Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 13, 2013

Sia-sia Setia Pada UMNO? UMNO sayang Dubuk yang makan Tuannya!!

Sebagai "orang setia UMNO", saya amat setia pada UMNO khususnya masa kepimpinan Tun Dr Mahathir. Bagai anjing yang setia pada Tuannya saya akan mempertahankan kepentingan Tuan saya tanpa disuruh, tanpa diketahuinya walau dari jauh.

Sebagai anak KL, saya terlibat langsung dengan reformasi. Tapi bukan anti Mahathir, Cuma anti reformasi. Bila jalan ditutup dengan Trak FRU, saya akan mencari jalan untuk pergi lebih dekat dengan gerombolan itu untuk marah mereka disitu. Iyelah, darah muda, berani mati, umur baru 18 tahun, gelojak darah membuak-buak "berani (tidak bertempat)", sikit pun tak gentar sepertimana saya pergi ke Jalan Klang Lama semasa kekecohan kaum.

Malahan, saya dan rakan yang sebulu menaikkan sepanduk, memakai baju Mahathir (T-Shirt Putih kualiti rendah dengan gambar Mahathir dan BN tulisan berwarna biru) semasa reformasi diadakan.

Di kedai mamak dengan 100 reformis saya dan rakan tidak gentar untuk berbual mengutuk Anwar dan reformis, sekuat suara dan berjam mepertahankan UMNO dan Mahathir.

Tibalah masanya PRU 10 pada tahun 1999, umur saya baru 19 tahun, saya sudah terlibat dalam semua proses pilihanraya. Semua tiang dalam kampung, semua simpang dalam KL, semua saya sudah panjat untuk pasang bendera BN. Dikejar reformis, diejek, dihina demi UMNO perkara biasa. Di Pondok Panas yang panas dan bahaya pada 1999, saya seorang sahaja yang sanggup tidur di pondok panas ditemani VCD Cetak Rompak dan Komputer gedabak yang dibawa dari rumah. Pada masa itu, ia amat panas kerana keADILan sedang hangat menjadi pengADIL, justeru mereka amat agresif terhadap apa sahaja yang berlogo UMNO dan BN.

Allah Maha Besar. Segala penat lelah saya siang dan malam hingga ke pagi buta, 24 jam sehari, dibayar RM50 untuk 2 minggu. Tidak apa, demi Mahathir dan UMNO. Malangnya, bila saya mendapat tahu rakan rapat yang tidak panjat tiang tapi hanya mengipas Ketua Cawangan mendapat RM 200 ke RM 500, Ketua Cawangan pula menambah koleksi kereta dan rumah, maka saya tidak lagi bodoh menjadi pengikut kepada ketua cawangan yang bodoh.

Selepas hampir 15 tahun episod reformasi berlalu, kini ramai "musuh-musuh" yang membenci kami ahli UMNO anti reformasi kerana mahu mempertahankan UMNO, malahan ada yang meludah dan mungkin mahu membunuh kami. Kini ramai mereka sudah pulang ke pangkal jalan, sekurangya itu konotasi simpati yang sering kita dengar.

Semalam, saya mendapat berita dari isteri bahawa rakan sekolahnya, Mohd Fairus Khairudin yang juga bekas reformis, bekas PKR, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kini bergelar Dato Seri Dr Mohd Fairus, seorang ahli UMNO yang kerap ke luar Negara dan juga penasihat politik kepada pemimpin UMNO. Terperanjat???

Bukan BR. Fairuz sahaja, BR. Ezam M.Nor menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian juga merupakan Senator dan beliau pernah mengeji Tuan kami Tun Dr Mahathir dengan segala gelaran. Mungkin, Tun Mahathir berjiwa besar memaafkan mereka tetapi tidak kami sebagai pengikut setia (setia seperti anjing) kepada Tun M.

Terbaru, Dato Seri Zahrain pula dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Zulkifli Nordin pula, calon import untuk kerusi Parlimen Shah Alam seolah tiada “anjing setia” UMNO di Shah Alam. Ramai lagi nama seperti Ruslan Kassim yang masih saya ingat sebagai reformis dan yang lain.

Bila saya menyamakan kesetiaan saya pada Tun M dan UMNO seperti anjing mungkin buruk pada kalian kerana persepsi "blok minda" muslim, tetapi, ALLAH mencipta anjing dengan sifat mulia anjing iaitu kesetiaan paling tinggi terhadap Tuannya.

Justeru, saya tidak marah, cuma saya hairan dan tertanya-tanya, apakah sia-sia menjadi setia pada UMNO? Tulisan ini pasti melonjak perasaan ahli PAS, PKR dan DAP, dan suka saya matikan dengan kenyataan cermin-cermin parti anda, anda juga mempunyai Pengkhianat yang diangkat Pejuang dan terbaru adalah Muhammad Taib. Malahan, Ketua Pembangkang sendiri pernah menghina Nik Aziz dengan selipar najis (terompah).

Saya bukan aktif politik, tapi melihat pada pejuang UMNO yang aktif politik tetapi diketepikan menjadi alasan saya untuk tidak berpuas hati dengan kaedah politik UMNO sebagai parti pemerintah.

Mungkin benar sia-sia setia pada UMNO sebagaimana Arwah Kamsan Bin Asop, Parit Yaani, Arwah Mohd Zaman Abdul Karim, Kg Nakhoda dan ramai lagi. Jika mereka tidak sempat dibalas jasanya oleh UMNO, saya berharap UMNO belajar untuk membalas jasa ramai lagi ahli UMNO yang setia seperti anjing. Anjing walaupun jijik untuk anda lebih mulia dari berjasa kepada golongan dubuk yang akan meninggalkan Tuan yang lemah malah akan makan Tuannya sendiri bila lapar.

Jika UMNO tidak berminat dengan tulisan rintihan ini apatah lagi untuk berubah, saya ucapkan tahniah dan teruskan. Kami tetap setia pada UMNO tetapi anak-anak kami akan membenci UMNO yang melayan sikap setia seperti anjing dengan menganjingkan kami sebagai anjing kurap yang hanya diberi bantuan sisa-sisa lapahan dubuk dan juga Tuan-Tuan kami.

Hari tidak selamanya cerah bagi dubuk, juga tidak selamanya mendung bagi kami. Jika ditakdirkan PRU-14 UMNO tewas, yang tinggal mempertahankan UMNO adalah ahli-ahli setia UMNO yang mempunyai kualiti kesetiaan seperti anjing.

Demi Agama, Bangsa dan Negara, mungkin kami tidak kisah terus diketepikan. Mungkin. Sebagai umat Islam yang diajar kebertanggungjawaban dan nilai suci, adalah paling penting bagi kami berprinsip dan berpegang pada prinsip kerana penting untuk kami mempunyai jawapan untuk dijawab pada Allah kelak.


14 comments:

  1. Betul ...... Sedih dan amat menyedihkan ... kami tetap setia

    ReplyDelete
  2. Kamu diperguna oleh Dr Mahathir aje. Orng nak cakap politik awak cakap politik. Tidak sedar kamu dipermainkan dengan sentimen yang lapuk dalam UMNO itu. Yang lain pula percaya kepada penipu besar Anwar. Bukakah kamu semua adalah mangsa permainan Mahathir dan Anwar. Mereka dari darah yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pon halangan dan rintangan UMNO masih pilihan terbaik buat orang Melayu adakah kerana Khairy dan Sharizat Melayu nak menolah UMNO .

      Delete
  3. Kemenangan Umno bukan hanya kerana kesetiaan kamu semata,mereka yg dulu pernah menentang Umno juga akhirnya membantu kemenangan Umno.Tun Mahahtir sendiri pun pernah menentang Umno semasa Tunku.Apa bezanya Mahathir menentang Tunku denga org lain menentang Mahahtir,Saidina Umar pun pernah menentang Islam ,tapi kebangkitan Islam juga kerana Saidina Umar kemudaiannya.Sebenarnya dalam piliharaya yg lalu,kemenangan Umno banyak kerana sumbangan mereka yg pernah menentang Umno,malahan ramai yg balik kampung mengundi Umno pun adalah mereka yg dulunya 2008 mengundi Pakatan.Sebagai rakayt saya banyak memerhatikan hal ini dalam pilihanraya yg lalu dan Tun Mahahtir sendiri pernah menyebut,yg kuat berperaqnan adalah 'Pemain Import'dalam mempertahankan Umno /BN.

    ReplyDelete
  4. DUBUK DAN ANAI ANAI MULA MERASEPAI UMNO.

    ReplyDelete
  5. Salam bro:

    Ramai lagi yang senasib..kita berjuang bkn kerana kedudukan..kita berjuang kerana kita sayang melayu dan nasib generasi akan datangm

    Kita bukan jenis berkokok berderai derai...tu sebab apa yang kita lakukan tidak mendapat tempat di kalangan jeneral umno...mereka lebih memerlukan kaki kipas dan ampu...

    Yang pasti mereka dibuai pertambahan kerusi dalam PRU13..mereka alpa..tidak muhasabah diri..

    Sokongan melayu adakah disebabkan majoriti org Melayu syg UMNO atau syg Melayu.

    Klu dilihat musim kempen PRU13..org UMNO kempen syok sndri..usung pekerja parti ke setiap lokasi kempen dan cakap berdegar serta bersorak di kalangan merekam

    Semasa mesyuarat cawangan baru baru ini..wakil bahagian melopong bila dimaklumkan KJ telah menlantik regina lee sebagai su akhbar...ini lah kualiti perwakilan yang telah membuat keputusan semalam.

    ReplyDelete
  6. kesian anjing ni yer....

    ReplyDelete
  7. ramai dubuk yang tinggal komen ...

    ReplyDelete
  8. janagnlah sayang kpd pemimpin...pemimpin yg mesti sayang kita. Dan pilih pemimpin bukan atas prinsip 'siapa dia", tapi 'apa dia"....anda takkan rasa kecewa.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  9. Ezam tu jgn buat2 lupa..aku ingat lagi kata2 hina TDM masa zaman reformasi..Kawan aku kenal rapat dgn dia..masa kwn aku beritahu Ezam nak balik ke pangkuan umno,aku bagitahu suruh dia buat kenyataan maaf terbuka kpd TDM..harem pun takde..mcm cibai budak ni..dia ingat aku lupa...

    ReplyDelete
  10. UMNO ini rosak kerana ramai ahliahlinya mengharapkan habuan.

    Di kampong ahli UMNO mimpi hendak jadi ahli JKKK.dapat allowance meeting $30 aje tapi mereka berebut jawatan ini macam hendak mati.

    Di perengkat pusat ramai ketua bahagian berebut hendak menjadi wakil raayat,senator,Pengarah syarokat.

    Ahli UMNO yang businessman mengharapkan kontrek dan Tender.

    Budaya ini tidak dapat di hapuskan salagi party UMNO memerentah.

    Saya setuju dengan awak yang UMNO sudah nazak dan di perengkat kehanchoran.

    Awak lihat video Malaysiakini ,Nazri sacara terbuka mengkritik Mahathir,.
    Bila kita sudah hilang hormat dan tidak mahu menghormati orang tua tuan.akibatnya bala akan menimpa.

    ReplyDelete
  11. nak naik dalam mana2 organisasi politik kena dapat 'step' yg betul. jadi dubuk dgn menggigit umno, kemudian insaf dan menjilat umno juga adalah salah satu step tersebut. ini parti duniawi, hatta dalam pas, pkr, dap dan lain2, semua begitu. chua jui meng adalah dari mca, bila masuk pkr dia dapat apa? anjing2 lama dalam pkr johor dapat apa yg chua jui meng dapat? bersabar, ikhlas dalam perjuangan dan redha dgn ketentuan Allah akan menjamin ketenangan jiwa tan keluh kesah tak ketentuan. insha Allah ada ganjarannya nanti....

    ReplyDelete
  12. Anak2 aku dah lama suruh aku hentikan keja menyokong umno ni. sejak dia org kecik tengok aku buat keje utk umno tapi yg kaya raya org2 yg ntah ape jasa pada umno. jadi aku dan kluarga dah buat keputusan kami takkan berhempas pulas utk umno lagi skadar mengundi mungkin, itu pon tengok keadaan!

    ReplyDelete
  13. Sudah lah tu. Tak yah cerita pusing=pusing. Dah tak relevan lagi, faham tak!

    ReplyDelete

Blog Archive