Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 4, 2010

ROSMAH Tiada Kuasa SEX

Umum mengetahui betapa Rosmah lebih berkuasa daripada DS Najib. Buktinya terlalu banyak untuk disenaraikan. Slogan NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah) sudah cukup untuk menggambarkan kesemuanya. Namun, di sebalik kekuasaan RM yang kian hari ditonjolkan, kita sedar, tohmahan kepada beliau dan juga DS Najib semakin meningkat.

Sebenarnya, tidak sukar untuk sesiapa pun menjadikan dirinya dihormati, termasuklah Rosmah. Resepinya ialah SEX. Pasti berkesan. Namun kami bukan mahu bercerita tentang keajaiban dan keseronokan seks di kamar tidur tetapi SEX yang dimaksudkan ialah:


S: Substance


Isi kandungan percakapan di khalayak umum perlulah mencerminkan kedudukan kita di mata umum. Seluruh rakyat Malaysia melihat Rosmah tidak lebih daripada sekadar seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. (Kecuali dalam kapasiti tertentu di mana beliau dilantik secara formal seperti penaung Persatuan Badminton Malaysia, dll). Maka bicaranya harus dibataskan mengikut kapasiti tersebut. Tidak ada seorang pun yang melihat RM ini sebagai seorang yang layak untuk memikul tugas menteri kabinet/setiausaha negara/bendahari negara. Apatah lagi untuk menggantikan Perdana Menteri sewaktu ketiadaan beliau. Tutur bicara yang diucapkan selari dengan kapasiti individu pasti memberikan kuasa yang luar biasa untuk menawan hati rakyat. Malangnya, Rosmah umpama pipit yang berbicara bahasa helang, pipit tidak faham, helang kata 'pergi jahanam'.


E: Expression


Ekspresi sememangnya memberikan impak yang sangat besar dalam komunikasi. Bermula dari cara berpakaian, raut wajah, ton suara, bahasa badan semuanya mempunyai kesan signifikan. Apabila dalam majlis-majlis rasmi, RM yang hanya mengiringi PM berjalan lebih hadapan daripada PM, ia bukanlah petanda yang baik. Bukan sahaja menyalahi protokol rasmi, malah menjatuhkan maruah suami sebagai PM.


X: X-Factor


Sehingga ke hari ini tidak terserlah sedikit pun X-Factor Rosmah. Mungkin jika beliau tampil lebih sederhana dan 'humble', tanpa perlu kecoh mengumumkan kebolehan yang dimilikinya, faktor-X akan lebih terserlah. Mengambil contoh Tun Dr. Siti Hasmah, diamnya berisi, bicaranya bererti, tanpa perlu bangga diri, dirinya tetap dikagumi.

Semoga Rosmah berjaya mencapai dan mengekalkan SEX yang baik demi masa depan politik DS Najib. Jika tidak...Lu pikir la sendiri Rosmah!

4 comments:

  1. Memang benar RM agak over dalam setiap hal. Cover mengenainya hampir setiap malam di BULETIN UTAMA TV3 ATAU brita perdana TV1. Hal yang demikian seolah RM jadi org no 2 dalam kerajaan yang sepatutnya selepas PM ialah TPM dan diikuti oleh Menteri Penerangan dalam cover berita di TV. Rosmah patut sedar diri dan tidak terlalu menonjolkan diri yang tidak pernah dibuat oleh isteri bakas-bekas PM sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Janganlah marah RM kerana RM adalah orang Negeri Sembilan.Adat perpatih...perempuan adalah berkuasa dalam suku.Inilah dinamakan "Sembilan Kuasa RM" dimana salah satunya ialah "Mewakili suami tersayang jika suami tidak dapat hadiri sesuatu majlis.Kuasa lapan yang lain..lu fikir-fikirlah sendiri?

    ReplyDelete
  3. Ko orang becerita penuh andaian seolah tahu dan kenal bebenau tentang PM dan RM tu. Ko orang jadi jiran dia ke atau sampaikan cerita mengikut andaian atau cakap orang. Tolonglah jangan bawak berita palsu.Kan berdosa. Tak takut api nerakake.... mampuke ko nak mintak maaf dengan dia orang tu.Berdosa dng Allah boleh minta ampun, tapi bila berdosa dgn manusia ooo susah....

    ReplyDelete
  4. Anon 5.49pm...penyokong tegar RM..ko ni jiran PM dan RM ke?dpt ko pastikan tak yg berita tu tipu?

    ReplyDelete

Blog Archive