Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 12, 2012

Kurang Ajar!!

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Selanjutnya sini.

25 comments:

  1. Memang patut kurang ajar. Bukan kah UMNO gurunya. Tahun 1998, UMNO buat raja raja Melayu macam sampah...Jadi apa bezanya. UMNO yang parti kurang ajar....dari dulu hingga sekarang.....

    ReplyDelete
  2. SIAL BABI Azmin, Tian Chua semua..yang Anon 1.17pm ni meroyan ke? Tak kan Pembangkang nak ambil UMNO jadi guru mereka. Bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!!mengaku pun ko umno memang teruk sampai tk layak jd guru,sedar ler cpt,jgn selama lama nye jd lembu kak jat,

      Delete
  3. UMNO memang banyak makan BABI ( rasuah ). Inilah jadinya ...sampai melarat ke semua ahli ahli nya....Kesian UMNO. Semua ahli ahlinya dah otak mereng...sebab makan BABI.

    ReplyDelete
  4. Siapa yang buang kekebalan raja-raja melayu ni? Pakatan ke? hang jgn la nak putar belit sejarah.

    ReplyDelete
  5. Sdra,

    Saya tak mahu ulas panjang-panjang, memadai dgn berkata apa yg diceritakan berlaku SEBELUM upacara i.e suasana masih santai. Paras bising yg agak ketara ialah sewaktu Sultan Kelantan berjalan masuk dan ini menunujukkan RAMAI yg membuat komen mengenai Baginda. Kalau saya nak ceritakan apa yg dibualkan dikeliling saya, boleh tahan juga. For the record, saya tidak duduk bersama dgn orang politik.

    Kesimpulan: Tak payahlah sensitif sangat.

    ReplyDelete
  6. Ramai tak tahu isu kekebalan Raja-Raja Melayu dikurangkan... Puncanya ialah apabila terjadinya kes raja atau kerabatnya melakukan jenayah seperti mencederakan atau membunuh orang lain, tetapi tidak boleh didakwa... Maka apabila kekebalan dikurangkan, maka raja atau kerabatnya boleh didakwa dan dihadapkan di mahkamah khas raja-raja... Ini adalah untuk tujuan kebaikan... baik kepada raja dan rakyat... at least dpt mengelakkan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Di Julang berulang... Jangan salahkan UMNO atas isu ini, sebab ianya juga dipersetujui oleh semua raja-raja melayu...

    ReplyDelete
  7. Yang bolih mencela dan menempelak raja ni ialah UMNO saja. Kalau orang lain dikira derhaka.

    ReplyDelete
  8. Awal2 lagi kau cuba menerangkan yg kau bekas pelajar MU dan kini bergelar doc . aku pun tak tahu ekau doc kangkung atau doc falsampah. Selalunya org yg riak macam ni jgn cuba nak bawa cerita aib seseorang sebabnya jobo ekau serdiri pun dah rabak jgn dok tunjuk seluar org lain koyak! ada paham, ada lagi melayu mcm nih

    ReplyDelete
  9. Aku tabik maharajah kutty sampai perjuangan bolum solosai pun anak2 pinak rumah dah macam syurga dunia.

    ReplyDelete
  10. Anon 1.36 sakit kot lebih baik jumpa doktor sebelum terliwat nanti terlewat pula.

    ReplyDelete
  11. Masa nak PRU ni UMNO melonjakkan kuasa Raja... kononnya menjaga agama dan negara. Hakikatnya... Raja setakat meng endoskan undang-undang yang kurang masak.

    ReplyDelete
  12. Aku tolak tepi apa yang UMNO dah buat dulu, iaitu tentang kekebalan Raja2..

    Sebagai seorang pemimpin, xkira la pembangkang atau kerajaan, xyah la nak hina orang lain..kalau dah kemaruk sangat nak kutuk orang lain pun agak2 la..biar sekadar oang sebelah je yang dengar, kalau masa jadi pembangkang pun dah xreti nak hormat kat orang, kalau jadi kerajaan nanti, kalau orang xhormat kat diorang, marah x?

    aku pun xberapa gemar sangat pun dengan vvip ni, tapi lebih simpan dalam hati, sebab pada aku yang buruk xsemestinya diluahkan pada semua orang..

    cuma pendapat peribadi aku..

    ReplyDelete
  13. APO NAK DI KATO,,,,
    RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH,,,
    RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH.
    Kok Rajo pun perangai mcm Celako apo yg nak d hormatkan lg????
    Ado botul ko???

    ReplyDelete
  14. Hello Brither2 sekelian; Jika benar dakwaan itu, maka kita kono lihat balik dimana letaknya prinsip kedua "Kepercayaan Kepada Raja dan Negara" dan prinsip kelima Rukun Negara iaitu "Kesopanan dan Kesusilaan". Jika mereka itu pemimpin yang tidak mempunyai sikap hormat dan langsung tidak bersopan santun dan bercita-cita pula untuk menerajui negara ini, wajarkah mereka di pilih......? Jangan nanti seperti ibarat "Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Betul". Dimana pemahaman mereka tentang Rukun Negara apatah lagi untuk mengamalkanya dalam kehidupan seharian............ Pemimpin seperti ini jika dipilih, akan menghancurkan negara ini..... Fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  15. Anwar dah janji dgn azmin, kalu pakatan memerintah, si peliwat akan tukar negara ni jd republik dan hapuskan terus kuasa raja2. Nk buat mcm indonesia. Si kaki jubur akan jadi presiden malaysia dan janji nak lantik azmin sbg perdana menteri. Tu yg meroyan sgt madu nuar tu. Dah la berkongsi isteri, kuasa pun mesti nak kongsi.

    Cuma ramai yg lupa apa jd pada indon smpi skrg yg dah hapuskan kuasa raja2 negara mereka. Ada sbb perjanjian demang lebar daun dan sang sapurba dulu tu. Bukan dibuat suka2. Ada batas yg perlu kita hormat. Ada sebab juga kenapa nabi dan para sahabat mengekalkan kuasa raja dan sultan di zaman mereka. Sultan paling hebat salahuddin al ayubi yg bukan dikalangan nabi. Dan dikalangan sultan kita pun ada ahlul-bait. Kalo takde ilmu ahlul-bait seperti yg dimiliki imam shafie, tak payah la korang nak tunjuk hebat sangat mengutuk raja. Nmpk sangat komen yg mengutuk tu kebudak2kan, tidak cerdik dan kurang intelek. Malu la bila orang yg baca tau si tukang komen bodoh rupanya.

    ReplyDelete
  16. Anonymous said...
    APO NAK DI KATO,,,,
    RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH,,,
    RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH.
    Kok Rajo pun perangai mcm Celako apo yg nak d hormatkan lg????
    Ado botul ko???

    April 12, 2012 7:05 PM
    RAJA KAKI KAPUR kato...Ye,, Betul Betul Betul,,,

    ReplyDelete
  17. RAJA?WEEEE APE PEKDAH WEI KITA DOK PETAHAN BEWAK2 IDUP NI?MKN TNGGUNG BERAK TONG!KETUA AGAMA ISLAM?APA UNDANG2 ISLAM YG DEPA DOK LAKSANA?BINI2 MASING2 RAMBUT MCM HANTU!SETAKAT JD TONGKOL KAYU WAT PENAMA?JAWATAN MESTI SEIRING DGN TGGUNGJAWAB,KALO TIDAK,PANGKAT TU LA WAT KO NYESAL XSUDAH NANTI RAJA RAJA SEKELIAN!

    ReplyDelete
  18. Kalau ketua islam x reti nk suh bini pakai tudung x ade maknanye ko sapa..kerja Dr yg tulis nie g sana dok prati org je ke..sumer nmpak org buat apa...mmg barua la Dr nie

    ReplyDelete
  19. Memang sah Doc ni Prof kangkung dan pencacai UMNO... Tengok komen2 di atas tu, dengan maki hamun dan kata lucah extreme, itulah gambaran wajah dan hati para pengikut UMNO sekarang.. Kesian.

    ReplyDelete
  20. NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

    Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

    "Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

    "Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.

    Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

    Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

    Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.

    "Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

    "Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.

    ReplyDelete
  21. Di dalam majlis orang, tak kira apa majlispun, belajarlah menghormati suasana, hormat bermaksud tidak mengganggu perjalanan majlis dan tidak melakukan sesuatu yang merimaskan orang lain.

    Yang menghapuskan imuniti raja-raja bukan UMNO dan bukan Tun M, tetapi ialah Nuar Brahim. Dia masih hidup, Tun Dr Mahathir masih hidup, kalau tak percaya itu kerja Nuar pergi tanya kedua-duanya, kalau kedua-duanya tidak lupalah..

    ReplyDelete
  22. Wah3X.. Kok dan Tunku Harmi dah turun padang melanyak BN, parah BN jadi e ni.. Alamat nak terjolupuk ko tanah dan jadi pembangkang pulak lopeh PRU 13 ni..

    Kekadang tu, den raso2, elok jugak pemimpin UMNO sekarang ini cuba jadi pembangkang pulak. Pemimpin dulu2 maso zaman merdeka, memang botul2 jiwo rakyat. Nang nijam,nampak bonar2 montokedarah duit rakyat .

    Jadi eloklah belajar susah balik macam rakyat. Banyak dapek pengalaman baru. Maso tu baru buleh jadi kerajaan balik. Apo macam? Hehehe...

    ReplyDelete
  23. Aku no komen la raja2 melayu ni..tgk lifestyle masing2 la

    ReplyDelete
  24. eeeeei,klu monyimpang,tk guno dihormat doh.(nenek esah)

    ReplyDelete

Blog Archive