Perhimpunan Agong UMNO ke-62 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai isu yang tak sudah. Selesainya PAU 2011 ini, kami rumuskan seperti berikut;
1. Najib dijangka akan tetap 'menyimpan' Shahrizat dan KJ, kerana orang yang rasa bersalah macam mereka berdua kebiasaannya akan loyal. Orang yang setia sangat penting kepada survival pemimpin sesebuah organisasi, tak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Buktinya, sehingga selesai PAU ke-62, masih tidak kedengaran pendirian Najib berkenaan NFC. Adakah sebab nak jaga hati Paklah? Atau Najib memang tak ada jawapan? Khabarnya isu NFC adalah hebohan kem Najib sendiri bagi menggantikan Shahrizat dan KJ dengan orang Najib. Sama ada Shahrizat dan KJ akan kekal sebagai calon, atau menerima musibah bakal disingkirkan, hanya Najib dan Allah saja yang tahu. Jika kekal, maknanya Najib perlukan sayap yang loyal dengannya kerana Shahrizat dan KJ adalah soldadu terbaik yang boleh diperkudakan. Jika tidak...biarlah masa yang menentukan sama ada tepat atau tidak percaturan kem Najib.
2. Najib cuba menyakinkan Bangsa Melayu bahawa dia tidak akan sesekali mengenepikan agenda Melayu; dan tidak juga menafikan yang dia lebih mengutamakan agenda Cina kebelakangan ini. Walaupun dalam ucapan penggulungan di PAU ke-62, Najib menegaskan UMNO memerlukan sokongan etnik lain (adakah benar begitu?), tetapi ramai maklum maksud etnik lain itu sebenarnya adalah Cina. Maknanya agenda Melayu dan agenda Cina adalah sama penting bagi Najib?!...kerana jika benar begitu, kan lebih baik Najib jadi presiden parti Gerakan, PPP, PKR, DAP, KITA etc. instead of jadi Presiden UMNO. Tak gitu?!
3. Wakil Pahang mencadangkan supaya jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada ahli parti tersebut yang berkelayakan. Antara alasannya kerana ahli UMNO lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu.
Walaupun cadangan ini agak kelakar bunyinya jika merujuk kepada prestasi ahli UMNO seperti Nur Jazlan yang mengetuai UDA, bermaksud bukan semua ahli UMNO punya semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu. Nur Jazlan contohnya dilihat lebih bersemangat memantapkan ekonomi Cina dan Singapura, berbanding bangsa Melayu Malaysia sendiri. Itu belum cerita bab MAS, Maybank, Felda, TNB etc.
Namun yang menariknya tentang cadangan wakil Pahang ini (atau mungkin cadangan Najib melalui proksi) iaitu memberi 'jalan keluar' atau penyelesaian kepada penyandang ADUN dan AP yang mungkin digugurkan daripada senarai calon PRU-13. Maka akan wujudlah beberapa tawaran untuk mengisi 'kekosongan jawatan yang dicipta' di beberapa GLC atau GLIC bagi memujuk hati ahli UMNO yang tidak mendapat tempat sebagai calon di PRU-13. Khabarnya beberapa Ketua Bahagian UMNO sudah pun ditawarkan timbal balas sebegini.
4. Mendengar ucapan penggulungan Hisham membuatkan kami terlelap beberapa kali. Seorang Menteri KDN bertaraf Naib Presiden UMNO berucap dengan point basi yang terlalu biasa didengar, dan disampaikan pula dengan nada lemah mendatar. Pondan pun agaknya lebih bertenaga berucap andai diberi peluang. Maknanya Menteri KDN lebih cikai daripada pondan. Bilalah UMNO Sembrong nak campak Hisham ni keluar daripada saf kepimpinan. Ramai yang dah lama meluat. Atau UMNO Sembrong sebenarnya tuli?
5. Bait-bait terakhir penuh semangat dalam ucapan penggulungan Najib agak mengujakan kami. Tetiba kami berkongsi semangat yang sama. Cuma kami tertanya adakah Orang UMNO juga turut memiliki semangat sedemikian apabila pulang ke kawasan masing-masing, atau semangat itu semakin pudar ditelan masa.
Agak menarik untuk difikirkan walaupun sesudah hampir 3 tahun Najib memegang tampuk Presiden UMNO, kelihatan hanya Najib dan Muhyiddin saja yang tampak bersemangat. Ahli UMNO lain, kecuali Wanita UMNO, kelihatan longlai tak bertenaga untuk meneruskan perjuangan memenangi PRU-13 dengan sasaran majoriti lebih 2/3.
Sebenarnya Najib perlu terima hakikat bahawa dia tidak punya kekuatan pengaruh daripada akar umbi terutamanya di peringkat kepimpinan bahagian. Ini realitinya. Najib masih belum membuktikan apa-apa dalam erti kata sebenar-benar kemampuan kepada Orang UMNO mahupun Bangsa Melayu, sama ada ketika dia sebagai Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden, mahupun Presiden. Disebabkan Najib masih belum benar-benar teruji itulah, maka kebanyakan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, mahupun menteri kabinet, tidak mampu menyerap semangat dan gaya politik Najib untuk diterjemahkan kepada rakyat. Akhirnya kelihatan Najib terkapai keseorangan tanpa dibantu oleh Orang UMNO dan jemaah menterinya sendiri.
Hari ini jika dikatakan rakyat terutamanya Melayu telah kembali menyokong UMNO, bolehlah kami berikan kredit itu kepada usaha Najib, dan bukannya usaha jemaah menteri, ataupun Orang UMNO, apatah lagi Orang BN. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ditunjukkan Najib disepanjang tempoh pentadbirannya, namun majoriti rakyat melihat kesungguhannya mahu melakukan perubahan, walaupun perubahan atau transformasi yang hendak dilakukan itu belum terbukti berkesan.
Kami berpendapat Najib perlu diberi masa dan ruang untuk meraih pengaruh dan sokongan tidak berbelah bagi akar umbi UMNO. Mungkin mandat baru yang bakal diberikan rakyat kepada BN di PRU-13 akan membuka minda Orang UMNO untuk kembali berjuang bersama Najib. Bagi merealisasikan hasrat itu, Najib sememangnya perlu meletakkan calon di kalangan Orang UMNO yang kritikal tetapi setia kepadanya di PRU-13, selain memenuhi kriteria 'Calon Boleh Menang', atau bagi kami sepatutnya kriteria 'Calon Rakyat'. Barulah mungkin negara ini akan kembali semula ke landasan mencipta kegemilangan berterusan.
Selamat berjuang kami ucapkan kepada Najib dan Orang UMNO. Mengkritik tidak bermakna membenci, menghentam tidak bermakna pembangkang dan jangan sesekali menyokong membawa rebah.
pelik pulak baca tulisan kau kali ni paneh. kau nak balun najib ka or kau nak suruh orang sokong dia. aku rasa fair analisis. kira kiri kanan balun la. tp bab hisham tu aku setuju. umno sembrong dah pekak buta tuli sampai takleh menilai dah.
ReplyDeleteden kekadang maghah ngan najib nih. tapi pado maso samo kekadang den kesian lak. habih camno. den maghah bilo dio telalu bona ngambik ati cino tu sampai tak jago langsung hati dan perasaan melayu. yang nak please bona cino tu apahal. undi dapek kek pembangkang jugak. bukan den soghang yo tapi abih family den yang bepuloh tahun nyokong umno pun maghah. liberal bona. elok la macam kau cakap tu kok tak baik jadi presiden parti liberal jangan jadi presiden umno kok nak jago bonar cino. tu bolun dongar lagi ayat dio maso konvensyen bn nanti. mesti lagi ramai melayu terguris. sobab tu pemimpin umno akar umbi maleh nak amik port pasal najib. hati dah sakit lebih baik dok ontok yo.
ReplyDelete"Mengkritik tidak bermakna membenci, menghentam tidak bermakna pembangkang dan jangan sesekali menyokong membawa rebah." boleh ditujukan pada budak-budak UMB, Parpukari, Gomo dan GAP. Terbaek.
ReplyDeleteaspan alias gak best. hutang dan tipu orang sana sini. pinjam duit tak bebayar. pastu macam bagus kutuk umno dalam blog. itupun ada orang percaya. ha ha ha.
ReplyDeleteRasanya ramai juga pemimpin umno yang tak setuju dengan cara liberal najib, tapi mereka tak berani bersuara takut tak dapat jadi calon pru. Pelik juga masa zaman paklah perwakilan sangat berani, zaman najib diam menikus.
ReplyDelete-Pakteh
Analisis matang dan jujur. Terima kasih dari Veteran Umno.
ReplyDeleteKetua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.
ReplyDelete“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.
Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.
“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.
Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.
lembab bertindak dalam satu2 isu,tak berani, ada kecut sikit sebab byk berfikir sampai time nak abis..titt,suka pantau dulu maklumbalas berkaitan satu2 isu sampai dah masuk angin,play safe.. itu dulu masa jdi no 2 kira bijak la,banyak sangat bertindak go head gostan mcm hilang punca,bab ekonomi dok mai duit dlm negara ,ok la..bab catur2 akvititi ekonomi dalam negara kalau menguntungkan dan puas hati semua org,kira ok la..kalau rugi jdi tak ok la
ReplyDelete