Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 10, 2009

Pukulan MELOR di N31

Pak Sedaro nak posan kepada teman, sahabat, rakan, kawan dan lawan bahawa N31 ialah medan manifestasi yang bakal mencipta SEJARAH tersendiri. Awal pagi esok jam 0800 hingga tutup waktu pengundian kepada mereka yang layak dan berhak membuang UNDI, tunaikanlah amanah kalian. Sama ada pangkah Biru atau Hijau, bukan ukuran. Sama ada pangkah kedua-dua ruang kotak dalam kertas UNDI, juga bukan bahan bualan. Berfikir dan bermunajatlah, bertawassullah kalian, beristiharahlah kalian. Berhajat dan mohonlah ketenangan agar ALLAH beri hidayah dan petunjukyang izhar sifatnya kepada kalian yang MUSLIM.

Kepada saudara-saudari belum lagi MUSLIM, berdoa dan tenangkan hati, fikiran dengan pendekatan dan kaedah masing-masing. Jika perlu bermesyuarat, buatlah keputusan MUZAKARAH yang logik, realistik, praktikal dan benar.

Pak Sedaro tidak ambil pusing siapa PILIHAN hati saudara-saudari. Tapi Pak Sedaro ambil peduli SIAPA pilihan fikiran, ilmu dan penghayatan amal saudara-saudari? Siapakah di antara kalian yang berfikir untuk menyelesai polemik, berantakan dan konflik sosial dan sosio-ekonomi kaum, keturunan dan bangsanya? Siapakah di antara kalian berfikir untuk menyelesai urusan Agama dan Negaranya? Siapakah di antara kalian yang akan TERUS menjadi pencacai jalanan, pendusta umat, dan pencipta seteru halaqah manusia majmuk yang secara SUKA RELA, PAKSA RELA, RELA HATI menerima Negara ini berasas Perlembagaan Persekutuan 1957. Negara ini yang punya sifat dan watak ibubapa Negara tersendiri. Negara ini yang Benteng Pusaka Terakhirnya Seri Paduka Baginda Raja Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Pukulan MELOR telah dizahirkan di Vietnam dan Filipina. Gendang 7.1 skala richter melanda Padang. Gelombang dari perintah Langit ini merupakan AMARAN kepada kita umat Malaysia untuk bangun dari tidur lena, bangkit dari duka nestapa, mengurus tamadun keluarga, kerabat, kampung, wilayah, negeri dan negara dengan ADAB, SOPAN DAN PENUH HIKMAH. Inilah amaran yang dijanjikan sejak Azali lagi. Amaran yang dimaklumkan sejak ribuan tahun sebelum 1430H lagi.

Pak Sedaro mohon berpesan kepada UMNO dan Barisan Nasional, berpesan kepada PAS dan sekutu PAS agar akhir N31 ialah Siapa sebenarnya KITA? Untuk Siapa Kita? Untuk Apa Kita? Ke mana HALUAN kita? Sampai BILA kita?

Moga MELOR terus mekar di TAMAN. Moga MELOR terus segar dalam ikatan. Moga MELOR tidak menjadi IGAUAN dan BAHAN PENCICAH darah merah Rakyat Raja.

Salam Kamat.

10 comments:

  1. Aku setuju dengan Paneh Miang, UMNO akan menerima PUKULAN hebat dari PAS. Berdasar keputusan tidak rasmi undi pos, walaupun berpihak kepada UMNO tapi tidak menyakinkan UMNO untuk mengekalkan kerusi di Bagan Pinang. UMNO dijangka kalah teruk.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,
    Betul tu Tok Mudim. Kita lihat siapa yang kena... Yang pasti Salahudin Ayub dah tertipu dengan lakonan taraf pemenang Oscar Amerika pasal pekerja seks(opsss sorri), pekerja parti sendiri yang kononnya kena libas dengan pedang samurai sampai tak berani nak pergi balai polis buat statement...

    ReplyDelete
  3. Satu pengajaran;lain kali sesiapa yang ada nama sikit dalam bahagian...kalau nak jadi calon buatlah Permohonan macam Isa.

    Suruh pengikut buat kain rentang yang panjang-panjang..banyak-banyak..tambah handbil lagi..

    Itulah tanda awal UMNO di penghujung jalan. Bila hayat dihujung jalan ..semuanya ngeriii..

    Si Penakut ni tengok batang pisang pun kata hantu..

    ~UNDI PROTES TIDAK SEMESTINYA KENA PANGKAH PAS!! tak payah pangkah, biar undi rosak melebihi undi pas. Itulah tandanya pengundi UMNO protes.

    Pas pun kalau menang tak boleh berlagak sangat..mereka menang kerana pengundi tak mahu perasuah bukan nakkan pas.

    Signifikannya pemimpin UMNO peroleh pengalaman baru. Demonstrasi senyap oleh Melayu yang berakal di N31 boleh menyelamatkan UMNO dengan harapan UMNO diremajakan semula untuk beribu tahun lagi.

    Pahit untuk kita tetapi ubat mujarab untuk UMNO dan orang Melayu.

    ReplyDelete
  4. tukang gunting air mawangOctober 10, 2009 at 5:19 PM

    paneh yg bongok x habih2...orang lain masuk ponoh kau pulak masuk suku..suku x po yo lai..tigo suku kau masuk..ayoo..yo lah berhikmah, hemah, adap sopan..apo lai..banyak kau punyo adab..umno soghomban botumbok tu beradab namo ee..? nak pilih undang pun bobalah..berhemah..? mat hassan lotak kiri kanan kroni ee.apo lak namo ee? beradab lah tu? KJ berkempen cam boghok kek mano haghi tu..bertatasusila ko namo ee..sudahlah bongok..kau paham apo? mengampu yo..sampah hujah kau ni...makno ee nak merasuah biar dgn cara berhemah? cam tu? nak merasuah dgn cagho beradab? cam tu? bongok ni.. Bala mano? bala? mano si Rosmah dah sorokkan? kek india ko kek senaling? mano rosmah hilang maso malam altantuya kono kill? buleh kau jawab..jgn lah asyik nak membodek yoo..mengampu cam jantan pakai lipstik..mano kj rembat duit duit saham ecm libra..?jawablah dgn fakta dan sejarah..isa samad tu ado akhlak ko? ado ko? Umno bn ni ado maruah ko? ado akhlak ko? ciiitt podah...bongok masuk PR lah...jgn membodek..yo..bodoh bona nampak ee

    ReplyDelete
  5. Saudara Bistari Tukang Gunting Air Mawang...

    Sedaro ni tak cukup semak dan semah, dalam kupasan penggulungan hujah Saudara yang Cerdik Pintar.

    Sedaro ni jugo tak baco kitab dan bait kato-kato dan bahasa yang telah dibahas dan dihujah dengan panjang LEBAR oleh Jemaah Jabatan Peguam dan Jabatan Kehakiman Negara.

    Sedaro juga makin lupo, bahawa yang sedaro baco dan telah itu ialah CERMIN MUKA solekan harian sedaro.

    Sedaro Tukang Gunting Air Mawang dan suku-sakat yang bersaudara politik dengan sedaro, yang bercinta dalam alam ideologi kiriman Yahudi bersama saudara...

    Pak Sedaro nak julang dan pulang balik, pelbagai jawapan kepada saudara penuh ILMU di DADA.

    Sesungguhnya, Air Mawang itu bernafas dalam kandang UMNO sejak 63 tahun lalu. Saudara, Air Mawang itu lokalitinya Parlimen Kuala Pilah, tempayan air Tukang Gunting Air Mawang semakin memecah belah rongga fikiran saudara yang HEBAT.

    Persoalan dan soalan yang diungkit, bukan ukuran perbandingan hujah, Sedaro. Itu semua SENJATA CIPTAAN oleh kelompok yang bukan UMNO, bukan PAS.

    Tukang Gunting Air Mawang...lu pikirla sendiri...duduk hadap ke Kebun Dragon Fruit di baruh tu...

    Selamat Menggunting...

    ReplyDelete
  6. Den setuju bonar dgn tukang gunting..air mawang kek bolah mano? sobolah kodai hp tu ko? boto jugak terfikir jugak den..merasuahlah kito dgn cagho yang berhemah..bagus boto slogan tuh..kono boto dgn umno bn ni..merasuah x salah asalkan berhemah..fuh..gempaq slogan tu..mengampu x salah asal yg diampu tu umno! botolah tu..paneh ni dah semakin paneh..makin bongokk..umno ni parti sifar moral..dari dulu sampai sekarang rasuah yo..bacolah artikel zam bekas menteri rtm dlm utusan baghu2 ni..kes balak kek pahang.MB pahang lotak jawatan pasal kono tokan kek kawan2 yg ado syer dlm hal balak. bilo arwah mb tu nak buek tender terbuka, bukan yb je melolong, istana pun melaung..nampak x..dalam umno bilo kau nak telus mampuih..x dapek do..jadi apo lai..merasuahlah kito..agamo? dalam umno retorik jo..tu yg paneh bongok suko..parti sekular ni..dlm politik no agamo..luar politik boleh agamo...bodoh umno ni..

    ReplyDelete
  7. Tukang Gunting Air Mawang dan Suku 3 Suku...

    Sayo setuju bona lah dgn hujah sedaro..sayo dah lamo hontam Paneh ni dah sedaro...hujah sedaro2 tu hampir samo ngan cakap sayo kek dio...tapi Paneh ni dio tak dongar pun cakap kito...yo lah dio yo yang serba serbinya boto macam malaikat tapi RASUAH dan PERASUAH dio sanjung tinggi mongalahkan wali pulak...!!!

    Sobona eh sedaro...UMNO ni ego, sombong dan dio tak sodar2 lagi, dalam media dio yo nak kempen (TV, Akhbar) tapi dio tak sodar hakikat eh, bhw sokongan terhdp UMNO makin lamo makin jauh dan sedikit...UMNO ni temeng sedaro...

    Apo yg dibuek oleh ISA maso jadi MB NS 22 tahun....NS bolah utara dan barat majulah, tapi bolah timur macam PILAH, BAHAU, SERTING, JEMPOL, SENALING, JOHOL, BATU KIKIR, FELDA2 sumo eh tak maju!!!...ekau tengok lah sendiri!!! cam tu ko nak pilih lagi!!!

    dan akhlak UMNO ni ikut nafsu yo!!! selagi nafsu dio tak pueh, selagi itu lah dio tibai!!! tak kiro halal ko, haram ko, semua balun!!! itu lah UMNO perosak dan parasit ummat melayu!!!

    Biar taufan MELOR meranap kan UMNO ibarat padang jarak padang terkukur esok pagi....insyallh...

    ReplyDelete
  8. yo bru'. dah2 la sendiri komen, pastu sendiri reply utk sokong komen tu. buat la taktik lain plak. dah lapuk benar cara tu. dasar hempuk bata.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. klik2 UMNO dah paneh!!! tak do sapo yg bangang nak tulih dan reply doh jang!!!!

    ini makno eh, blog paneh ni makin paneh...ekau tau lah kan!!! semua blog UMNO sudah ditibai semacam jer!!! tak kisah la kan!!! kan kita demokrasi, dan tak semesti eh, cakap UMNO jer nak dongar kan!!! dan tak semestinya UMNO buleh membangangkan org setiap masa!!!! ada faham ka!!!

    ReplyDelete
  10. Blog Umno tak ponah pulak rejek komen pembangkang. tapi kalau ekau berani komen kutuk blog pembangkang, sampai kiamat la tak nampak komen ekau tu.

    tak cayo? poie la buek. laie nak cerito demokrasi. ptuih!

    ReplyDelete

Blog Archive