Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 8, 2008

Singkatnya Fikiran

Aku dah lama tak blogging. Tapi bila aku masuk hari ni, daripada pelbagai berita dan blog yang aku baca, cuma satu perkara saja yang buat aku betul2 paneh dan sakit hati iaitu kempen 'Flying The Flag Upside Down'. Aku tidak peduli atas apa jua alasan yang mereka beri sama ada tujuan mereka mengibarkan jalur gemilang secara terbalik adalah tidak salah merujuk code Amerika; ataupun ia bukan menunjukkan tanda tidak hormat kepada jalur gemilang tapi bagi aku sesiapa yang menyokong secara langsung, apatah lagi melakukan seperti saranan kempen tersebut adalah orang2 paloi @ gilo @ mangkuk hayun!

Kita berbangga dengan kedaulatan Malaysia di mana rakyatnya megah menentukan hala tuju negara dengan cara tersendiri, tetapi ada segelintir rakyatnya yang langsung tidak patriotik sehingga sanggup menggunakan alasan situasi negara lain untuk membenarkan tindakan mereka menterbalikkan jalur gemilang. Alangkah singkatnya akal jika menyokong kempen ini atas alasan politik dan ekonomi Malaysia yang kononnya membuat mereka tertekan. Aku harap kempen ini tidak berterusan kerana banyak lagi kaedah lain untuk memberi tekanan kepada kerajaan tanpa perlu mempersenda maruah negara yang perlu dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang dan pendirian.

4 comments:

  1. Abah diorang ajar cam tu kot...

    ReplyDelete
  2. Aku setuju walau apapun alasan rakyat Malaysia tak patut buat tindakan sedemikian. Mereka umpama duri dlm daging, walau apa parti mereka, siapa pemerintah, bila keadaan tidak memihak kpd kehendak mereka maka mereka akan bertindak melampaui batas. Lebih mementingkan diri sendiri dr negara, dlm ertikata lain PENGKHIANAT NEGARA!

    ReplyDelete
  3. saya memang tidak bersetuju dengan kempen ni. Sungguh tidak bertamadun.Hanya tahu nak memberontak sahaja. Akal Allah bagi mana pergi semuanya? Kita ini negara yang mengamalkan demokrasi. Banyak lagi cara yang boleh digunakan seperti memboikot kepimpinan yang ada sekarang. Go for new leaders samada di peringkat cawangan, bahagian atau pun pusat...pemimpin yang lemah, lembik dan tidak bermoral (tidak kira dari mana2 parti sekali pun) mesti dipulaukan...aku yakin, Tun telah meninggalkan banyak golongan pelapis muda yang berkarisma dan mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek (ekonomi, sosial dsb...) tapi malangnya banyak orang2 di bawah ni bersifat pengecut dan hanya mengikut telunjuk golongan2 pemimpin yang ada sekarang. Namun dalam masa yang sama memberontak tak tentu hala...Jangan salahkan mereka kerana terus kekal berkuasa jika anda di luar sana masih terus-terusan takut menyuarakan perkara yang sebenar...sistem yang kita ada sudah cukup baik untuk melindungi setiap rakyat...malangnya kebanyakan daripada kita ini tidak ingin mengambil tahu tetapi hanya tahu melatah tak tentu hala...bertindak tanpa berfikir...

    ReplyDelete
  4. Salam Paneh,

    Mereka-mereka ini bongkak, maklumlah Bloggers famous dan banyak peminat sampai berjuta!

    Jadi bila kepala dah besar sangat macam macam yang merapu pun singgah..dan yang anehnya geng geng dia orang mesti support punya.
    Betul belaka.

    Inilah jadinya, jadi kurang ajar. Bila kita cakap dia orang marah. Entah apa nak jadi agaknya.

    ReplyDelete

Blog Archive