Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 15, 2011

Dakwah Meleweh

Pak Sedaro merasokan para da'i kita lomah longlai dalam meresapi kegiatan dakwah sebenar dalam Negara Majmuk, Majoriti malah dominan rakyatnya berketurunan Melayu, kulit sawo matang, beragama Islam. Majoriti penduduk Melayu Islam seramai kurang lebih 16.75 juta, tolak dengan Melayu murtad, adolah sekitar 16.748 juta.

Tanya para da'i hari ini, mengapa Masjid Negara, Almarhum Tunku suruh buat berhampiran Stesen Keretapi Kuala Lumpur? Tanya juga pada penda'i hari ini, kenapa Masjid Jamek Kuala Lumpur dibina dihujung pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, berhampiran Pasar Kuala Lumpur dulu (kini Central Market) dan Stesen Bas Kuala Lumpur marin (kini Bangunan Burger King)?

Apakah kumpulan lebai yang banyak meresapi partai siasah PAS berfikir bahawa pembacaan Al-Quran diperdengar kepada awam melalui corong pembesar suara, satu kaedah "mistik" penyampaian dakwah cara halus? Sedarkah para da'i bahawa alunan qari membaca quran memberi roh dan gelombang theta dan delta kepada alam sekitar, gelombang ini bercakap kepada roh-roh persekitaran?

Apakah para da'i tidak mengkaji bahawa manusia hidup dalam 4 alam gelombang. Iaitu Beta (masa kita habis 16 jam) untuknya, Alpha semasa tidur, Theta dan Delta semasa ada yang mengaji di hening subuh, buat Qiamulail, berjalan malam di dalam hutan berseorangan di kelilingi gelombang alpha, maka yang berjalan kaki berzikir (dia berada dalam gelombang theta).

Ilmu metafizika para da'i mesti ditingkatkan. Kenapa ramai Melayu sanggup murtad dan mensyirik Allah, kerana mereka bersahabat dengan gelombang Beta yang melampau, dan tiada insan yang mendalami lubuk hati Alpha mereka. Kisah Natrah ialah subjek yang cukup relevan jika di kaji. Kisah seorang wanita Melayu di Rengit yang dilarikan ke Korea Selatan semasa Perang Dunia Kedua oleh Jepun akhirnya tak tahu langsung cakap Melayu, sukar untuk dipastikan agama anutan selepas dia mati? Kes anak seorang imam masjid memesong akidah hingga sanggup syirik dengan agama berhala api, menjadi Hindu, berlaku di Kajang 10 tahun lalu. Terlalu banyak kes yang tidak didedahkan kepada awam.

Maknanya, hari ini JAKIM mesti sanggup memberitahu secara fizikal maklumat bahawa bilangan yang murtad dan mengemukakan dokumen "keluar Islam" sudah mencecah 100 ribu orang daripada Bangsa Teras iaitu Melayu. Ini memberi gambaran betapa lemah, leweh dan bewehnya Gerakan Dakwah Islam dan Ketahanan Mental serta Fizikal dan Ekonomi Para Da'i Islam.

Banyak tulisan dalam blog PM ini mendedah bagaimana gerakan Freemasonry dan pendakwah Kristian bertugas dan bertindak dalam usaha seleweng, pesong dan murtadkan anak Melayu Islam. Kenapa JAKIM tidak ambil peduli atau belajar?

Sedarkah kalian, bahawa bukan manusia yang bergraduan daripada Fakulti Pengajian Islam sahaja boleh diangkat sebagai pendakwah. Anak muda Melayu Islam yang berkelulusan Media dan Muzik misalnya, boleh dilatih menjadi da'i yang hebat. Anak muda berkelulusan Maktab Polis atau Kolej Tentera Udara boleh dilatih tubi menjadi da'i yang hebat.

Hari ini, Menteri JAKIM ialah bekas Pengarah KAGAT ATM. Tugas terakhirnya sebelum diangkat Senator dan Menteri ialah belayar ke Teluk Aden untuk bersama pasukan penyelamat tebusan MISC. Jamil Khir Baharom sewajarnya amat jelas keperluan dan kejelekitan ilmu yang mesti dikuasai dan dimiliki oleh seorang pendakwah.

Wang Baitulmal dan Zakat begitu banyak wajar digunakan dalam usaha TRANSFORMASI DA'I dan SELAMATKAN AKIDAH 100 ribu manusia tadi.

Kepada pengikut PAS sedarlah bahawa Nik Aziz Nik Mat sudah tidak sesuai. Sempena malam Nuzul Quran 17 Ramadhan, insaflah. Pesanan guru ilmu tersohor, Almarhum Pendeta Za'aba bahawa insan baik ialah insan yang menjalankan tugas membina kejayaan dan mengurus kejayaan, sesuai dengan petikan laungan azan "Marilah Menuju Kejayaan".

3 comments:

  1. memula tadi ramai masuk. klua je cicit kamat terus slow trafik. hahaha.

    ReplyDelete
  2. Towkey MINYAK GAMAT dh tk boleh carik makan g dah,,KAH!!KAH!!!KAH!!!!

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan tajuk dakwah meleweh nie.Kita tengok lah. dah lulus pengajian berkapok pasal Islam, duduk kat opis berhawa dingin,pakaian pun dah pakai kot dan tie.Camna nak berdakwah. Mula lah keluarkan fatwa...macam macam. Dakwah entah kemana

    ReplyDelete

Blog Archive