Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 22, 2012

Jom ke Pesta Sukan & Kebudayaan Belia Malaysia 2012 di N9


Majlis Belia Malaysia bersama-sama Majlis Belia Negeri Sembilan bakal menganjurkan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012 di Seremban, Negeri Sembilan pada 22-25 November ini.

Terdahulu, Pesta Sukan dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia (PSK MBM) Kali-1 telah diadakan di Ipoh, Perak dan PSK Kali Ke-2 diadakan di Pulau Pinang manakala PSK Kali Ke-3 Negeri Sembilan menjadi tuan rumah.

Dianggarkan seramai 2,500 orang peserta daripada 40 kontinjen badan gabungan MBM akan mengambil bahagian dalam pertandingan. Terdapat 6 kategori sukan yang dipertandingkan iaitu pertandingan futsal, badminton, bola jarring, ping pong, paintball, sepak takraw dan 3 on 3 basketball manakala 3 kategori kebudayaan dipertandingkan iaitu lagu irama Malaysia, tarian rampaian 1 Malaysia serta pertandingan sayembara puisi.

Seluruh masyarakat khususnya di Negeri Sembilan dijemput untuk memeriahkan lagi Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia sekaligus dapat mengalakkan golongan belia bersukan dan menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti riadah yang baik.

Cilok dari N9kini.com

7 comments:

  1. bulih nengok samad ngan salwati dangdut lagi tak?

    ReplyDelete
  2. Ada dapat tshirt, topi, makan free tak? & ada transport free dan dapat rm50 duit elaun tak?

    ReplyDelete
  3. Anon 12.42
    La apo kau ingat ini Himpunan 1 juta PR ko,semua sponsored. ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berak kau..sapo yg sponsored sebona eh ni bai..nak menipuuuu yo kojo eh

      Delete
  4. geli aku tgk minah salwati tu...penuh dgn skandal....laki plak tak tahu jenis apa plak.

    ReplyDelete
  5. Jom ke PWTC ada perhimpunan Badut.Badut berpantun, bersyair, menyanyi dan berbagai ragam bagi menarik minat penonton untuk ketawa.Dahulu ada Badut menghunus keris tapi tak lama kemudian minta ma'af pada rakyat Malaysia. Apa punya Badut dah...

    ReplyDelete
  6. Anon 8.06,
    Lobih baik jadi badut drpd buat dosa koring kat KB tempoh hari.

    ReplyDelete

Blog Archive