Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Kementerian Belia dan Sukan bertekad menjadikan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap hujung Mei sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.
Karnival yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara iu dijangka mampu mencapai status berprestij berdasarkan ia pernah mencipta nama sebagai karnival belia terbesar di Asia.
Himpunan Sejuta Belia bakal menyajikan lebih 500 acara menarik yang mampu menarik minat pelancong asing sepertimana beberapa karnival utama dunia yang pernah dianjurkan seperti di karnival Mardi Gras yang dirayakan di Rio de Janeiro, Brazil, Venesia, Itali dan Louisiana, Amerika Syarikat.
Ahmad Shabery juga dilaporkan berkata, "Setakat ini di Asia, karnival ini adalah yang terbesar. Cuma kita nak tengok dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti orang akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan,aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia."
Ahmad Shabery mengatakan KBS turut menyasarkan 2 juta pengunjung sempena Himpunan Sejuta Belia serta meminta Kementerian Pelancongan, termasuk wakil persatuan hotel untuk memainkan peranan mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong asing sempena karnival tersebut yang dijangkakan berlangsung bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.
Merujuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), 10 peratus daripada 1.1 juta pengunjung pada tahun lepas adalah terdiri daripada pelancong asing dan angka itu dijangka akan berlipat ganda sekiranya pakej promosi diperhebatkan di luar negara.
Antara aktiviti menarik yang dijadual pada karnival Mei ini termasuklah pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, program bercorak keagamaan,, promosi jelajah seluruh negara, konsert artis antarabangsa, temuduga terbuka, pameran kerjaya, motivasi kerjaya, pelancaran segmen modal insan, pameran dan jualan, serta perbarisan terbesar pasukan beruniform.
Hari Belia Negara diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan belia di negara ini yang telah memainkan peranan dalam pelbagai bidang serta jasa mereka kepada kerajaan dan negara.
No comments:
Post a Comment