Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, November 29, 2012

Pesan Ibu Tunggal

Usia senja 87 tahun tidak menghalang srikandi veteran Umno, Datuk Siti Rahmah Kassim menghadiri perhimpunan agung Umno kali ini, selain masih giat berjuang demi agama, bangsa dan negara.
 
Berpegang kepada prinsip hidup "Selagi hayat dikandung badan, selagi kesihatan mengizinkan, selagi tenaga membolehkan, selama itu saya berjuang demi agama, bangsa dan negara kerana Allah SWT", semangat perjuangan wanita ini terus kental.
 
Bagi Siti Rahmah, insan pertama menyerahkan gelang emas kesayangan pemberian bapanya untuk membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London dalam misi menuntut kemerdekaan semata-mata kerana perjuangan bangsa, Umno baginya adalah 'dulu, kini dan selama-lamanya' di hati.
 
Perjuangan Umno tiada noktah dan inilah institusi politik Melayu yang relevan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara, katanya tegas.
 
Ditemui penulis di Pusat Dagangan Dunia Putra ketika menghadiri Forum Antarabangsa Umno yang berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini, jelas terpancar di sebalik garisan mamahan usia pada wajahnya, bahawa hanya Umno boleh terus membela dan mempertahan nasib Melayu serta tunjang Barisan Nasional (BN) untuk  memacu negara ke arah kecemerlangan.
 
"Umno lah sebuah parti politik yang betul-betul berani berhadapan dengan kerajaan British, menyuarakan keinginan negara untuk merdeka. Barisan (Nasional) telah berkuasa 55 tahun, negara membangun, universiti bertambah, anak-anak kita ramai yang lulus daripada universiti," katanya penuh bersemangat.

Masih cergas menabur bakti kepada masyarakat sambil diiringi seorang pembantu, Siti Rahmah menceburi politik seawal usia 19 tahun dan merupakan wanita pertama bertanding dalam pilihan raya pada 1959.
 
Beliau yang pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Negeri Sembilan masih aktif dan menjadi anggota Perkim. Jawatan lain yang pernah disandang ialah Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden Majlis Ibu Tunggal Malaysia.
 
Cinta Siti Rahmah yang amat mendalam terhadap agama, bangsa dan negara membuatkan beliau sanggup menyertai forum antarabangsa Umno kali ketiga yang bertema 'Konflik dan Pendamaian Dalam Politik Rakyat - Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan?' sempena Persidangan Agung Umno 2012 di sini.
 
Anak jati kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini yang telah bersama-sama orang Melayu lain menentang Malayan Union, berkata anggota Umno mesti yakin kepada organisasi yang dianggotai dan terus setia bersama-sama berjuang bersama pemimpin parti.
 
"Cuma pengikut yang di bawah ni, kita perlu setia. Jangan hari ini kita masuk Umno, esok orang datang cakap Parti Negara (sebagai contoh) elok, kita masuk pulak. Tak boleh," katanya.

Ditanya bagaimana beliau melihat barisan kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Siti Rahmah berkata: "Saya berpendapat pemimpin pada hari ini mempunyai semangat wira negara. Mereka mewarisi sikap-sikap pemimpin yang terdahulu."
 
Beliau berpendapat kepimpinan negara yang diteraju Najib serta di peringkat lain menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.
 
Berdasarkan pemerhatiannya, pembangkang ketika ini hanya menimbulkan isu untuk menarik perhatian rakyat.
 
"Cuma pembangkang ni, umpama memukul tin kosong. Bila dia pukul tin kosong pun, orang datang tengok. Jadi orang tak mengkaji apa peranan dia dan apa kejayaan dia. Kenapa kita mesti percaya?" katanya.
 
Siti Rahmah berkata tiada sebab kukuh untuk mana-mana pihak menukar dan menubuhkan sebuah kerajaan baru semata-mata atas nama demokrasi.
 
"Pembangkang memang itu sifatnya. Kalau mereka tidak menyalahkan kerajaan apa lagi modal mereka," katanya sinis. - Sinar.

p/s: Kepado generasi mudo yang tak tau jaso Datuk Siti Rahmah Kassim, bolehlah klik sini.

9 comments:

  1. Aku sangat setuju dengan komen sinis Ibu Tunggal ni yang pembangkang tak da kerja lain kecuali nak menghemtan/mengkritik kerajaan.... Ehhhh pembangkang kat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pun buat cam tu gak... Aysik dok menghemtan Kerajaan Negeri je, dah kerja dia kan, kan, kan... Komen beliau umpama meludah ke langit je.

    ReplyDelete
  2. AGM UMNO dipenuhi dgn menghentam PR....tak payah kutuk PR lah, sebab itu kerja Utusan dan TV3 setiap hari....nak ceramah gitu pergi kat kampung la..

    sepatutnya AGM dipenuhi dgn muhasabah diri dan baiki diri..

    Slps ucapan Najib sebentar td maka spt biasalah pembodek, pengampu, prof2 kangkung, penjilat akan memuji dan memuja Najib..walhal ucapan najib biasa jer..kutuk PR jer yg lbh2.....TQ lah najib, bg promosi percuma kpd PAS, PKR dan DAP....

    apa bondo eh warih?....hehehehe..

    -umno parti jahat-

    ReplyDelete
  3. Kah,kah,maharaja bodoh punye pencacai PR tak boleh kene kutuk tpi kalo ko kutuk orng boleh jadi la hamba abdi DAP yang hancurkan islam.
    Hidup Umno
    Teruskan perjuangan
    Allahhuakbar

    ReplyDelete
  4. Haha aku tunggu gak akhbar haramkah buat liputan perwakilan palestin kat persidangan umno. Tapi haram, yg ada cuma caci maki puak umno je. Langsung tak pernah kuar artikel yg bagus utk generasi muda. Apa pun tak boleh!

    ReplyDelete
  5. Kalau tak silap, saya rasa beliau adalah ibu kepada KJ, MP Rembau, ada sesiapa boleh sahkan?

    ReplyDelete
  6. Kalau nak AGM buat lah baik2..jgn kutuk2 org..ini bukan nak yakinkan org tp lbh kpd kutukan jd hidangan utama..itu fokus umno rupanya....seolah2 jd isu terpenting pulak..aduhaii umno...bila lah nak berubah..tak berubah2 perangai jahat umno nih....

    aku ikuti hampir 1 jam 45 minit najib berucap di kaca TV..memang aku tunggu2 nak dengar apa Najib nak gulung...tak ada pun yg membanggakan..dia lbh seronok kutuk pembangkang....kemdian disambung pulak olh lidah2 syaitan spt TV3, RTM, astro....umno kekeringan isu...

    bebal umno nih!!! Najib berani berkokok dikandang sendiri..ajak debat kecut telur...ibarat harimau yg nampak kuat dan gagah tp cuma kuat mengaum dlm kandang zoo sahaja..budak2 kecik pun gelak kan rimau tuh!!!

    tak tau la nak kata apa kat umno nih......nama dan brand jer kelihatan gagah, tp rupanya hanya lah tong kosong........kekekekeke

    kirim salaaaaaammmm la umno......sorilah nak bg undi...tarak!!!

    --umno parti jahat--

    ReplyDelete
  7. British memilih UMNO dan bukan pejuang pejuang lain kerana UMNO berjanji menjaga kepentingan British. Lagipun pemimpin UMNO ketika itu makan gaji dengan British juga. Ironinya pejuang pejuang kemerdekaan selepas Jepun semuanya dilabelkan petualang bangsa kecualilah UMNO.

    Tapi tak apalah. Pemimpin pemimpin UMNO ketika itu rela bergolok bergadai demi sebuah perjuangan. Tapi pemimpin dan ahli UMNO ketika ini : satu untuk engkau satu untuk aku. Tiada fulus tiadalah perjuangan.

    ReplyDelete
  8. PAU 66 UMNO 2012. Kita Share cerita PAU, macam=macam cerita PAU ada PAU Puteri lotak dalam belango melempah dek godang ehh...yang paling Best PAU lembu.
    Melam PAU
    Terlam PAU
    Matkam PAU
    Ta PAU
    Zaman Lam PAU
    Paling Mondoru dan Yang Paling hampeh kaki PAU ini kerja (Balachi dan Barua)

    ReplyDelete
  9. I just like the helpful information you supply to your articles.
    I'll bookmark your blog and take a look at once more right here regularly. I'm
    slightly sure I will be informed many new stuff right here!
    Best of luck for the following!

    my web page free sex chat videos

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive