Albab dan bro ano apa yang tuan hujahkan menguatkan lagi hujah keperluan kenapa KJ perlu dilantik jadi Menteri.

    Tuan-tuan semua minta dia sentuh isu-isu mahasiswa,PTPTN dsb. Sume tu ada Menteri yang sepatutnya perihatin. Tuan-tuan usulla kepada Menteri tu.Kalau KJ jadi Menteri boleh kita usulkan juga kepadanya.

    Tapi malangnya di tidak terpilih jadi Menteri,nak buat macamana? Berbaik dengan rempit adalah suatu inisiatif KJ dan bukan kewajipan yg diamanahkan oleh rakyat.Kalau nak diwajibkan atas dia,pemimpin GPMS,pemimpin MBM dan lain-lain pemimpin belia juga harus dipertanggungjawabkan. Sepatutnya dulu Azalina kena buat,sekarang Sabri kene buat sebab itu tanggungjawab mereka. Isu mahasiswa Khalid Nordin pule kene handle.

    Apa dosa KJ kepada tuan-tuan semua? Kalau tak de sokong ler die.

    ReplyDelete
  21. salam..

    saudara 8387..
    kalau saudra berpendapat begitu baguslah.. jadi naib ketua pemuda UMNO ni untuk apa ye?? untuk cium keris je ke?? tolong saudara senaraikan??

    kalau semua isu dah menteri jaga.. nanti kita tubuhkan pulak menteri hal ehwal melayu demi kepentingan bangsa melayu.. Boleh ke??

    kalau seseorang menteri menjaga orang melayu, nanti dikatakan perkauman pulak.. marah pulak MCA & mic.. jadi anak2 melayu ni bukan pemuda UMNO kena ambil tindakan ke??

    apa isu anak2 melayu ni.. rempit je ke??

    entahlah.. 8387 tolong..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive