191 Bahagian UMNO seluruh Negara, beroperasi di 222 Parlimen dan 546 Kawasan Dewan Undangan Negeri. Apakah langkah berkesan dan bil-hikmah yang WAJIB digerak jaya oleh Perwakilan UMNO dan pemimpin UMNO Cawangan termasuk Sayap-sayap:
1. Memulakan Rancangan Bersepadu "Buku 555" di hot spot yang disenarai pendek.
2. Mula memukul tabuh dan gendang 1 Malaysia dan Transformasi Politik serta Transformasi Sosial UMNO.
3. Giat melaksana bai'ah yang dilafaz secara penuh ikhlas atas zuk Agama, Bangsa dan Tanahair di hadapan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO.
4. Rancak mempersiap Bilik Perang dan Bilik Muktamar Gerila di 191 Bahagian UMNO.
5. Rancak memperteguh pakatan rakyat bersama MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya.
6. Mula mencanai dan memberi AMARAN kepada Ketua Bahagian yang korup dan bobrok. Penyandang Jawatan Parlimen dan KADUN yang tidak bekerja demi Negara, Bangsa dan Tanahair.
Kali ini andai BN kalah, maka terkuburlah Sejarah BN dalam kamus perjuangan Merdeka Bumi Melayu.
InsyaAllah.amin. moga termakbul doa agar terkubur BN kali ini. Cukup-cukup peluang yang diberi membodohkan orang Melayu selama ini.
ReplyDelete