Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, January 7, 2011

Ahli Pas bikin panas...

Kedengaran banyak rungutan daripada ramai kalangan teman kami ahli PAS yang semakin mencurigai agenda pemimpin mereka sendiri. Tanggapan pengikut dan ahli, bahawa pemimpin PAS hari ini sudah tersasar jauh daripada nawaitu asal memperjuangkan Islam; dan kini pemimpin PAS dilihat semakin dayus diperlekehkan oleh DAP & PKR demi untuk merebut kuasa persekutuan.

Walaupun dikalangan pemimpin PAS akan cuba menafikan pergolakan dalaman akar umbi yang berlaku dalam parti itu, namun realitinya ahli PAS sudah mula berbalah kepada beberapa pendirian. Kebanyakan mereka sudah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS semasa yang tampak terlalu bersungguh menjaga hati DAP sehingga tergamak mengguris hati ahli parti sendiri. Kecurigaan akar umbi PAS itu mungkin ada asasnya berdasarkan perilaku DAP sejak dulu seperti berikut;

1. DAP pertama kali menyertai pilihan raya umum pada 1969. Ketika pilihan raya tersebut, DAP telah berkempen untuk memansuhkan Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu. Seterusnya, perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur akhirnya telah mencetuskan tragedi 13 Mei 1969.

2. Dalam perarakan Pemuda DAP di sekitar Kampung Baru pada 13 Mei 1969, mereka telah membawa penyapu besar sebagai simbol untuk sapu orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Mereka juga tergamak untuk kencing dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan, memaki hamun, serta menunjukkan pelbagai perlakuan kurang ajar. Melayu dimaki dengan kata-kata, "Melayu Sakai" "Melayu Masuk Hutan" dan "Melayu Balik Kampung lah Makan Jagung."

3. Pada 25 November 1999, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP, telah berjanji akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Kami masih berpegang dengan pendirian menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil."

4. Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP Pusat, pada 25 Oktober 2005 telah bercakap dalam sidang parlimen bahawa laungan azan Subuh mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini. Rentetan itulah Namawee dengan beraninya telah menerbitkan video Negarakuku yang jelas memperlekehkan azan dan Islam.

5. Dalam ucapannya di DAP Melaka State Annual Convention pada Disember 2005, Lim Guan Eng menegaskan bahawa beliau akan mengadaptasikan "3 People's Principles (nationalism, democracy and equality)" yang diterapkan oleh Dr Sun Yat Sen (pengasas Parti Nasionalis Cina Kuomintang). Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa "Overseas Chinese as the Mother of the Revolution". Guan Eng turut membina Memorial Sun Yat Sen di Pulau Pinang dengan berikrar akan melakukan revolusi rakyat cara chauvinisme (assobiah) Cina. Inilah contoh "Khalifar Umar Abdul Aziz" yang dibanggakan PAS.

6. Pada April 2007, DAP telah mempertikai keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk membawa prosiding perceraian isterinya Subashini ke mahkamah syariah bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Johor dan Peter Ooi, aktivis DAP, telah menyelar sistem mahkamah syariah negara ini. Kit Siang juga mempertahankan Subashini dan menuntut satu sistem agama sama rata sama rasa di Malaysia.

7. Pada 12 Mac 2008, Kit Siang telah mengarahkan semua ADUN DAP Perak untuk memboikot perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang pada asalnya telah menolak Adun PAS dilantik sebagai Menteri Besar kerana mahukan Ngeh Koo Ham sebagai Menteri Besar Perak. Namun selepas 'Perjanjian Pangkor 2' diadakan antara DAP, PAS & PKR, maka barulah DAP bersetuju untuk melantik Nizar sebagai MB, itupun dengan beberapa syarat.

8. Pada 19 Nov 2008, Kerajaan PAS Kedah telah meluluskan tapak seluas 162 hektar sebagai ladang babi moden di Bukit Selambau. Sejumlah 46,000 ekor babi dibenar ternak dalam ladang itu, semata-mata untuk memujuk hati seorang wakil DAP yang dilaporkan berhasrat melompat parti. DAP telah mengugut PAS dengan kandang babi sebagai ganjaran.

9. Nga Kor Ming (ahli parlimen DAP Taiping merangkap Timb. Bendahari DAP Pusat) di lobi Parlimen pada 8 Disember 2009 telah mempertikaikan peruntukan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid antara tahun 2000 hingga 2008.

10. Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas adalah anak saudara kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Chin Peng juga menggunakan khidmat peguam yang sama pernah digunakan Ngeh Koo Ham. Ngeh juga adalah ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

11. Dalam sebuah buku bertajuk 'Conversations with Lee Kuan Yew' tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menegaskan akan keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang pemalas serta kurang berkemampuan (ms 53). DAP turut menggunakan hujah ini untuk menindas orang Melayu dan menegaskan bahawa orang Melayu juga adalah kaum pendatang.


12. Lau Weng San, Adun DAP Kampung Tunku telah memegang serta membelek-belek Al-Quran sambil diperhatikan oleh Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara dihadapan ahli-ahli PAS. Adakah DAP ini benar berhasrat hendak masuk Islam atau hanya sekadar ingin mempermainkan agama Islam? Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh) tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?" (QS.Al-Waaqi'ah,56: 77-81)

13. Calvary Convention Centre (CCC) adalah nama sebuah gereja yang kini sedang dibina di Bukit Jalil. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi dalam DUN Teresa Kok. Gereja yang hampir siap ini bakal dinobatkan sebagai gereja terbesar di Asia dan inilah niat sebenar DAP adalah untuk mengembangkan agama Kristian, dan bukannya berpura-pura kononnya mendekati Islam melalui PAS.

14. Pada 1 Ogos 2010, Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St Anne di Bukit Mertajam Pulau Pinang kerana banyak menyalurkan dana kepada gereja tersebut.

Justeru tidak mustahil di PRU13, undi ahli PAS akan lari kepada UMNO seandainya pemimpin PAS hari ini masih leka menjaga hati DAP sehingga meminggirkan perasaan penyokong mereka sendiri.

Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Semua amal manusia diperlihatkan (kepada Allah SWT) pada setiap hari (yang tertentu), maka setiap hambanya yang beriman diampuni (dosanya) kecuali hamba yang diantara dirinya dengan saudaranya ada permusuhan. Maka difirmankan kepada malaikat, "Tinggalkan (tangguhkanlah pengampunan untuk) dua orang ini sehingga keduanya kembali berdamai." - Hadis Riwayat Muslim 4/1988.

10 comments:

  1. bia den yang mulokan komen di sini. den bukan ahli Pas tapi nyokong kepimpinan ulama Pas. apo pun den byk tak setuju dengan ekau Paneh Miang. Tragedi 13 Mei berlaku dah lebih 40 tahun, suasana negara kito maso tu jauh berbeza dgn sekarang. Negaro kito baru merdeka 12 tahun, sistem pendidikan, sosio-ekonomi dan pembangunan masih lemah. Waktu bertatih tu tentulah byk cabarannya. Negeri pantai barat paling banyak menumpahkan darah maso tu tapi sejarah terbukti kat Kelantan tak ado setitis darah chino tumpah- maso pemerintahan Pas. kok ikut lojik perangai melayu umno ( ketuanan melayu) tentu abih chino minoriti kek Kelantan kono kapak siam.

    Umno sbg tunjang parti melayu dalam Perikatan dan BN itu tak ponah terfikir untuk mendakwah kek bukan Islam. Pas pulak sejak dulu terus istiqomah dan mendahulukan agamo dalam berpolitik. Sobab itu Nik Aziz kok lawat kuil Buddha pun sompek berdakwah.. orang kafir tentulah paneh miang bilo kawan dgn Pas termasuk melayu umno.. apo yang tak disobut dan mainkan isu oleh pemimpin umno supaya orang bukan melayu menjauhkan diri dari Pas. Bilo maso berubah, faktor politik atau ado strategi mako DAP dan bukan melayu mulo berkwan dgn Pas. Tentulah mereka atau Pas berpolitik sebab mereka parti politik, masing-masing ado strategi. Pas bukanlah bangang sangat sebab para ulama dan cendikawan ghamai dalam Pas. Masalah bosa ialah pemimpin umno dan jejuak yang angkuh dan ujub dengan kuasa mereka, kok mereka sahut ajakan dan cabaran Pas supaya KEMBALI KEPADA ISLAM, berpolitik cara Islam, jaga akhlak, ubah perlembagaan parti berasaskan 2 pusako yg ditinggalkan Nabi saw.. ingat balik, Nik Aziz ponah cakap iaitu kalau umno ubah perjaungan dan perlembagaan parti berasaskan Islam, nescaya Pas akan bubar parti dan bersama umno!!! kok susah sangat nak masukkan 2 pusako itu dalam kitab umno? kok orang umno tak cayo kot? kafirrr tuu..

    kek situ kito nampak betapo murninya Pas untuk berkawan dgn umno. Pemimpin Pas bukan tuntut jawatan PM.. cumo daulatkan 2 pusako itu dalam parti. Okeylah sobab orang umno jonih cerdik pandai, ambik bonalah jawatan PM tu tapi dgn syarat.. dio mesti taat kek agamo. Ado kok saki baki atau daki-daki umno jonih warak gitu?

    Den optimis, kalau DAP atau PKR cubo berpolitik lain macam atau nak konokan Pas.. Pas tentu boleh bersekutu dgn UMNO tapi mahukah pemimpin umno yang korap dan pengamal maksiat tu merendah diri bersamo Pas? ekau kono baco jugak perangai munafik dan ayat-ayat peringatan Allah tentang perlu dipisahkan hak dengan kebatilan. Orang bukan Islam dari DAP tentulah tak faham Islam tapi yang umno yg ngaku Islam tapi perangai ngalah firaun tu molek bona ko?

    den ghaso sobab itu pemimpin utama Pas poie jumpa Agong dan jumpo Najib.. mesti ado tawar- menawar dan den percayo bona pemimpin Pas istiqomah dalam agamo. Mustahil ko kok Pas dan UMNO bersatu, dasar pemerintahan diperbetulkan berlandaskan Islam, adil dan majlis tertinggi yang menentukan dasar dan pentadbiran negara oleh Majlis Syura Ulama. Inilah maso turunnya berkat dan rahmat Allah, insyaallah. den pun sayang kek bangso den tapi Islam lebih utamo!!

    ReplyDelete
  2. apo sunyi yo posting ni paneh? yolah. kok cerito bab dap ni sapo2 pun setuju yo tak. dalam kepalo org pas pun setuju kedajalan dap ni. tp sobab nafsu nak an koso tu bosa bonar bodobah eh, teringin bonar nak perintah malaysia, mako ahlul pas ni buek diam yolah. kang kok cakap banyak na pas ni kocik lak hati dap. Allah suruh ummat islam bersaudara dan bermaafan mcm hadis yg kau tulih tu. tp org pas lak siap isytihar porang ngan sedaro setauhid dongan umno. apo la punyo turr. dulu nik aziz kato dap syaitan dan rela berkawan dengan syaitan. yg den polik tu dlm quran lak kata syaitan itu musuh kamu (orang beriman) yang nyato. so mano nak dongar cakap alquran ko cakap nik aziz?

    pasal komen atuk ateh ni, den nak koba camni yolah, sojak umno perintah malaysia ni, ko agak atuk berapo banyak org islam terutamo yg di benua afrika dan dunio ke3 dah poluk islam sobab pemerintah kerajaan malaysia ni. tau tak apo usaho dakwah kerajaan kek luar nun temasuk dlm negaro ni. tu yolah den nak koba. kok dok msia yo tak kluar2 mmg tak nampak sumo tu. cumo den raso atuk ni lupo, hidayah itu milik Allah, bukan milik manusio. kok sonang bonar kojo dakwah dan hidayah ni, mako tontu sedaro nabi nabi tedahulu yg menolak ajaran rasul rasul pun tak susah nak beriman pado Allah. tu deh.

    ReplyDelete
  3. Anti Tunda Kes & Anti LiwatJanuary 8, 2011 at 2:00 AM

    kebodohan atuk paling utama. sayang Islam tapi sanggup bersekongkol dgn Musyrikin DAPig...atuk dah nyanyuk ko....kot syg Islam, jgn sampai maruah agamo diketepikan semato2 dek tombolok sendiri...apolah atuk nih...ontah2 atuk pun menghalalkan liwat semacam sedare atuk yg asyik mintak tangguh kes tuh...atuk...atuk...kubur dah kata mari,umah dah kata poie pun masih tak sedar diri...nyanyuk btul...

    ReplyDelete
  4. bangang atuk nih...paneh bagi fakta dijawab dek atuk dengan emosi...osah sebangang-bangang eh manusia user atuk nih...

    ReplyDelete
  5. Kok yo bona cino dikelantan tu baik.. den nak cadangkan.. Pilihanraya akan datang lotak calon PAS yang berbangsaCino.. lopeh tu pakat ramai2, ubah perlembagaan cam selangor nak buek tu.. cumanya.. kalu di selangor sobab KSN.. Kelantan plak hapuskan Undang2 tubuh negeri tu dan lantik orang cino yang 5% kat kelantan tu jadi Montori Bosar...

    Rasanya baru PAS tu parti yang adil...

    ReplyDelete
  6. awak silap plak... bukan KSN.. KSU.. hehehe.. takpo.. janji den ngaku silap.. tak jd ahli PAS pun.. tapi hati totap baik.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Atuk tuo laie bodoh. Sonang ajo kalau nak jawab. Selamo duo puloh tahun perintah Kelantan kenapo hudud tak dilaksanokan. Undang2 assobiyah masih dikekalkan dikelantan. Atok poi mampus laie baik. Cakap pasal ugama. Ugamo dasarpun tak tahu. Ptui ....

    ReplyDelete
  8. atuk belatuk ni den raso samo ja macam atuk kaki lucah kat s,gor tu....namo ja atuk tapi kaki cabul..tapi atuk ni pulak mulut cabul macam kimak....padan muko

    ReplyDelete
  9. atuk ur the best... korang org umno mmg otak lembu bodo nak kiok... hidup pas!!!!!

    ReplyDelete
  10. lamo tak jongok blog paneh nih, masyaallah bukan sodap bebudak mudo lutu den.. tak apo.. yolah apo nak buek..namo eh bebudak, koncing pun terabur lagi. atuk nak colah sikit bab kawan dgn syaitan ni. Nik Aziz kato kalau kok ado syaitan sanggup membantu bermaksud dah paling bangsat sangat hinggo dah tak ado sangat manusia nak perkuatkan Islam, sobab melayu yang ngaku Islampun ngalahkan syaitan. zaman Nabi Sulaiman ado tentera dan pekerja kalangan iblis dan jin. Syaitan tu ado duo bangso iaitu syaitan manusia dan syaitan jin. Cubo ekau baco surah annas.

    okey, bab perlaksanaan hudud di Kelantan. Atuk nasihatkan ekau semuo belajar rajin-rajin maso mudo nih. Cari apo sobab Kelantan tak dapek implemenkan kanun jenayah hudud.. mesti ado sobab.. cubo toko.. sobab apo? laa.. kok bangang sangat ko? meh atuk bagi tau..

    Perdana Menteri maso tu.. Mahataik telah mengeluarkan surat amaran kepada kerajaan kelantan, jika hukum itu dilaksanakan maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan... lopeh itu sapo pulak nak jadi polis yang menguatkuasakan undang-undang. Polis yang ado bawah kerajaan pusat dan pro umno. Hukum itu tergantung hingga kini sebab tekanan pusat.. kok buek jugak, macam-macam akan dilakukan semasa bumi Malaya nih dikawal hakim beruk, polis beruk, menteri beruk.. jadi kelantan ambik pendekatan bijak iaitu tangguh dulu.. kalau ahli umno yang nyokong hudud itu ditolak mako pandai-pandailah kau orang jawab dopan mahkamah Allah kelak.. itulah yang atuk cakapkan yang ahli-ahli umno ni jahil murakkab. Pemimpin Pas cumo bawa isu dan ketengahkan hudud untuk Kelantan yg bermajoriti Islam, tapi apolak umno geli geman dan takut? kok tak cayo Islam ko? kau faham ko hukum hudud tu? siamang bukit.. jangan berprangai mcm boto-boto siamang..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive