Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 4, 2011

FREE EDUCATION: Melayu nor Cina

Tuan Paneh Miang,

Walaupun posting ni dah lama, tapi menarik perhatian saya. Kadang-kadang saya tertanya kenapa kita umat Islam dan Melayu ni mundur dalam segala bidang. Dan (kini) barulah saya faham dan dapat jawapannya.

Jawapannya ialah SIKAP kita terhadap ILMU. Kita tengok orang Cina, diorang tak berkira pun nak keluar duit beribu-ribu untuk pendidikan anak-anak diorang. PIBG mintak, bagi. Cikgu mintak, bagi. Guru Besar mintak, bagi. Pendek kata asal program sekolah je, bagi. Padahal inilah yg sepatutnya orang Islam dan Melayu kita buat. Kan Allah dah firman dalam Al Quran bahawa menuntut ilmu wajib bagi setiap anak Adam? Jadi bila dah perkara wajib, maka wajarlah bagi kita mengadakan (pelajaran) dan bila kita keluar wang sendiri dan redha, barulah datang keberkatan pada ilmu.

Malangnya orang Islam Melayu ni dok mengharap kerajaan je sedia sekolah, cikgu, kerusi/meja, buku teks, makanan tambahan pun ada?! Jadi yang mak bapak ni kluar (belanja) apa? Suruh bayar yuran sekolah yang tak sampai RM100 setahun tu pun nak bising? Suruh kerajaan jugak (yang) bagi peruntukan? (Jadi) no wonder la takde berakah dalam ilmu.


Zaman nabi dulu takde pun wujud institusi sekolah. Semua orang Islam cari guru masing-masing, bayar diorang dan tuntut ilmu. Bahkan banyak ulama yang mengembara beratus/beribu kilometer ke Baghdad sama ada berjalan kaki (atau) naik unta guna duit sendiri (dulu Baghdad pusat ilmu), contohnya untuk tuntut ilmu. Sebab itulah ramai ulama-ulama yang dihormati macam Imam Ghazali dan Imam Bukhairi sebagai contoh. Ataupun ilmuwan Islam dalam perubatan macam Al Razi (atau) Khawarizmi dalam bidang matematik. Sebab apa diorang berjaya? Sebab diorang ada SIKAP yang positif terhadap ILMU masing-masing.

Zaman ni kerajaan bagi semua tetapi rakyat naik lemak (terutama Melayu Islam). Kalau boleh nak jadikan sekolah tu nursery asuh anak diorang. Tak puas hati maki/saman cikgu, ungkit balik duit yuran (yang) tak seberapa diorang bayar. Mak bapak balik rumah lepas kerja tahu main dan buat anak saja. Kadang-kadang saya rasa mak bapak ingat bagi pendidikan pada anak ni satu beban (dan) bukan(nya) tanggungjawab indah yang perlu dilaksana(kan). Itu pasal anak-anak sekarang perangai macam setan tak mahu dengar cakap cikgu sebab mak bapak sendiri dah (tak) ikhlas keluarkan duit untuk bagi ilmu pada anak-anak. Bila kita buat benda (tak) ikhlas dah tentu hasilnya Allah bagi sia-sia.

Anyway saya sangat sokong Paneh Miang punya langkah tu. Tapi yang lagi penting, brainwash la balik pemikiran manja rakyat sekarang ni, terutama(nya) orang Melayu Islam kita pada aspek pendidikan. Tak usah la lagi layan benda-benda macam FREE EDUCATION, sebab ini semua agenda kapitalis barat supaya manusia ni jadi robot (yang hanya tahu) kerja saja dan bukan(nya menjadi seperti) ilmuwan agong macam yang pernah tamadun Islam nikmati suatu ketika dulu. Saya harap Paneh Miang dapat jadikan post saya ni satu tajuk.

~Jentayu~

Edited from here.

7 comments:

  1. bai,kita ni belum dibangkitkan lagi..masih ditidurkan.
    tunggulah sedikit lagi masanya..
    bila dah bangkit nanti barulah tau.
    urusan tuhan apa yang ada dilangit dan di bumi..kehendak dia tiada siapa yang boleh pertikai!
    kejap lagi,tak lama lagi dah.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya tulisan ni tak cukup masak, nak bincang soal subsidi dlm pelajaran untuk anak melayu kena juga sentuh soal kedudukan ekonominya. Sekolah cina selalu dapat bantuan dari peniaga2 cina yg kaya, pas tu kerajaan pun dok taboq duit kat sekolah cina nak tagih undi. Sekolah melayu mak bapak kerja apa, berapa kerat yg bisness duit banyak. Kebanyakan masih tak dak duit nak bantu sekolah. Penulis tu dah berapa sen donate kat PIBG sekolah?

    ReplyDelete
  3. Hendak seribu daya . Tak hendak seribu dalih. Macam mana ekonomi nak baik kalau asyik harap bantuan kerajaan. Orang Indon, Nepal, Bangla, Vietnam dan macam-macam orang datang kat Tanah Melayu kamu ni untuk mengukuhkan ekonomi mereka. Mereka gadai nyawa dan wanguntuk kesini. Tapi orang Melayu malas, tak nak kerja tapi nak duit. Kita orang cina memang utamakan pelajaran. Hanya ilmu yang dapat mengubah nasib kamu. Kalau nak salahkan kerajaan juga suka hati la. Kalu susah sangat kasi kami saja yang tadbir negara ni. Nanti kamu orang Melayu duduk rumah saja. Kita kasi makan free macam budak duduk asrama. Ikut saja apa kami cakap sebab kamu memang MALAyS.....

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya Malaysia cukup kaya nak bagi pelajaran dan biasiswa percuma kepada semua rakyat pun kalau agihan dibuat untuk yang betul-betul tak mampu dan daif.

    Yang bergaji beribu-ribu, duduk bangalow, CEO, Menteri, Pengarah, Exekutif semua pun nak free. Yang kerja kat GLC semua dibolok oleh anak-anak kakitangan tak kira pangkat dan gaji berapa banyak.

    Selepas lapisan tu le, baru cari yang betul-betul miskin itupun kalau diperkenalkan oleh ahli-ahli parti politik.

    Mana nak cukup? Tak percaya? Mengapa setiap tahun tak berani tunjuk senarai penerima-penerima?

    ReplyDelete
  5. jentayu

    Aku rasa tak salah walau dari segi hukum pun apabila kerajaan bagi pelajaran percuma kalau kerajaan mampu. Itu mungkin balas jasa atau sumbangan kerajaankepada rakyat

    Yang salah ialah, apabila dah dibantu, digigit balik tangan yang membantu

    Yang salah adalah apabila kita tidak tahu bersyukur

    ReplyDelete
  6. Acong,

    Soal bangsa Melayu ini bukan soal setempat malah ia melangkaui sempadan. Kalau dilihat dari sudut ekonominya, bangsa kita memang ketinbggalan. Bagi Indonesia yang majoriti bangsanya melayu tak kiralah ia Sunda, Jawa Bugis , Batak dll, juga mempunyai masalah yang sama.

    Kalau dari segi Malas, saya rasa semua bangsa didunia punya tabiat yang sama. China malas dinegaranya sendiri, India malas dinegaranya sendiri, begitu juga dibarat, sifat pemalas juga wujud dikalangan rakyatnya.

    Kaum yang rajin adalah kaum yang mendatang, kaum yang terdesak, tak kira apa kaumnya dan dinegara mana dia berada demi survival . Kaum melayu kalau mereka berhijrah kenegara lain , pasti jadi kaum yang berjaya, begitu juga kaum kaum lain. Kalau mereka malas mereka tahu mereka akan merempat dinegara orang.

    Tidakkah sebahagian kampung kampung diMalaysia juga telah diterokai oleh kaum yang mendatang. Mereka rajin sehingga mampu membina parit dan terusan hanya dengan menggunakan tulang empat kerat, Jadi soal rajin atau malas ini adalah masalah sejagat.

    ReplyDelete
  7. tuan paneh miang,
    terima kasih krn siarkan posting sy ni.

    anon 4.55
    knp anda persoal brp sen sy donate pd PIBG? apa yg x cukup masaknya? org cina pun asalnya yg datang bukan kaya raya. generasi pertama yg dtg sini kebanyakan adalah orang gelandangan. tiada kena mengena dgn soal ekonomi cuma anda x faham apa yg sy sampaikan. sy persoalkan SIKAP orang melayu islam terhadap ILMU. kalau kita hantar anak tuntut ILMU, ikhlaslah sikit keluar duit. ini hujung tahun je mengeluh anak nak sekolah duit xde kjaan patut bagi itu, ini bla2... keluar duit beli set perabot, kereta baru, kabinet dapur, besar rumah ada plak duit. kalau x mampu bg rm1000, bg la rm 10 atau 1. yg penting ikhlas.

    anon 11.15,
    ye sy tahu mmg mampu. but u're missing the whole point. cuba keluarkan minda anda dr ty apa negara boleh bg pd anda instead ty apa anda boleh bg pd negara. sy cuma mahu kita, orang melayu kembali pd islam. pd zaman kegemilangan tamadun islam. apa yg menyebabkan tamadunnya gemilang. kalau anda rajin baca sejarah tamadun andalusia, uthmaniyyah, abbasiyah atau fatimiyyah (tamadun2 islam)dulukala pasti anda nampak mcm mana tokoh2 ilmuwan islam lahir dan persamaan mereka adalah SIKAP mereka pd ILMU. betul mmg kerajaan2 yg sy sebut di atas pun ada buat sekolah, universiti, perpustakaan, buku percuma tp itu cuma pd fizikal shj. yuran2 pengajian tetap ada. maka persoalan kamu perlu jawab ialah knp persoalkan brp banyak duit yg kamu keluarkan untuk sekolahkan anak2 kamu sedangkan Allah swt telah berfirman bhw sesungguhnya orang yg berilmu itu diangkat darjatnya (yg pastinya x dpt dinilai dgn wang ringgit) berbanding mereka yg x berilmu?

    jentayu

    ReplyDelete

Blog Archive