30 September 2008
Original Posting
Dekat2 nak raya ni sakit pulak hati bila baca 2 berita ni;
1. Chua Jui Meng yang akan bertanding jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti bulan depan, semasa mengumumkan manifestonya hari ini, antara lain menggesa Barisan Nasional(BN) mengekalkan hanya aspek pembasmian kemiskinan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
2. Gerakan is considering the option of leaving Barisan Nasional and joining the Pakatan Rakyat opposition alliance. Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said this was among three options for the party - the other two being to either stay with the ruling coalition, or leave and become independent. “We are not ruling out any possibility at this moment. We have to assess the situation, but we are not closing any doors.
Chua Jui Meng ni memang tak sudah2 nak cari pasal. Kalau ya pun kau nak cari pengaruh di kalangan orang Cina, janganlah guna isu menyentuh hak Melayu. Apa beza kau dengan DAP? Jangan cuba mencabar orang Melayu, kelak binasa diri. Orang Melayu bangsa yang amat menghormati hak orang lain tetapi jika kami didesak berterusan, buruk akibatnya. Dalam hal ni orang Melayu kenal siapa Chua Jui Meng dan bagaimana dia sering bersifat racist. Aku rasa Ong Tee Keat lebih layak sebagai Presiden MCA. Sekurang2nya Ong Tee Keat ni fasih berbahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan.
Gerakan pulak dah la cuma ada 2 kerusi parlimen saja di Gerik dan Simpang Renggam, tapi masih berani nak ugut keluar BN. Orang masih belum lupa sejarah peranan Gerakan dalam memulakan peristiwa 13 Mei dan bagaimana BN membantu parti itu yang hampir musnah. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.


















Sebaik menerima laporan berkenaan kapal yang dibakar dan perihal tentera Islam memakan mayat musuh, angkatan tentera Gotic mula berasa gentar. Bagi mengelakkan tentera Gotic berterusan takut dan lari dari medan peperangan,
Selepas kekalahan angkatan perang King Roderick, tentera Islam telah meneruskan kemaraannya ke kota-kota besar di Andalusia dan satu persatu telah berjaya di tawan. 

Semasa dalam perjalanan ke Andalusia bersama angkatan tenteranya yang dibawa dengan 12 buah kapal perang, Tariq bin Ziyad telah terlena dan bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dalam mimpinya beliau melihat Rasulullah S.A.W. bersama angkatan tentera Muhajirin dan Ansar memasuki kota Andalusia. Maka sebaik sahaja terjaga, beliau tersenyum kerana yakin mimpinya menandakan Allah S.W.T. akan berpihak kepada mereka dalam cubaan menakluk Andalusia. Ini menyebabkan beliau dan angkatan tenteranya lebih bersemangat untuk berjuang menegakkan syiar Islam.
Angkatan perang Tariq bin Ziyad kemudian meneruskan perjalanan dan berlabuh di sebuah bukit yang terletak di kawasan selat Andalusia yang kemudiannya digelar Jabal Tariq yang dinamakan bersempena nama beliau. Bukit itu pada hari ini dikenali sebagai Jibraltar dan Selat Jibraltar yang mengelilinginya telah menjadi laluan kapal yang popular di Sepanyol. Di bukit inilah tempat pertama angkatan perang Islam seramai 12-17 ribu orang dari Afrika utara berkumpul dan berperang dengan angkatan tentera musuh. 
