Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, January 22, 2011

Kebrobrokan Pimpinan Belia

Persatuan-persatuan belia di Malaysia adalah sebahagian kisah lawak antarabangsa yang jarang berlaku. Namun dek kerana sudah merdeka 53 tahun, ramai dah kenyang mentekedarah duit dalam kepompong Gerakan Belia 4B Malaysia dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia [MAYC], yang hari ini mereka boleh diibaratkan "si luncai".

Apakah yang menjadikan mereka "barbarian"? Apakah maksud pewujudkan persatuan sosial dan ekonomi berpaksi penglibatan belia Melayu menerusi 4B dan MAYC?

Apakah faktor bahang tamak, gelojoh, bongkak, gedebe dan bahalol merupakan resepi kesombongan regim-regim 4B dan MAYC? Apakah teori pewarisan takhta kerajaan daripada bapa turun ke anak atau sifu turun kepada anak buah yang ortodok, telah menjadi satu legasi yang subur dalam urat dan jantung persatuan belia MELAYU?

Sedarkah bahawa 4B dan MAYC memiliki kekuatan hampir 1 juta belia Melayu di dalamnya, dan hari ini 75% daripada mereka ialah pengundi berdaftar tetapi masih belum ditentukan sifat kepartian mereka.

Peninggalan 4B Malaysia dan MAYC telah mencorak pelbagai peristiwa dan kisah suka duka. Namun sejak Akta 668 mula berkuasa dalam alam belia, Majlis Perundingan Belia Negara pun menjadi tunggul mati dan kayu reput. MPBN langsung tidak bistari gunakan guna budi bicara dalam menyelesai kemelut kepimpinan MAYC Kebangsaan.

Saudara Akhramsyah Sanusi vs Mustafa Mat Arof, jika dikaji secara mendalam dari persepktif Akta 668, Akhramsyah ialah Presiden MAYC Kebangsaan yang sah. Oleh kerana tidak ramai yang bistari untuk bereskan isu ini, maka kedua-dua pihak melopong. Hari ini MAYC Kebangsaan tiada kepimpinan yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.

Pelik tapi benar. Pelik kerana Akta 668 jika dibaca oleh ahli undang-undang yang pakar perlembagaan, maka jelas akan ada pihak yang BENAR. Oleh kerana Akta 668 hanya ditulis pada sifat hurufiah sahaja, maka itulah KBS gagal memberi makna sebenar kepada Program Pemimpin Belia Berkaliber. Akta 668 tidak dijengkal kepada "batu jemala pemimpin belia". Akta 668 hanya dibaca ikut sedap tekak dan tembolok warga tertentu dan mencerita kepada dunia bahawa Malaysia HEBAT kerana ada Akta 668!

Disebabkan musibah kebodohan itu, maka MAYC Kebangsaan terima padah. Alhamdulillah, moga ini memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada semua 11.6 juta warga belia di Malaysia.

Selamat tidur 4B Malaysia kerana anda sedang dibuai oleh mimpi dan cerita indah PRESIDEN anda, si anak DWJ. Selamat tidur MAYC Kebangsaan kerana anda masih dalam buaian dan tilam busuk. Selamat tidur MPBN kerana tidak bijaksananya ahli-ahli MPBN, maka tragedi MAYC Kebangsaan bakal dikenang sebagai "sejarah" pergerakan institusi belia Abad ke-21.

3 comments:

  1. salam Tuan
    kitorang geng lepas spm
    kitorang tak pandai macam Tuan
    tapi kitorang nak tulung lawan
    mak kitorang suruh lawan gak pembangkang ni
    tq

    ReplyDelete
  2. politikus dlm permasalahan persatuan belia... yg terang-terangan merekrut benda bukan2 yg digunakan atas nama kepentingan..sepatutnya perlu jauhi anasir-anasir tak elok, tapi nampaknya belia sudah hancur.. tak percaya sila siasat.. siasat sampai akar umbi..mungkin ada ahli belia 4b yg kurang selesa tapi tak boleh nak bersuara, maklum lah org besar dan adik-adiknya mempunyai adik-adik kongsi dlm pertubuhan belia itu sendiri.. bagus lar mcm ni kan..ramai-ramai kencing berdiri..

    ReplyDelete
  3. Persatuan yang mahu bersama UMNO dan BN harus masuk parti2 itu ramai dan tukarkan pemimpin kalau perlu. Itu caranya, kerana bersatu kita kuat. UMNO/BN sudah ada infrastruktur yang kuat. Langgar sahaja dan pamerkan kehendak belia. Muafakat membawa berkat,

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive