Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 11, 2011

Baling 1955

Tidak ramai insan rakyat Bumi Melayu hari ini yang insaf perihal kejadian 28 Disember & 29 Disember 1955. Apakah kesan kebiadapan Komunis dalam Rundingan Baling di Sekolah Inggeris Baling?

Chin Peng, Chin Tein dan Rashid Maidin begitu agung dengan kiblat Komunisme. Selepas peristiwa 17 Jun 1968 di Kroh, 13 Mei 1969 di Kampung Baru, Pertempuran OPS BAMBOO di Gubir 1974 dan sebagainya, warganegara masih terkesan kerana pengikut asuhan dan rasukan Komunis masih bergentayangan berMAHARAJALELA. Komunis kini kuasai Pulau Pinang dan Selangor.

Rakyat RAJA makin alpa soal Gerakan Rakyat "Min Yuen" DAP. Gerakan Saraf menerusi kelompok ini sedang bertindak dalam selimut profesional dan politik. PAS telah memakan hasil muntahan dan sumpahan Ustaz Ahmad Fuad.

Mereka tidak kaji siapa Musa Ahmad, pengerusi PKM? Insan yang bertaubat dan merungkai segala pengkisahan gagalnya Rundingan Baling dan kesannya kepada rakyat hari ini.

PAS semakin berbangga dengan faham Syiah dan Muktazilah. Hari ini mereka "menjilat ludah yang dipancut ke langit".

Reputasi carutan ANWAR makin menjadi bahan seksual kepada politik bobrok dan miskin. Apakah kesan obor PRU-13 sedang dibakar oleh UMNO atau hanya momokan PAS+DAP lawan PKR?

5 comments:

  1. Paneh bermadah atau berpolemik untuk mengusik Pas? apa kena mengena Pas dgn kominis dan sumpahan ulama? apa tujuan perkara dibangkitkan?

    saya tak faham. mengikut bacaan sejarah saya, kebangkitan kominis di Malaya adalah seiring dengan pengaruh mrk di lain-lain negara asia. Byk negara terjajah mula merdeka tahun 40an dan 50an, kekosongan yang ditinggalkan penjajah itu telah menarik perhatian serigala spt kominisme dan nasionalisme-sekularisme. Barat meninggalkan anak jajahan dgn pemikiran sekular atau mewarisi negeri dgn benih busuk penjajah. Fahaman politik kiri atau Islamik akan dinyahkan.

    Tanah Melayu ketika itu baru bertatih untuk keluar dari perut ibu penjajah, tanahair kita dikongsi sama dgn berbagai rupa bentuk kaum peninggalan bapak penjajah. Laungan kemerdekaan tanahair dan bangsa bermula selepas 1945, Dr Buharnuddin Helmi, Pak sako, Boestaman, Shamsiah Fakih dan lain-lain adalah wajah melayu yang berada di pihak kiri. Manakala anak didik penjajah yg berpendidikan penjajah diberi tempat oleh penjajah. Mereka lebih diutamakan dan mendapat hamparan karpet merah. Boleh merdeka dengan syarat-syarat, maka kita melihat tanahair kita dibagai kek yang diracik-racik begitu rupa. Dasar pendidikan dan ketidak-seimbangan sosio ekonomi begitu ketara. Pemimpin umno yang mentadbir negara bukan dari kalangan melayu Islamik maka tindak tanduk mereka tidak berpandukan syariat. Kita masih berbangga dengan melayu pimpinan umno miskipun melayu berjiwa Islam terguris dengan karenah mrk.

    Tragedi 1955, 1969 dan 1985 (memali) adalah rentetan dari kedurjanaan penjajah dan anak didikan mereka iaitu umno. Adakah paneh ingin membuktikan Pas menyusahkan umno untuk mentadbir negara? apakah kamu lupa selepas 1969 Pas menyertai Perikatan. Untuk apa? inilah pengorbanan Pas untuk negara dan perpaduan bangsa.. namun sifat durjana pemimpin umno sekular telah menendang Pas setelah mrk kembali merasakan gah atau kuat. Siapa munafik dan jahat?

    Sekarang apabila kecenderungan rakyat melayu-china-india berubah sikap, berjinak dengan Pas dan berbondong meninggalkan umno-BN. Umno sebetulnya paneh miang dan takut pada bayang-bayang hitam yang akan menghempaskan bahtera usang umno. Kamu mmg paneh miang dan menjadi barua upahan umno untuk menyerang Pas. Kami percaya janji Allah, Hak akan mengalahkan Kebatilan. Kami biasa kalah dan menerima mehnah dalam perjuangan ini, ramai sahabat kami terbunuh dan dibunuh, dipenjara, dihina, diburu oleh saudara sebangsa, siapa? UMNOlah.. bila Allah beri peluang kepada bangsa kamu dari PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.. apa yang melayu UMNO tak buat? seolah-olah kamu anggap kami kominis. Bukankah begitu Paneh Miang?

    Tulisan kamu dalam blog ini adakalanya tersasar dan menyinggung aqidah. apakah kamu tau apa itu aqidah? hubaya-hubayalah Paneh, agar santan tidak membinasakan pulut. Boleh berpolitik tapi jgn sampai menggadai aqidah ye. Berpolitik menggandaikan bangsa tak apa.. sebab bangsa bukan jaminan Allah Tuhan kita semua untuk mendapat rahmat Allah. Nabi saw tidak dapat menjamin bapa saudaranya Abi Talib yang baik, bapa sdr Nabi iaitu Abu Lahab pun sebangsa Nabi jugak.

    Ingat Paneh, siapa yang membunuh Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Bukankah umno terlibat dalam peristiwa berdarah itu? ada tanda-tanda syahid atas batang tubuh mereka. Kalau begitu, apa kamu akan turut menjadi saksi di padang mashyar kelak? inilah kejahilan ahli umno dalam memahami agama.. kesaksian ini amat berat jika kamu memhaminya. Nasihat saya waspadalah bila menulis jika kamu mengaku muslim.

    ReplyDelete
  2. Wahai PAS TUO, anda mungkin TUO, namun fakta atasi batasan fikrah kalian. PAS TUO menyambut gayung, maknanya PAS TUO sedar akan "Ribut Tenang". PAS TUO baco sejarah, Pak Sedaro tu bergerak dalam sejarah bersama pemuka-pemuka Sejarah. Bumi Melayu makin reput andai pengikut seperti PAS TUO mencacai karut marut. Kajilah pesanan sahabat kito, Almarhum Pendita Zainal Abidin Ahmad. Istilah nasionalis-sekularisme ialah terma akademia PAS mengikut skrip Freemasonary yang dijiwai oleh faham ortodok Syiah dalam PAS. Seperti pesan seorang sahabat Libya Sunni, bahawa Syiah ialah Ancaman lebih Dasyhat daripada Komunis kepada Ahlul Sunnah WalJamaah.

    ReplyDelete
  3. ibrahim libya syahid? kui kui kui. tabur minyak atar atas kubur bertong-tong dikatakan syahid? dah nak jadi ayah pin pun dikatakan syahid.

    pas keluar bn sbb apa? mereka sendiri yg nak tukar mb kelantan. pas sendiri yg cadangkan 2 nama, lepas tu bila tun hussein pilih salah satu nama, mereka sendiri tak puas hati. buat sidang tergempar dun dan jatuhkan orang sendiri. apa la punya bingai pas. nik najis siapa masa tu? ketua dewan ulama' pas yg ingin jatuhkan org parti sendiri telah dipilih sbg mb. siapa nama nik najis nak sgt dinaikkan jadi mb masa tu? namanya nik mat nik mat. agak2 apa kena mengena dengan nik najis? bila tak dpt merajuk keluar bn. kaki putaq.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. -tom tem bak-

    itulah kalau otak suruk ke buntut, apa yang zahir tak nampak sebab hati dah zulumat. Kerana ekau ngaku melayu dan mungkin Islam mako elok bona berpada-pada bilo mengutuk atau menghina ulama Allah. Manalah tau kok betul dia dekat dengan Allah dan ekau pulak hino dio.. akibatnya teruk. pergilah bertanyo dengan orang alim bab itu.. kok tak suko kek ulama Pas, kau pergi kat mufti ke, ustaz tak berparti ke.. betul tak ada amaran Allah mengisytihar perang kepada sesiapa yang memusuhi ulamaNya.

    Tanda syahid antaranya ialah kalau terbunuh darahnya harum, darah keluar panas mengalir, berpeluh dahi, tubuh lembut seperti orang hidup. Saudaraku tom tem bak, semua itu ada pada tubuh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya. Beliau dibunuh dan jenazahnya disimpan dalam peti sejuk-mayat lebih seminggu, difahamkan bila urusan jenazah dibuat semua orang melihat janji Allah dan RasulNya itu. Kami bukan nak berbangga atau berbohong dengan kamu tetapi sekadar nak beri nasihat supaya berhati-hati bila menghina ulama Allah.

    Nik Aziz misalnya, orang umno ( kecuali Aspan Alias) memang tak suko kek Nik Aziz. Sebab dia bukan umno dan selalu bercakap yang memanaskan telinga orang umno. Pergilah dengar kuliah dia dan tengok peribadi dia, kau boleh jadi SB intip apa dia buat.. kok terbukti dia sesat dan bangsat, barulah ekau sanggah.

    Kesian kat kamu nih, kerana kebencian dan fanatik sangat lalu hino orang alim. Ini ado blog tentang Ibrahim Libya dan syuhada melayu yang mungkin boleh kamu baca. Paling tidak kito boleh bersyukur ado anak melayu dianugerahkan mati syahid.

    http://syuhada-melayu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. la kena rujuk blog ke pasal nak tau org syahid. hehehe. kau tgk ke mayat ibrahim libya masa tu? dah pergi interview org2 kampung kat situ masa tu? dah interview polis yg cacat anggota sebab ibrahim libya guna kanak2 dan wanita jadi perisai masa tu? hahaha. tentera islam zaman sahabat dulu tak suruh kanak2 dan wanita pergi perang. tapi ibrahim libya boleh guna kanak2 dan wanita pulak kan? siap jadi perisai barisan depan plak tu. sepatutnya dia la yg dok pertahan kanak2 dan wanita. la ni tebalik pulak. dah kaji kronologi peristiwa masa tu? dah kaji berapa tahun dipujuk ibrahim libya agar dtg bincang dgn majlis agama islam sblm tindakan diambil? dah kaji bgmana pihak berkuasa minta pas pujuk il berbulan2 supaya serah diri. tp org pas lepas tangan. mereka bukan pujuk tapi lagi menghasut. dah selesai peristiwa, tiba2 pas nak jadi juara isu.

    saudara, mmg ulama itu pewaris nabi, tapi saudara kena tau ciri2 ulama ciri2 wali yg Allah suruh sayang tu. ulama' bagaimana yg boleh bawa kita ke syurga kelak? bukan semua yg berserban dan berjubah itu layak dipanggil ulama.

    saudara puji aspan tu? dia orang kuala pilah kan? abg si kamaruzaman kamdias? hehehe. aku ni ramai kawan di negeri9 wlpn aku ni org utara. kalo hang hanya kenal aspan tu melalui blog, toksah la puji melampau. dia tu org keciwa. dulu berhajat jadi adun dan mb, tp org umno sendiri pun tak suka dia. skrg masa dia balas dendam la. nang bo tinang koi botikui.

    nik aziz bukan ulama. byk bukti Allah dah tunjuk dah. cuma mgkn hidayah pada hang belum sampai. yelah, bab hidayah ni milik Allah, bukan milik manusia. nasib baik pak sedara dia yg nik aziz takut sgt tu dah meninggal. kalu tak boleh aku suruh hang pi tanya. keturunan gedebe la katakan.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive