Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, May 19, 2011

DAP: Dulu kasihan kini sayang...

1. Dahulu DAP selalu kalah dalam pilihanraya.

2. Disebabkan DAP sering saja kalah, maka komuniti Cina yang menyokong MCA dan GERAKAN menjadi kasihan.

3. Kerana kasihan, setiap kali DAP anjurkan majlis makan malam, majlis keagamaan, majlis berkaitan pendidikan anak-anak Cina etc. maka komuniti Cina yang kuat menyokong kerajaan akan menghulurkan bantuan, memberi derma dan sebagainya kepada DAP.

4. Puluhan tahun berlalu. Anak-anak Cina DAP yang dahulunya diberi bantuan dan sokongan oleh komuniti Cina penyokong kerajaan, kini telah membesar di hadapan mata mereka.

5. Perasaan kasihan dahulunya kini telah berubah menjadi sayang. Kasih sayang terhadap DAP menjadi semakin kuat dan utuh dengan peredaran masa. Keteguhan kasih sayang antara komuniti Cina kepada DAP semakin sukar dilerai dan dipecahkan.

6. Ditambah pula dengan sikap pemimpin MCA dan GERAKAN yang berubah menjadi elitis serta sukar didekati, telah menyebabkan komuniti Cina semakin jauh daripada kerajaan dan semakin dekat dengan DAP.

7. Komuniti Cina beranggapan wakil rakyat perlu menjadi hamba kepada rakyat. Sebaliknya pimpinan MCA dan GERAKAN mahukan komuniti Cina melayan mereka sepertimana ahli UMNO melayan pemimpin UMNO.

8. Inilah permasalahan yang membelenggu MCA dan GERAKAN akhir-akhir ini. Mereka enggan menjadi 'hamba' kepada komuniti Cina.

9. Rentetan itulah komuniti Cina beralih sokongan kepada DAP. Sokongan itu dipadukan lagi dengan kasih sayang yang telah dipupuk dan dibajai sekian lama antara warga tua komuniti Cina dengan golongan muda DAP. Lihat sahaja bagaimana DAP memanfaatkan calon muda yang disayangi komuniti Cina ini dalam pilihanraya.

10. Barisan Nasional terutamanya MCA dan GERAKAN perlu mencari formula segera untuk memecahkan bonding antara komuniti Cina dan DAP sebelum PRU-13. Komuniti Cina perlu dikejutkan daripada 'mimpi indah' dan disedarkan kepada hakikat akan bahayanya andai mereka tiada wakil dalam kerajaan selepas PRU-13.

11. Kaum Cina masih kuat dengan tradisi menghormati serta mendengar kata orang yang lebih tua dalam keluarga. Jika MCA dan GERAKAN perlu kembali menjadi 'hamba' serta sanggup berbincang empat mata dengan golongan tua dalam komuniti Cina, make that happen as soon as possible.

12. Kerana perang juga boleh dimenangi melalui rundingan...

2 comments:

  1. SALAM. SAUDARA,SAYA SUNGGUH TERTARIK DENGAN HUJAH DAN HURAIAN SAUDARA YANG BERSAHAJA DAN MEYAKINKAN.

    SAYA TELAH LINKKAN BLOG SAUDARA DALAM BLOG SAYA DAN JUGA MENJADI FOLLOWER SAUDARA.

    UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DI ALAM MAYA INI, SAYA MOHON SAUDARA LINKKAN BLOG SAYA PADA BLOG SAUDARA.

    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  2. Salam anak sufi,

    Blog anda telah dipautkan.
    Terima kasih atas kunjungan. Moga jalinan ini akan berkekalan.

    ReplyDelete

Blog Archive