Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, April 19, 2012

Mansuhkan PTPTN? Apa solusi penggantinya?

Pakatan Rakyat mahu mansuhkan PTPTN, supaya rakyat dapat secara percuma menerima pendidikan pengajian tinggi? Pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim timbulkan isu ini, dan berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat akan mansuhkan skim PTPTN, dan kos pendidikan pengajian tinggi itu dicadang akan ditanggung oleh Petronas, supaya golongan muda mudi semua kaum dapat pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti secara percuma.

Pengajian tiinggi adalah pendidikan yang menelan kos yang tinggi, siapa yang tidak mahu jika ia dapat secara percuma? Cadangan seperti ini memang baik tetapi bagaimana ia boleh direalisasikan?

Sejak PTPTN ditubuhkan dan dilaksanakan, ramai pelajar kerana dapat bantuan dari PTPTN dapat tamatkan pendidikan tinggi mereka, mungkin ada sesetengah orang tidak setuju dengan dua perkataan mendapat manfaat ini diterjemah kepada biasiswa pelajar, tetapi kita tidak boleh menafikan, ramai muda mudi golongan miskin, kerana dalam keadaan tidak mampu masuk IPTA, kerana mereka melalui skim ini dapat tamatkan pengajian tinggi mereka.

Kekosongan tempat duduk di IPTA memang terhad, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat masuk ke IPTA. Walaupun keadaan sekarang agak berbeza dengan keadaan yang lampau, ramai pelajar yang cemerlang lepaskan peluang mereka masuk ke IPTA dan mereka ambil keputusan belajar di IPTS.

Mereka memilih IPTS yang bayaran yuran yang agak tinggi, pada khidmat mereka yang penting mereka dapat memilih bidang apa yang mereka minati, dan kos yang ditawarkan di IPTS lebih dinamik dan sesuai dengan keperluan di pasaran pekerjaan, dan biasanya IPTS ada gabungan twin program dengan universiti luar negara, pelajar-pelajar ini boleh belajar di dalam negeri dan menduduki kertas peperiksaan universiti luar negara untuk mendapatkan ijazah mereka.

Tidak dinafikan yuran di IPTS memang lebih tinggi dari yuran di IPTA, pada mulanya skim PTPTN ini ditawarkan kepada pelajar di IPTA, kini diperluaskan ke peringkat pelajar di IPTS, ia memang banyak mengurangkan beban ekonomi pelajar-pelajar di IPTS, ia juga telah memberi peluang kepada mereka untuk tamatkan pengajian di IPT (sebab itulah masyarakat Cina berterimakasih dengan adanya PTPTN).

Ada sesetengah orang tidak setuju selepas mereka tamat pengajian, dan selepas mereka bekerja mereka dipaksa bayar balik pinjaman PTPTN, mereka anggap, pihak kerajaan sepatutnya beri pendidikan secara percuma kepada rakyat, dan bukan selepas pelajar-pelajar itu tamat belajar terus bayar balik hutang pinjaman.

Mansuhkan PTPTN dan beri secara percuma belajar di IPT, bukan semudah apa yang diperkatakan. Yang pertama, ini melibatkan kos yang amat tinggi, walaupun pihak kerajaan mampu menanggungnya, yang dapat menikmati kebajikan seperti ini bukan untuk semua golongan muda mudi, sedangkan pendidikan pengajian tinggi itu bukan satu pendidikan wajib ataupun pendidikan paksaan, dan bukan semua orang memilih ke jalan itu dan mereka bukan semua benar-benar sanggup untuk belajar di universiti.

Selain dari itu, calon tempat di IPTA terhad, jika PTPTN dimansuhkan, adakah bermakna pihak kerajaan akan serap kos dan yuran di IPTS juga? Jika Pakatan Rakyat memerintah, benarkah mereka dapat lakukan semua itu? Jika pihak kerajaan tidak dapat menanggung kos dan yuran di IPTS sebaliknya mansuhkan PTPTN, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar miskin melanjutkan pelajaran mereka?

Buat masa ini faedah yang dikenakan oleh PTPTN hanya 1 peratus, bayaran balik dilonggarkan selama 15 tahun, selepas mahasiswa tamat belajar dan mencari pekerjaan, setiap bulan bayar balik pinjaman PTPTN sebanyak 100 higgga 200 ringgit sahaja, sebenarnya ia bukan satu masalah yang rumit. Bukankah ini sebagai satu tanggungjawab mereka kepada masyarakat itu sendiri?

Anwar Ibrahim pernah menjadi menteri pelajaran Malaysia dan pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia, jika sejak zaman beliau memegang jawatan dulu beliau telah tukar sistem seperti ini untuk memberi pulangan kepada rakyat, bukankah itu satu perkara yang baik.

Berkaitan isu mansuhkan skim PTPTN mencadangkan mahu memberi pendidikan di IPT secara percuma, diharap beliau dapat beri penjelasan langkah-langkah selanjutnya dengan butir-butir yang terperinci, dengan tidak menaikkan cukai tetapi boleh laksanakannya, ataupun naikkan harga cukai di sektor-sektor lain, untuk pembiayaan pendidikan secara percuma di IPT. - Hou Yah Lun, ketua berita akhbar Sinchew Daily News (14/4/2012).

Sumber sini.

2 comments:

  1. insyaallah..will be..hope sgt2!at least dpt kurgkn bebanan student..lgpm kdr pengangguran kt negara kite skrg tinggi..n dosa riba pm dpt dikurgkn if ptptn dimansuhkn..

    ReplyDelete
  2. mansuhkan ptptn memang tak relevan tapi cas2 perkhidmatan yang tak masok akal tu mungkin boleh dibuang. saya pun salah seorang peminjam ptptn tapi cas2 tu agak tak relevan.. seriuss mungkin kalau cas tu yang dibuang semua akan okay

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive