Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, December 13, 2011

Transformasi Belia NSDK

Mampukah gelombang Konvensyen Transformasi Belia cetakan Majlis Belia Negeri Sembilan menjadi hub transformasi belia NSDK?

Mampukah peserta yang dilihat mentah dalam amalan kerja, membuatkan belia berfikir "beberapa langkah" lebih jauh dan matang?

Mampukah Rancangan Pembangunan Belia NSDK Ke-2, dicanai dan diperbahas dengan mendalam oleh peserta?

Beberapa faktor yang harus disambut oleh YAB Menteri Besar:

1. Apakah wujud kejujuran kepimpinan YAB Menteri Besar untuk menyediakan Dana Transformasi Belia NSDK sebanyak RM5 juta untuk tahun 2012-2013?

2. Apakah wujud keikhlasan kepemimpinan pengurusan eksekutif Negeri Sembilan untuk membantu penjanaan DANA TAMBAHAN sebanyak RM5 juta untuk tahun 2012-2013?

3. Apakah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Sekretariat Transformasi Belia yang hasil daripada Konvensyen, boleh diwujudkan dan seterusnya memadamkan kuasa Sekretariat Belia YNS yang nyata lemau, lesu dan layu?

4. Apakah YAB Perdana Menteri sanggup berbincang dengan YAB Menteri Besar, untuk memacu program-program belia NSDK hingga mampu melahirkan "TSUNAMI TRANSFORMASI GERGASI", berpaksi Semangat 1Malaysia?

5. Akhirnya, program belia dipulang kembali kepada belia untuk dijayakan...?

1 comment:

  1. Semalam kebetulan ado kek Klumpo, sompek lah tengok sambutan ketibaan DYMM SPBYDPA. Rakyat punyolah ramai melambai kek DYMM tapi tingkap keto tak bukak. Cormin dahlah golap lansung tak nampak apo. Nasib baik Tok Najib bukak tingkap keto dio, nampak lah dio melambai kek rakyat. Sojuklah ati sikit. Memang ompong lah pegawai yang jadi penasihat / jago protokol tu...

    ReplyDelete

Blog Archive