i. Peruntukan untuk pembinaan hospital telah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9
ii. Projek tergendala pada mulanya disebabkan masalah tanah/penempatan. Asalnya projek Hospital Rembau ini akan dibina di Terentang Estate, tetapi didapati lokasinya tidak sesuai kerana kawasan tersebut berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Tambahan pula peruntukan asal hanya cukup untuk membina hospital saja dan tiada peruntukan bajet untuk kerja-kerja pemotongan bukit serta peruntukan membina jalan masuk ke hospital.
iii. PKNNS telah memberi keizinan untuk menggunakan tanah mereka di Chembong tetapi timbul masalah berkenaan harga tanah. PKNNS ingin menjual tanah tersebut dengan harga RM22 sekaki, tetapi Kementerian Kesihatan hanya mampu membayar dengan harga RM16 sekaki.
iv. Walaupun cek sudah diterima daripada Kementerian Kesihatan mengikut kadar harga yang dipersetujui iaitu RM16 sekaki, namun bantahan telah dibuat oleh pihak PKNNS di mahkamah dan proses bantahan itu telah mengambil masa serta melewatkan lagi projek pembinaan hospital tersebut.
v. Kini isu tanga telahpun selesai dengan persetujuan kedua belah pihak menerima penyelesaian dengan harga RM18 sekaki bagi lokasi pembinaan Hospital Rembau. Pengadang zink telahpun dinaikkan dan tender telah dikeluarkan pada bulan ini iaitu April 2012.
vi. Hospital Rembau kini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya dalam masa 26 hingga 30 bulan lagi.
Selanjutnya rujuk sini.
Baca juga isu PTPTN di sini.
Lihat isu PTPTN di http://waadat.blogspot.com/2012/04/isu-ptptn-tolong-sebarkan.html
ReplyDeletealhamdulillah.... ado gak hospital kek rombau..
ReplyDeletekek negori semilan takdo isu bosa2 utk dijadi an modal.. sobab dek negori2 lain ado isu masing2, jgn nak memandai2 poyi cucuk2 negori semilan yo.. negori yg ditadbir secaro berhemah oleh datuk mad asan.. dio tak ponah buek janji bulan & bintang dan dio bukan lah MB nang suko cari kontroversi..
ReplyDeleteto all haters: poyi main guli jauh2 yo..
soalan:
ReplyDelete1. kenapa papan tanda tu tiada logo BN dan ayat berbunyi "Projek Kerajaan Barisan Nasional"?
2. kenapa papan tanda tu tiada senarai kontraktor, jurutera, etc.
masa papantanda tu naik...tender belum kluar lagi la anon. baco la betul2 masa bila post ni ditulis.
ReplyDeletebilo lah nak naik laei projek spital ni..den dah tak soba ni.
ReplyDelete