Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 31, 2014

Pelan Perpaduan Nasional @ Perang Propaganda NANA

Pelan Pemansuhan Nasionalisme Ahlul Sunnah Wal Jamaah sedang diatur oleh kelompok berpartisipasi kepada separuh liberal dan separuh fundamentalis. Bekas Presiden MBM ini lahir daripada pergerakan PKPIM, bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, kelihatan seperti orang yang ketagih atau menagih simpati Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau Lim Kit Siang ataua senang meneguk JANJI DI TEPATI daripada Ah Jib Gor?

Pelan Penyatuan Nasional sudah lama berlaku sejak 11 Mei 1946 lagi. Pak Sedaro fikir Malaysia sudah mempunyai Wawasan 2020 paling padat dan POWER. Wawasan 2020 mesti diurus dengan baik bermula semalam.

Pelan Perpaduan Nasional yang boleh juga diganti nama sebagai Pelan Penyatuan Nasional, Pelan Kesantuan Warganegara Malaysia atau sebarang Kertas/Dokumentasi berasaskan Kajian Impak Keberkesanan, belum boleh dijayakan kerana rakyat TIDAK MATANG POLITIK.

Khasnya imigran yang kini rakyat atas ehsan airtangan Tunku Abdul Rahman dan persetujuan Maljis Raja-Raja Melayu iaitu Kaum Cina dan Koling. Anak Thiong Hua walaupun apa skrip keyakinan mereka, jelas belum memberi kebutuhan untuk umat Melayu yakin terhadap sokongan mereka kepada kuasa dan kedaulatan kuasa Melayu.

Pelan Perpaduan ini ialah antara langkah untuk mengurang "tension" dan membuka peluang kepada beberapa protokol-protokol Zionis untuk BERMAHARAJALELA.

Ramai orang tidak peduli untuk mengkaji lebih mendalam perihal beberapa laporan menyindir yang diterbit oleh Rand Corporation, US Air Force Intelligence, CIA dan Mossad, juga beberapa laporan tebal oleh UNDP, UN Commission for Education, Health, Safety and Security dan UN Commission for Youth and Profesional Development. Orang Melayu, antara yang lebih "berlagak pandai" ialah Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan kononnya "BALACI - WAR ROOM Commander" yang juga kelihatan "bodoh sombong".

Dalam satu pertemuan terbuka, Pegawai Kanan Polis bertaraf 3 bintang, Salleh namanya berkerut kening bila mana, dipersoalkan apakah negara ini selamat daripada ancaman kultus ideologi supra moden?

Amat malang jika umat Melayu khasnya Melayu di DUN Kajang mengundi Anwar Ibrahim kerana berjayalah sebahagian kecil Agenda Tersirat Pelan Perpaduan Nasional.

*********

Pelan Penyatuan Nasional adalah proses ke arah budaya politik baru - Saifuddin 

KUALA LUMPUR: Pelan Penyatuan Nasional yang sedang diteliti oleh kabinet dilihat sebagai sebahagian daripada proses ke arah budaya politik baru yang akan menjadikan amalan demokrasi di negara ini matang dan progresif, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhaan Global (GMM) itu bagaimanapun akur bahawa proses berkenaan akan mengambil masa dan akan berdepan pelbagai cabaran namun berharap ia mendapat kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia khususnya ahli politik dari kedua belah pihak serta mereka yang berada di tengah (belia, ahli akademik, profesional, teknokrat, usahawan, media dan masyarakat sivil) supaya mendukung proses ke arah Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan bahawa mesyuarat mingguan kabinet meneliti pelan berkenaan yang sedang disusun bagi menyatukan semula masyarakat namun menegaskan ia bukan satu usaha ke arah kerajaan perpaduan.

Dalam kenyataannya itu, Najib turut menyeru semua pihak untuk sama-sama berhenti daripada menyebarkan  pembohongan dan fitnah serta menamatkan budaya politik kebencian.

Saifuddin optimis apa yang hendak dicapai oleh kerajaan itu praktikal dan boleh dilaksanakan kerana ia menyeluruh dan merangkumi rangka kerja yang luas dan strategik, merujuk kepada empat tunggak pelan berkenaan iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

Beliau juga melihat pelan itu progresif kerana berikrar mempertahankan prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara. Selebihnya, kata Saifuddin, pelan itu melibatkan semua pihak melalui rundingan termasuk dengan suara akar umbi dan belia.

"Ini (juga) satu cara baru mentadbir kerana lebih inklusif dan membuka kemungkinan kerjasama dwipartisan antara BN dan PR," katanya.

Saifuddin menyifatkan pengumuman Najib itu kena pada masanya dan telah ditunggu-tunggu oleh banyak pihak selepas pertama kali disebut dalam ucapan Perdana Menteri meraikan kemenangan BN pada malam keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei tahun lalu.

Ia juga menepati kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menunjukkan 67 peratus responden mahu melihat BN dan Pakatan Rakyat bekerjasama atas isu-isu pembinaan bangsa.

2 comments:

  1. Aku setuju sangat umno bersatu dengan pas tapi bukan dengan pkr. Kalau umno bersatu dengan pkr, bermakna umno jilat balik segala tuduhan kat DSAI. Berdasarkan pengamatan aku, DSAI macam ada kecenderungan kepada lelaki tapi nak kata peliwat tu macam tak kot. Aku macam rasa it was consented. Macam wikileak kata, it was a trap and anwar walked into it.. Kalau aku silap, aku mintak ampun dengan Tuhan. Tapi kalau sampai DSAI nak jadi MB, takkan selemah itu pimpinan umno nak biarkan ia berlaku. YABHg Tun M, kalau dah tak boleh harap pimpinan depa ni, sampai boleh merapu pasal kangkung, gantikan je dengan yang baru :-) Saya sayang dan hormat Tun.

    ReplyDelete
  2. Plan Perpaduan Negara ni kenapa tak dimasukkan bab2 Rukun Negara???? Paling2pun masukkan satu bab untuk memperkasakan lagi Rukun Negara yang sedia ada tu. Ah Gib Gor...any komen? Punaisihat lupa nak masukkan ne????

    ReplyDelete

Blog Archive