Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, December 1, 2011

NAJIB MOHON SIMPATI

Ucapan Dasar Presiden UMNO pada persidangan kali ke 65, 01 Disember 2011 ialah ucapan kegelisahan, kerisauan dan impian menebal kepada kebutuhan Kuasa Politik Melayu terus diangkat dan diperhebat usaha oleh UMNO.

Menjadi persoalan apakah 191 Ketua Bahagian mengambil iktibar besar kepada perkara yang diluahkan penuh lunak dan merdu ini? Najib bukan menanyi dan berseloka dengan perutusan kata bicara yang tersusun dalam irama Melayu Pekan. Najib sedang mohon simpati rakyat Raja supaya menjadi manusia yang taat setia kepada parti bukan manusia, cinta dan kasih kepada perjuangan UMNO bukan kepada manusia, memberi khidmat tanpa jemu dan berkorban kepada UMNO bukan kepada manusia!

Najib mengimbau episod 1946, 1951, 1955, 1969, 1970, 1981, 1990, 1999, 2004 dan 2008 dalam perbendaharaan yang pelbagai. Najib menyorot makna 1380 tahun lamanya, seorang insan yang mengasihi umat meninggalkan dunia fana. Najib sedang mohon simpati kepada UMNO khususnya 191 Ketua Bahagian termasuk dirinya supaya:

1. Isteri jangan campur tangan urusan pengurusan Negara dan pengurusan Parti.

2. Bersedia untuk tidak dicalon sebagai Calon Pilihanraya Ke-13.

3. Bersedia untuk bekerja seperti tiada lagi sirna di hadapan dan tiada esok bagi mu, andai kalah dalam Peperangan Otak PRU-13 ini.

Namun yang sedihnya di PWTC ialah perwakilan seperti orang sengal dan bengong. Sibuk melayan perasaan dan mengira berapa ramai aku boleh jumpa untuk melobi dan dapat untung. Ada juga manusia namanya Wan Mustapha, orang Kelantan yang hanya pakai tag pemerhati sibuk menghimpit petugas Dewan untuk masuk, cukup tidak malu manusia ini kerana yang dia hebohkan ialah menayangkan kad ahli UMNO, membuktikan bahawa dia lebih lama makan garam atau duit parti. Ini hanyalah manusia tersisih daripada gelombang besar UMNO. Namun umum melihat manusia seperti Wan Mustapha ini begitu dominan dalam UMNO dan pangkuan kepimpinan.

Apakah 191 Ketua Bahagian boleh jawab dan selesai urusan menterjemah Ucapan Dasar Presiden dan menerajang manusia yang berwatak seperti Wan Mustapha ini? Menjadi ahli dan pemimpin UMNO ibarat Rumput Kenaf dan Pokok Belian. Berguna untuk dipergunakan.

2 comments:

  1. Tak do mano eh Paneh perwakilan balik dgn semangat berkobar2 slps PAU..masa PAU bkn main lg berdogar2...lps balik perangai lamo datang balik...nak kiro untung yo..

    umno memang akan hanyut dlm PRU 13...tak cayo? kito tgk nnti!!!

    ReplyDelete
  2. "Allah is Great" tiada satu pun yg kekal yg kekal hanyalah Allah. Mohon simpatilah kepada Allah. Pada rakyat atau perwakilan dah tiada simpati hanya tunggu utk menghukum tp mungkin masih ada peluang jika dapat menghurai berpuluh2 malah beratus kes2 berprofail tinggi sejak dulu spt kilang besi jaman anak kutty hingga kini ternak lombu dikondo. Tak lupa juga kes besi solam spt kato AA semua sapu dari udara, laut dan darat lombu yg makan rumput melata.

    ReplyDelete

Blog Archive