Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, January 26, 2011

Bukti PAS Gila KUASA!

Kalau seseorang bekerja keras dan dapat menawan hati ramai wakil cawangan ke Mesyuarat Agong Kawasan, dia hampir pasti akan dilantik sebagai YDP.

Kalau seseorang baik dengan presiden parti, berkawan dengan ramai AJK Pusat sehingga ke Naib Presiden dan pandai pula melobi, pasti dia akan menjadi pesuruhjaya negeri.

Pening juga ni terutamanya kepada ahli PAS Seremban sebab PJ dan YDP TIDAK SEHALUAN DAN BERTELAGAH pula.... Bagi pemimpin peringkat kawasan dan negeri, jawatan jadi perjuangan utama. Pergi mampus sama ukhwah...... Ukhwah hanya untuk ahli biasa sahaja. Mana tahu, untung-untung menang dalam PRU13, Jawatan Menteri Besar dalam genggaman. Cis!

Sesekali derhakalah wahai ahli-ahli PAS Kawasan Seremban secara besar-besaran supaya semua tahu termasuk presiden parti yang pemimpin yang menuntut wala' dari ahli sebenarnya PENGKHIANAT JEMAAH DAN PARTI kerana dialah menjadikan ahli-ahli susah hati, kerana dialah kerja menjadi susah untuk menangkan parti dan mungkin kerana dialah kemenangan di Negeri Sembilan hanya sebuah mimpi!...

Sejak berkawan dengan DAP serta Al-Juburi (bak kata Mat Sabu), Pas dah mula mabuk akan kuasa, pangkat & ringgit. Sekarang pun mereka sudah pandai rasuah dan melobi untuk membeli sokongan ahli demi jawatan. Itulah akibatnya berkawan dengan syaitan DAP. Hell Ya Pasberg! Luahan hati ahlul Pas selanjutnya di sini.

10 comments:

  1. siapa yang gila kuasa?
    Dah perintah lebih 50tahun, Menyalahgunakan kuasa untuk menguasai media,Polis,SPR,SPRM,Mahkamah supaya dapat mempertahankan KUASA..

    ReplyDelete
  2. wahai mr gila kuasa, bacalah artikel http://paneh.blogspot.com/2011/01/strategi-jahanamkan-bn.html. baru kau boleh komen pasal gila kuasa. nak berhujah kena ada substain. yg kau komen tu hanya tuduhan dan fitnah. dalam trend hari ini ramai kakitangan awam menyokong pembangkang, logik ka nak dituduh bn salahguna kuasa memperalatkan institusi kerajaan? maka kata-kata kau semuanya fitnah.

    ReplyDelete
  3. Kalau kutuk BN semuanya fitnah.Kakitangan bawahan mestilah menyokong pembangkang sebab tak tahan kos sara hidup tinggi. Yang dipegang oleh BN mestilah ketua-ketuanya yang boleh perintah orang bawahan. Apa bangang sangat pemikiran kau mat pilah

    ReplyDelete
  4. anak antu, bukan semua org kita boleh kawal ikut cakap kita. soalan yang sama, logik ke bn boleh kontrol semua ketua2 jabatan kerajaan yang ramai org kelantan dan bila balik kelantan menghasut keluarga sendiri menyokong pas? lenkali hujah tu biarlah bernas. mana mgkn semua org boleh dikawal ikut kehendak kita.

    ReplyDelete
  5. Orang Pilah senang diperbodohkan oleh Umno, Kau tengok tempat Melayu-melayu intelek, seperti Shah Alam, Bangi, negeri termaju Selangor, rakyat semuanya menolak Umno/Bn sebab mereka pandai menilai

    ReplyDelete
  6. orang melayu intelek di kawasan termaju tolak bn? pasti ke dik? bila ekau buat kerja lapangan dan soal selidik utk sokong hujah kau tu. hehehe. setakat cakap boleh ler. yang pasti gol profesional pas ramai yg dah beralih arah pabila pas bersekongkol dgn dap demi kuasa. ahli2 pas sendiri yang kata, bukannya aku.

    ReplyDelete
  7. Orang Pilah, yang penting Ketua-ketua atau Pengarah2 yang boleh menipulasikan setiap polisi atas arahan atas (orang politik) tak dengar cakap kau kena cantas atau tak boleh naik pangkat..
    Tak logik ke?
    Nak pegang jawatan atas mesti 100% sokong umno. kalau tidak jangan mimpi beb..

    ReplyDelete
  8. Wow, asal sokong pembangkang maknanya pandai atau intelek. Mana punya hipotesis "gila kuasa" ni pakai.

    "Gila kuasa", bila kita bekerja dengan kerajaan tidak kira kerajaan mana sekalipun, kita sebagai kakitangan kerajaan wajib melaksanakan arahan2 yang telah ditetapkan. Nak "menipulasi" buat apa. Mungkin "gila kuasa" yang buat sebegitu kot. Tidak amanah namanya tu.

    akuanipr.

    ReplyDelete
  9. bodoh punyer akuaniprJanuary 27, 2011 at 3:01 PM

    Umno/BN amanah ke?
    Apa jadi kes PKFZ? kalau melibatkan pembangkang tak sampai 1 hari dah selesai, siasat sampai mati...

    Apa jadi dengan kes kapalselam?
    Kes MAS tajudin Ramli?
    Kes Mohd Taib,ketua menteri sarawak yang mempunyai harta berbilion.
    Dah berbuih-buih buat repot kat SPRM..
    Ada hasil ke?

    ReplyDelete
  10. Akuanipr duduk dalam gua tempurung lagi baguslah.
    Analatikal sikit lah.
    Pengundi bijak adalah orang yang berpelajaran dan jujur. Itu pasal umno/bn tak boleh makan dinegeri-negeri maju seperti Selangor, Penang.
    Kalau main kotor macam kat perak boleh lah rampas..
    Insyallah Allah melihat dan mendengar.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive