Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, May 26, 2011

Lawak Guan Eng pulak...

1. Bila Guan Eng kata negeri yang ditadbir pembangkang jangan bubar DUN jika PRU diadakan pada tahun ini, Zambry Abdul Kadir memberi reaksi segera mengatakan puak pembangkang tiada keyakinan menghadapi PRU-13.

2. Saranan Guan Eng ini sudah kedengaran beberapa kali daripada pemimpin pembangkang lain sebelum ini. Malah Pas juga pernah menyuarakan hasrat yang sama dulu. Ini reaksi biasa bagi orang yang sedang seronok di tampuk kuasa. Spesis pemimpin sebegini selagi boleh mahu pegang kuasa selama mungkin. Lagipun belum sempat songlap semua lagi maa...

3. Namun jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih enggan membubarkan DUN walaupun kerajaan persekutuan sudah membubarkan parlimen, diikuti dewan undangan negeri BN; maka masih terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna bagi memastikan negeri komplot pembangkang turut membubarkan DUN.

4. Mungkin Guan Eng terlupa dia mentadbir negeri yang bidang kuasanya adalah di bawah YDP Agong melalui wakilnya Yang Dipertua Negeri. Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDP Agong untuk memberhenti atau membubarkan parlimen mengikut budi bicaranya. Maka, YDP Agong juga berkuasa untuk mengarahkan Yang Dipertua Negeri yang mewakilinya di negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang untuk membubarkan DUN.

5. Kebanyakan Undang-Undang Tubuh Negeri turut memberi kuasa kepada Raja-Raja Melayu dalam perihal 'mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri' yang perlu setara dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

6. Walaupun tindakan Raja Melayu tertakluk atas nasihat, namun kuasa membubarkan Parlimen mahupun DUN masih lagi di bawah budi bicara Raja-Raja Melayu.

7. Akan tetapi, jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih berkeras tidak mahu membubarkan DUN, maka satu lagi kaedah boleh digunakan iaitu dengan mengisytiharkan darurat (Perkara 150) di negeri yang enggan membubarkan DUN.

8. Apabila darurat dikuatkuasakan di sesebuah negeri, maka pentadbiran negeri tersebut akan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, dan kerajaan pusat berhak untuk membubarkan DUN atas budi bicaranya. Namun, jika kaedah ini diguna pakai, pasti ia akan menyebabkan populariti kerajaan persekutuan merudum, selain menimbulkan kemarahan komplot pembangkang. Jadi agak mustahil Najib akan mengisytiharkan darurat kerana tindakan itu berbeza dengan karektor lembut hatinya.


9. Walaubagaimanapun, Pok Nik kelihatannya lebih rasional berbanding Guan Eng melalui kenyataan bahawa beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan komplot pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.

10. Ini mungkin disebabkan Pok Nik telah mendapat pengajaran sebelum ini apabila beliau juga pernah menyatakan hasrat kepada SPR untuk tidak membubarkan DUN. SPR ketika itu telah membenarkan kerajaan Kelantan untuk tidak membubarkan DUN, tetapi dengan amaran seandainya kerajaan Kelantan masih enggan mengadakan pilihanraya DUN serentak seluruh negara, maka segala perbelanjaan dan kos pilihanraya DUN Kelantan selepas itu perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan lagi menggunakan peruntukan persekutuan melalui SPR. Rentetan itulah Pok Nik 'terpaksa' membatalkan hasratnya.

11. Kepada Guan Eng, belajarlah dengan Menteri Besar yang lebih senior seperti Pok Nik yang banyak pengalaman dalam selok belok pilihanraya.

12. Setelah segala macam fitnah, tuduhan, cacian, celaan, maki hamun etc. dihambur komplot pembangkang kepada BN selama ini, tiba-tiba takut pulak nak bubar DUN untuk bertempur di PRU-13?

13. Kemon la brader...kemon! Takkan nak ubah nama "Pakatan Chicken" kot!

5 comments:

  1. budak sekolah dulu cakap lawak jenis ni "joke babi" atau lawak bodoh.

    ReplyDelete
  2. Pandangan yang juga lawak dari blog ini. Pandangan bodoh.

    ReplyDelete
  3. so pandangan yang macamana yang dikatakan tidak lawak dan tidak bodoh jais? cer cite pandangan hang pulak. setakat cakap macam hang tu semua orang pun bulih.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Menarik betul gambar teresa kok yang tak puas hati dengan tulisan jawi. Mungkin dia lupa yang Islam adalah agama rasmi Negara dan tulisan rasmi Islam adalah tulisan jawi.Pasal tu tulisan jawi boleh di guna pakai.Bahkan sebelum kedatangan penjajah tulisan jawilah tulisan rasmi negeri2 dan Raja2 Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik dengan ulasan tuan yang baik, ada fakta, ada ilmu, ada info.

    Hari ini kemenangan politik bukan lagi berdasarkan rasional,logik dan benar tetapi lebih kepada 'cerita' yang diputarbelit dan dicanai, dieksploit hingga menjadi 'persepsi' yang halus dan mudah meresap dalam pemikiran. Semua ini hasil dari otak putar alam, strategi dan perancangan yang baik..

    Yang cerdik tentu tidak membenarkan yang mungkar dan palsu menjadi benar tetapi kerajaan dilihat sangat lemah dalam strategi dan perancangan yang baik dan berkesan.

    PDRM begitu 'down' dalam isu semasa apalagi untuk menghadapai pelbagai isu dan ancaman rekaan pelbagai nanti.

    Pihak keselamatan, bahagian risikan didapati kurang bermaklumat dan kurang jangkaan risikan dalam isu keselamatan sehinggakan blogger kekadang mendahului berita dari pihak keselamatan yang masih terpinga pinga.

    ReplyDelete

Blog Archive