Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, May 3, 2008

Saya Menyokong DEB - Dr. Lim Keng Yaik

Lim Keng Yaik mengingatkan agar Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dilihat dalam kaca mata yang adil dan saksama.

“Tolong jangan lihat DEB sebagai masalah perkauman. Ramai orang sudah lupa objektif DEB ini. Mereka memikirkan bahawa DEB hanyalah untuk kaum bumiputera semata-mata, tetapi ia lebih luas daripada itu. Sasaran utamanya adalah untuk menyusun semula masyarakat dengan memastikan tiada mana-mana kaum atau bangsa hanya dikenali melalui sesuatu fungsi ekonomi semata-mata. Malah ia juga bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum atau warna kulit”.

Beliau turut menjelaskan dasar yang baik haruslah diiringi dengan budaya kerja yang baik juga. Jika tidak, dasar tersebut akan gagal mencapai matlamatnya.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong Dasar Ekonomi Baru. DEB telah berjaya mewujudkan keharmonian di negara ini”, tegas Lim Keng Yaik lagi. (Sumber Dewan Ekonomi)

Paneh: Inilah contoh kaum bukan Melayu yang faham intipati sebenar DEB. Bukan seperti sesetengah kaum bukan Melayu yang apabila berkuasa terus nak mansuhkan DEB tanpa memahami ‘semangat’ yang dibawa oleh dasar tersebut. Yang lagi menyedihkan apabila ada juga orang Melayu yang menyokong memansuhkan serta mempertikaikan peranan DEB sedangkan mereka serta keturunan mereka mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar tersebut. Daripada asalnya golongan petani, kini telah berubah menjadi golongan profesional, pakar, usahawan dan sebagainya. Golongan seperti ini memang dasar bangsa tak sedar diri dan tidak tahu bersyukur. Mereka ingat nikmat yang mereka nikmati hari ini diperolehi dengan cara bergoyang kaki? Kalau tidak dek kebijaksanaan orang-orang dulu (orang tua dulu digelar saluran satu yang tidak cerdik oleh mahasiswa yang tinggal di kerinchi seperti dalam mastika mei) dapatkah mereka belajar di universiti itu? Laksana ibu bapa yang berpenat lelah membesar dan mendidik anaknya, akhirnya anak tersebut ‘membalas jasa’ dengan perbuatan derhaka.

DEB dirangka selepas kajian terperinci dilakukan ke atasnya. Ia merupakan satu dasar konsep perkongsian keluarga secara kolektif yang tidak hanya memihak kepada sesebuah kaum bahkan meliputi kepentingan keseluruhan kaum yang turut diakui haknya sebagai warganegara Malaysia. Saya ingin memetik kajian yang dibuat oleh Dr. Rais Saniman, penyelidik Institut Chr. Michelsen Bergen Norway ketika beliau membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Pembentukan dan Pelaksanaan DEB pada legasi Tun Abdul Razak” di persidangan Legasi Tun Abdul Razak. Dr. Rais menggariskan 7 elemen DEB iaitu:-

1.Pertumbuhan ekonomi maksimum
2.Penstrukturan ekonomi bagi mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dalam pendapatan, kekayaan dan guna tenaga
3.Mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum
4.Guna tenaga penuh dalam sektor buruh
5.Kerajaan yang proaktif
6.Memantau pelaksanaan DEB
7.Mewujudkan polisi sosial bagi mengelakkan konflik

Keberkesanan pelaksanaan DEB turut mendapat pengiktirafan daripada pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang melihat DEB sebagai platform yang berjaya membawa impak positif dalam mengimbangi sosioekonomi masyarakat di Malaysia.

18 comments:

  1. Akum paneh,menarik posting yang dipaparkan. Orang Cina pun boleh sokong DEB.Malangnya ada orang Melayu yang memperlecehkan DEB sendiri. Sedih rasanya rupa-rupanya orang Cina yang selama ini disangkakan tidak suka kepada DEB sebenarnya lebih faham tentang DEB dari orang Melayu.Sebab tak faham le ada umat yang nama mELAYU BOLEH SOKONG LIM GUAN ENG yang kata mahu menolak DEB.Untuk umat-umat ini pergile ke Pejabat Pendaftaran tukar nama tu jadi Singgam ke Ramalinggam ke dan join HIndraf yang kata DEB satu bentuk penindasan oleh UMNO

    ReplyDelete
  2. kumpulan generasi baruMay 4, 2008 at 10:43 AM

    org melayu yg tak sedar diri tu biar jelah paneh. keturunan kami tak redha org yg tak mengenang budi mcm tu.

    ReplyDelete
  3. Puas aku cari, ada juga tokoh cina sokong DEB, Eh! betul ke ni?

    ReplyDelete
  4. Kaum Cina yg menyokong DEB satu cerite, nk meyakinkan org ramai (khususnya melayu) sekarang ni pasal kelebihan DEB ni satu cerita lain plak...

    -Mazda6-

    ReplyDelete
  5. kaum cina leh sokong DEB...Kaum Melayu kenapa pulak tak sokong DEB.Mesti ada yang tak kena ngan diorang ni...Buat keputusan mesti ada rujukan dan sumber..bukannya hentam je.Org melayu yg macam ni akan menjahanamkan bangsa sendiri.Tak ada isu lain nak fikir rasuah,kroni dan sbagai.Pandangan mesti lah jauh sikit....sejauh 100 tahun akan dtg.masih ada ke kuasa melayu ketika itu?

    ReplyDelete
  6. Dalam perundangan ader satu legal maxim...RES IPSA LOQUITOR...

    p/s: Kalo tak paham tanya ABAFAHIM...

    ReplyDelete
  7. persoalannya kenapa DEB dikatakan tidaK berjaya mencapai matlamat untuk org melayu berbanding bangsa lain. adakah sebab sikap org melayu itu sendiri yang tidak mahu bersusah payah maka mengambil jalan mudah memberikan projek yg diperolehi kepada bangsa asing. masalah ketirisan diperingkat perlaksanaan atau sikap?

    ReplyDelete
  8. Akum semua,cerita pasal orang Cina faham mengenai DEB saya terjumpa petikan ucapan Lim Kit Siang di Parlimen tahun 1988:

    " DAP dan sejumlah rakyat Malaysia yang menyokong DAP,bersetuju dengan objektif Dasar Ekonomi Baru bagi mencapai perpaduan negara melalui proses serampang dua mata,yakni menhapuskan kemiskinan tanpa mengira kaumdan menyusunkan semula masyarakat Malaysia melalui penghapusan menurut pekerjaan dan tempat kediamannya.Kami juga menerima jaminan DEB bahawa dalam perlaksanaannya,tidak ada kumpulan yang akan mengalami kerugian atau berasa dilucutkan hak,keutamaan,pendapatan dan pekerjaan atau apa-apa peluangnya. Apabila Rancangan Malaysia Kedua dibahaskan di Parlimen lebih 10 tahun yang lepas,saya menyatakan bagi pihak DAP bahawa DAP menyokong perlaksanaan proses serampang dua mata itu.."

    Buku "Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan pencapaian Ekonomi Orang Melayu " (Cetakan Kedua 2002)

    Rupanya Pemimpin DAP pun faham dan menyokong DEB. Tapi apsal anaknya Lim Guan Eng nak tolak DEB plak? Ini mesti kes anak derhaka tak nak ikut cakap bapa nih!

    ReplyDelete
  9. Assalamualikum...Dasar Kerajaan mana ada yang menganiaya rakyat beb..rakyat je yang suka menganiaya diri sendiri ie masing masing nak cepat kaya dgn pelbagai cara yang mungkin kalau di kupas kat sini pjg berjela jela mungkin pembangkang lebih tahu kot bagaimana nak olah isu ni untuk jadi menarik....cita DEB ni takyahlah dijadikan isu...orang yang nak berkuasa je suka guna isu ni..kalau kita lihat hari ni majoriti kaum kaum yang ada di muka bumi malaysia ni pun bukan susah mana pun..kalaupun DEB tu untuk orang melayu..kenapa pendapatan perkapita orang melayu masih yang terendah...di belakang kaum cina dan india..so fikirlah sendiri..cuma melayu ni kalau dah ada kuasa tu fikir fikir lah bawa perjuangan agama sekali..jangan agama hanya dimulut...perbuatan tak sama..jadi tak selari, mana tuhan nak berkat dan rahmat perjuangan kita..ketakwaan kena ada dalam diri untuk menegakkan perjuangan melayu...melayu itu islam so kita tak leh lari dari memperjuangkan agama dalam kehidupan...mempertingkatkan ekonomi orang melayu ni pun satu kewajipan sebab kita tuan di negara kita, bila ekonomi melayu kuat islam juga akan kuat..jadi umat melayu sedarlah bahawa DEB itu masih kita perlukan cuma kaedah yang lebih jelas dan terperinci perlu di rangka untuk menjadikan ia lebih relevan kepada umat melayu di masa hadapan, Insya Allah.......

    Stream 83

    ReplyDelete
  10. kumpulan generasi baruMay 6, 2008 at 4:58 PM

    kami rasa walau apa jua dasar yang dibuat oleh pemerintah adalah utk kebaikan rakyat dan hanya mereka yg buta mata hatinya sahaja gagal untuk memahaminya. DEB masih relevan selagi pencapaian ekuiti 30% bangsa Melayu belum tercapai sepenuhnya.

    ReplyDelete
  11. Salam korang.. Menarik tul aku tengok blog ni.. Macam-macam perkara baru yang aku jupe dan baru nak faham.. Tapi ada satu kemusykilan lah..Baru-baru nie aku terjumpe seorang budak felda kat Jempol yang bersetuju sangat-sangat kalu DEB dimansuhkan di Penang. Aku tanya apsal, dia jawab, Itu memberi peluang kepada orang Melayu untuk lebih bersaing dan berdaya maju.. Lebih berdikari dari sebelum nie.. Betul jugak cakap dia.. Tapi yang aku tahulah.. bukan ke FELDA-FELDA ni adalah sebahagian daripada dasar DEB... Musykil...musykil...

    ReplyDelete
  12. Akum anonymous,

    Ada tanya tak budak Jempol tu sebaik mana orang Melayu dapat bersaing kalau DEB dimansuhkan?

    Tengok kat Penang sendiri walaupun sebelum DAP dapat takhta kerajaan isu peminggiran orang Melayu sudahpun menjadai isu yang hangat. Ini pulak kalau dimansukhkan.

    Dia boleh cakaple sebab dia duduk di Jempol tapi cuba dia duduk di Penang,dapat dia bersaing atau tidak. Kat Penang kalau DEB dihapuskan tidak ada lagi polisi 30% milik Bumiputera untuk setiap pembangunan kawasan perumahan atau komersil.Nak bersaing dengan orang Cina untuk memiliki harta sudah tentu kalah kerana kuasa beli orang Cina lebih tinggiLama kelamaan orang Melayu terpinggir secara sistematik ke kawasan-kawasan pinggir bandar atau jauh dari bandar.Maka timbul sekali lagi pengenalan kawasan mengikut kaum iaitu orang Cina duduk dibandar,anak-anak mereka bersekolah dibandar manakala orang Melayu duduk di pinggir bandar dan anak-anak mereka bersekolah dibandar.Balik kekeadaan asal sebelum DEB tapi mungkin dalam suasana dan masa yang berlainan.Orang Cina lebih untung sebab mereka boleh tinggal dibandar juga dipinggir bandar mengikut pilihan mereka. Tapi orang Melayu mungkin tiada pilihan sepertimana yang dinikmati oleh orang Cina

    Oleh itu sedara-sedara bila dah dapat sesuatu rahmat itu mari kita bersyukur dan gunakan sebaiknya bukan kita suruh buang dan mansukhkan.Dengar bunyi guruh di langit habis air setempayan kita buangkan. Marile kita renungkan bersama.

    ReplyDelete
  13. MELAYU masih gagal mencapai 30% ekuiti pada saya bukan salah DEB...tapi sikap orang Melayu...Cubalah baca kupasan Ayahanda TUN dalam bukunya MALAY DILEMMA...

    ReplyDelete
  14. SAlam buat rakan2.. Aku setuju dengan pandangan korang khususnya 8387.. Terima kasih atas maklumat tu.. Nak aja gtau yusop noor, arahkan keluarga budak kuar dari felda. Masakan diapun adalah produk DEB.. DEB sememangnya untuk semua. Tq

    ReplyDelete
  15. kumpulan generasi baruMay 7, 2008 at 5:47 PM

    kami tunggu juga apa kata masyarakat prihatin keadilan dan agama ttg isu DEB ni. kempunan la jawabnya.

    ReplyDelete
  16. Sebab tu aku suruh kau orang sokong BN lagi, sebab polisi-polisi BN tu bagus sebenarnya. UMNO sebagai pendokong BN pun tak salah. Dah lebih 50 tahun, aku rela pilih yang aku dah tahu daripada aku pilih yang aku tak pasti.

    Yang jadi masalah adalah orang-orang yang "conduct" parti dan kerajaan ni . Patut dia orang ni conduct parti dan kerajaan dengan betul, tapi bila dah dapat kuasa nereka ni pulak yang "misconduct". H

    Hukumnya, kalau yang misconduct tu orang UMNO , kita hukum dia dalam pemilihan akan datang, kalau pemimpin MIC, MCA, PPP, Gerakan, atau lain-lain komponen yang misconduct biar ahli-ahli mereka yang hukum. Kalau tak boleh juga kita hukum mereka bersamai-ramai melalui PRU ke13

    Pak Lah dan konco-konconya pasti akan kami hukum.

    ReplyDelete
  17. Aku tak pelik kalau Lim Keng Yaik atau Lim Kit Siag pun sokong DEB, sebab yang "benefit" akhirnya pun orang-orang dia juga. Tak caya tanyalah kontraktor-kontraktor Melayu. PAK LAH LAGI TAU!!!

    Sebab tu orang China tak kesah sangat bab rasuah ni, sebab pertama dia orang nak senang buat kerja, kedua kalau pegawai dan pemimpin Melayu tak makan rasuah nanti dia orang juga yang susah. Tanyalah orang business.

    Yang bising-bising ni sebenarnya yang tak tau nak rebut peluang, tak ada peluang dan tak nampak peluang.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive