Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, November 27, 2010

Muhyiddin KAYU...

Apo bosar bodobah Idris Ahmad si ahlul PAS dalam Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen? Walaupun Khoo Kay Kim dalam seminar tersebut amat menekan perihal pemimpin yang masuk kategori WAJIB tahu SEJARAH Semenanjung Emas a.k.a. Semenanjung Melayu a.k.a. Wilayah Melayu; namun amat malang bagi PAS kerana memiliki ahlul seperti Idris Ahmad berstatus guru@ustaz, tapi amat daif dalil-dalil aklinya. Muhyiddin sememangnya mengetahui bahawa begitu ramai belia spesis bungkur dan kayu dalam PAS, DAP serta PKR, ditokok pula dalam UMNO, MCA, MIC dan lain-lain.

Benar bahawa belia hari ini sudah pandai melihat dari kacamata material, menganalisa daripada sudut terpencil tentang keagungan parti-parti siasah pilihan mereka, juga gossip dan "whistle-blowing" di kalangan binatang-binatang politik.

Pak Sedaro fikir, Muhyiddin perlu lebih fokus apabilo berhujah dengan Ahli Parlimen Malaysia bawah umur 40 tahun, sesuai dengan tafsiran di bawah Seksyen 2 Akta 668, bahawa "belia ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun." Mungkin kebanyakan Ahli Parlimen tidak faham serta menafsir bahawa pemimpin muda ialah seorang Ahli Parlimen Malaysia berumur antara 21 tahun hingga 50 tahun!

Muhyiddin bilo berhujah kena terus "berikan lipat maut" kepada ahli Parlimen yang masih "bunggul" meminjam bahasa BANJAR iaitu "bangang+bahalol+bodoh+tak beradab" kerana amat daif ilmu Perlembagaan dan sejarah kewujudan pakatan Melayu dalam lipatan sejarah. Bentangkan perihal peristiwa Kongres Melayu Pertama, Kongres Melayu Kedua dan Kongres Melayu Ketiga. Kenapa dalam Kongres Melayu Ketiga, Dato' Onn Jaafar merajuk hati. Kenapa pula selepas 5 tahun PEKEMBAR dipersekutuankan pada 11 Mei 1946, sekumpulan kecil ahli agama sanggup berpaling tadah dan menubuhkan PAS, sedangkan Ahmad Fuad sendiri tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS?

Ahli Parlimen MUDA Malaysia perlu dipaksa berguru daripada pencipta bendera UMNO yang masih hidup di Jalan Duta, rumah bersebelahan dengan ISTAC baru Jalan Duta. Ahli Parlimen MUDA Malaysia perlu dipaksa berguru dengan Tan Sri Aziz Tapa yang masih bernafas walaupun kian uzur. Ahli Parlimen MUDA wajib di brainwash kerana Sejarah Bumi Melayu ini memiliki cerita yang panjang dan dalam maknanya.

Kenapa perlunya seorang rakyat Raja memerintah dan mentadbir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sembilan buah Negeri Beraja? Kenapa perlunya seorang CEO berdarah rakyat Raja mengurus Malaysia? Kenapakah Malaysia ini dinaungi di bawah Persekutuan dan bukannya Republik atau Kesatuan Malaya@Malaysia? Apakah intipati Piagam Atlantik 1944 diketahui oleh Ahli Parlimen Muda?

Apakah implikasi sebenar peristiwa 1 April 1946 seandainya peristiwa itu tidak diboikot secara terang-terang dan besar-besaran oleh setiap batang tubuh rakyat Raja, khasnya Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu?

Apakah Muhyiddin Kayu? Atau Najib Kayu? Atau SEBENARNYA yang menjadi KAYU API kepada fasa-fasa kehancuran sebuah empayar bernama Malaysia ialah PAS+PKR+DAP?

2 comments:

  1. kah..kah..pandai awak..nasib baik aku tak join umno kalu dgn aku2 pun jadi...kah...kah..................

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Kaya, DSAI mmg anugerah Tuhan.

    ReplyDelete

Blog Archive