Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, January 28, 2011

keTENANGan merobek usus-usus

Update from Tenang

1- Kempen kedua belah pihak BN dan Pas bergerak perlahan kerana cuaca buruk dengan hujan sepanjang hari sejak malam tadi.

2- Kemungkinan banjir akan berlaku lagi kerana paras air di Sg Segamat berada pada tahap bahaya dan kenaikan air di kawasan rendah akan berlaku sekiranya hujan tidak berhenti.

3- BN mungkin punya kelebihan dalam situasi banjir kerana program yang melibatkan pemimpin telah disusun awal bagi membantu kerja kempen berbanding kecelaruan jentera Pas.

4- Jentera PKR kelihatan lesu dan syok sendiri kerana cuba membangkitkan isu Selangor yang tidak ada kena-mengena dengan situasi di Tenang.

5- Guru-guru penyokong pembangkang dijangka akan keluar menunjukkan tembelang sebenar yang disembunyikan selama ini. Guru-guru ini semakin berani menunjukkan penentangan secara terbuka terhadap kerajaan semenjak tindakan Cikgu Mala menjadi calon Pas.

6- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri kini sedang giat memantau bagi mengenalpasti guru-guru yang menyokong pembangkang yang terang-terangan mengabaikan tanggungjawab hakiki iaitu mendidik.

7- Suami Cikgu Mala iaitu Maaruf bakal dikenakan tindakan oleh KPM kerana menipu cuti sakit (MC) dan mengabaikan tugas yang wajib berada di sekolah. Tindakan autokratik perlu digunakan bagi memastikan para guru pada masa hadapan tidak sewenangnya mengabaikan tugas hakiki sebagai guru.

8- Diramalkan BN hanya akan mendapat 20% undi daripada kaum Cina rentetan isu perkauman masih menjadi bahan jajaan DAP, PKR & Pas dalam ceramah pembangkang di Tenang.

9- Kedudukan kawasan luar bandar/bukan Felda telah diterokai pembangkang seperti di kawasan Pekan Air Panas. Walaubagaimanapun, kempen Pas yang menghina dan memperlekehkan generasi Felda di Tenang sebagai golongan yang tidak berpelajaran, dijangka bakal menimbulkan masalah kepada calon Pas.

10- Jentera Pas memperhebatkan kempen mereka di Pekan Labis walaupun mereka hanya berkempen kepada kumpulan peniaga di kawasan pekan tersebut, berbanding bertemu pengundi berdaftar Tenang. Lagipun Pas tiada maklumat bagi mengenalpasti siapa pengundi sebenar dikalangan beribu orang yang bersesak dikawasan Tenang.

11- Antara kelebihan jentera BN ialah mempunyai data lengkap pengundi dan dapat berkempen terus kepada pengundi tanpa membazirkan masa untuk mencari kumpulan sasaran.

12- Kawasan Felda Cempelak yang menjadi kubu kuat UMNO dijangka akan memberi kelebihan undi bagi menjamin kemenangan BN Ahad ini.

Poster fitnah peribadi yang dilakukan jentera Pas terhadap calon BN. Betapa murahnya nilai perjuangan sebuah parti yang kononnya bertopengkan Islam?

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive