Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, July 6, 2011

Mana yang lebih baik...

Suatu ketika, seorang pemuda tampan dengan ekor serbannya terjuntai di bahu, berdiri di tengah sebuah kota, sambil mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh, agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang disekitarnya. Dengan sedikit riak pemuda tampan itu berkata, "Hati beginilah yang pasti akan mencium bau syurga."

Tersebar bicara telah mewujudkan kekaguman kepada orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu kelihatan tiada cacat celanya. Tiada carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda. Pemuda berserban itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin bingit mewarkan betapa indahnya sekeping hati yang miliknya.

Tiba-tiba, di tengah keriuhan pujian, muncul seorang tua dengan songkok hitam senget ke kanan. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan berserban. Lagak si tua seolah mahu berbicara sesuatu.

"Wahai anak muda, mengapa ku lihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?", ujar si tua dalam nada yang agak lemah tetapi penuh keyakinan.

Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni si tua. Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hati si tua, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaan hati si tua bertampal-tampal. Ada potongan hati yang telah tiada dan potongan lain kelihatan disumbat ke dalamnya; menjadikan 'rupa' hati si tua kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut hati yang lain pula terdapat beberapa tanda patah. Bahkan di beberapa tempat hati tersebut, terdapat lubang yang sangat dalam hingga kelihatan seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihatkan itu, orang ramai saling berpandangan dan tertanya-tanya. "Bagaimana pula si tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?", fikir mereka.

Sementelah, si pemuda berserban kedengaran tertawa sinis. "Tentu engkau bergurau, wahai orang tua?", katanya. "Jika hendak dibandingkan hatimu dengan hatiku, jelaslah hati yang aku ada ini adalah sangat sempurna. Sedangkan hati kepunyaanmu itu tampak hodoh dengan bekas luka dan air mata," sambungnya lagi.

"Ya, benar!", tukas si tua dengan penuh kesabaran. "Hati kepunyaanmu memang sempurna. Namun aku tidak akan sesekali menukar hatiku dengan hatimu. Seandainya dapat kau saksikan wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap bahagian yang telah aku berikan kasihku, sayangku dan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini. Tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, maka terserlah ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata. Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada kasih, sayang dan cinta yang terbina antara kami." Panjang lebar bicara si tua. Si pemuda berserban terpaku mendengar setiap patah katanya.

"Kadangkala aku orang yang kuberikan potongan hati ini, tidak berkongsi kembali sepotong hatinya kepadaku. Itulah sebabnya terwujud lubang-lubang di hatiku ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya andai kita dapat mengurniakan kasih, sayang dan cinta kita seikhlasnya, bermakna kita telah dapat menyempurnakan ajaran nabi kita. Walaupun bekas robekan hati itu menyakitkan, ia tetap akan terbuka, lantas mengingatkanku tentang kasih, sayang dan cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu masa nanti, mereka akan kembali mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama ku tunggu ianya terisi. Nah, sekarang fahamkah engkau tentang makna sebenar kecantikan hati yang hakiki?", si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda berserban terdiam. Dia menundukkan kepala dengan linangan air mata di pipi. Dia menghampiri si tua sambil membawa hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu; lantas merobek keluar satu potongan darinya. Kemudian si pemuda menawarkan pula potongan hati tersebut kepada si tua dengan tangan gementar.

Si tua menerima pemberian tersebut lalu meletakkan pada ruang kosong hatinya sendiri; dan kemudiannya si tua mengambil pula sepotong dari bekas luka lama hatinya dan menempatkannya pula di hati si pemuda bagi menutup ruang kosong yang telah wujud dihatinya.

Sungguhpun hati si tua itu sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan. Pemuda berserban menatap hatinya sendiri yang tidak lagi sempurna, tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran kasih, sayang dan cinta dari hati si tua, kini telah mengalir pula ke dalam hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.


Hanya mereka yang masih ada perasaan kasih, sayang dan cinta pada agama, bangsa dan negara sahaja akan dapat menghindarkan diri dari menyertai aktiviti yang boleh menghancurkan keamanan serta kemakmuran negara tercinta ini.

5 comments:

  1. Terlalu banyak titik persamaan orang Melayu dalam negara ini. Sudah sampai masanya kita bersatu dengan nama Allah yang maha esa. Tiada gunanya jika kita menang jadi abu dan kalah jadi arang dibumi sendiri. Mari kita bersatu demi cinta kita pada agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  2. kpd anoy 1.23... Masalahnya siapa nak lead penyatuan org melayu. Semua pemimpin org Melayu dah gila lubang. UMNO dah duduk dlm lubang tak nak keluar. Pemimpin PAS, baru jumpa lubang. Kat dlm keretapi boleh, kat puduraya pun jadik, dlm hotel dgn bini org pun ok. Pemimpin PKR lagi teruk lubang depan belakang sama rasa. So mcm mana nak bersatu.....

    ReplyDelete
  3. Dah lah orang tua. Orang muda sekarang dah bijak dan tau cara wayang mu dipermainkan untuk kekal berkuasa.

    Datuk-datuk dan bapa-bapa kami telah rasa kesan permainan mu sepanjang masa berlalu dan terlalu luka dengan ajaran mu yang manis di mulut tetapi amat berbisa kepada fikiran generasi masa hadapan.

    Elok bersara dan duduk rumah jaga cucu-cicit dan lupakan tentang nak berkuasa selama-lamanya dengan mainkan rekod muzik yang lama.

    ReplyDelete
  4. dejavu. pernah terbaca transkrip sejarah keruntuhan andalusia dan melaka lebih kurang sama dgn ayat anon anak muda di atas. heh. org muda skrg mmg bijak. heh. bijak sbb adanya org tua dahulu yg bijak menjadikan generasi hari ini bijak. heh. rekod muzik lama lah yg menjadikan ramai generasi muda melayu melonjak taraf hidup hanya dlm masa 2 generasi saja. dejavu keruntuhan melayu. ramai anak muda yg tak sedar dek untung.

    ReplyDelete
  5. anon 12:02,

    dia ni memang sah si tanggang..tak tau lah kalu dia ni tak tak kenal pulak si tanggang..

    ni lah segelintir orang muda sekarang..tak kenang budi, tak tau penat jerih generasi tua dulu..ikut emosi tak pakai hotak..buta sejarah..asyik tau mintak..mintak..mintak...bodoh bahalul..kalu takda generasi tua pembela bangsa mampos ko dok makn ubi kayu sama beras hancoq..tu pun nasib baikk..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive