Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, August 6, 2011

Kau tau tak HARAM...

Pak Daud (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang kaya, namun setiap hari beliau akan menyimpan RM1,000 di bank. Tepat jam 9 pagi setiap hari, Pak Daud sudah pun terpacak di kaunter bank untuk menyimpan wangnya. Setahun berlalu, kehadiran Pak Daud saban hari mula mendapat perhatian pengurus bank. Suatu hari pengurus bank memanggil Pak Daud ke pejabatnya...

Pengurus Bank: Setiap hari saya melihat Encik Daud menyimpan tidak kurang RM1,000 di bank ini. Apa sebenarnya pekerjaan Encik Daud?

Pak Daud: Saya sebenarnya askar pencen saja tuan.

Pengurus Bank: Mustahil. Takkan seorang askar pencen mampu menyimpan RM1,000 sehari?

Pak Daud: Saya boleh bagitau rahsianya, tapi tuan kena senyaplah. Pendek kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Pengurus Bank: Encik Daud jangan risau. Saya sentiasa menjaga rahsia pelanggan saya.

Pak Daud: Begini tuan, sebenarnya saya ni suka bertaruh. Cumanya bila saya bertaruh, tak pernah kalah.

Pengurus Bank: Ohh...itu sebab Encik Daud belum bertemu lagi dengan orang yang handal bertaruh macam saya. Kalau Encik Daud berhajat, bolehlah bertaruh dengan saya. Encik Daud cakap saja nak bertaruh apa dengan saya.

Pak Daud: Baiklah kalau tuan dah berhajat begitu. Beginilah...dalam masa 7 hari bermula sekarang, saya bertaruh tuan akan kehilangan bulu ketiak. Kalau ia tak hilang dalam masa 7 hari, saya akan bagi RM1,000 pada tuan. Tetapi kalau bulu ketiak tuan benar-benar hilang, tuan pula yang akan bagi RM1,000 pada saya.

Pengurus Bank: Tak logiklah Encik Daud. Dah tentulah saya akan menang pertaruhan ni.

Pak Daud: Takpe...kita tengoklah nanti.

Setelah keduanya bersetuju membuat pertaruhan, masing-masing pun beredar. Keesokannya bila bangun dari tidur, pengurus bank mula meraba ketiaknya. Ahhh...masih ada bulu. Itulah yang dilakukan pengurus bank saban hari sehinggalah masuk hari ketujuh. Sesudah tamat tempoh, pengurus bank dengan suka hatinya telah memanggil Pak Daud.

Pengurus Bank: Minta maaflah ya Encik Daud. Seperti yang dijanjikan....(sambil membuka bajunya, Pengurus Bank menunjukkan bulu ketiaknya kepada Pak Daud).

Pak Daud: Betul ke ni? Boleh saya pegang? Manalah tahu tuan pakai bulu ketiak palsu pulak? (Pak Daud lantas meramas bulu ketiak Pengurus Bank sambil tersengih-sengih).

Pak Daud: Betullah ini bulu ketiak asli. Maka sebagaimana yang dijanjikan, nah RM1,000 (sambil menghulurkan wang kepada pengurus bank).

Pengurus Bank: Sekarang barulah Encik Daud tahu siapa yang handal bertaruh kan? Maaflah ya kerana Encik Daud tak dapat nak simpan duit hari ni. Hehehe...

Spontan Pak Daud mengeluarkan wang RM4,000 dari begnya dan terus ke kaunter bank untuk menyimpan wang.

Pengurus Bank: Aik...mana pulak Encik Daud dapat RM4,000 tu?

Pak Daud: Hahaha! Sebenarnya selain bertaruh dengan tuan, saya juga bertaruh dengan penolong pengurus tuan sebanyak RM5,000.

Pengurus Bank: Bertaruh apa pula?

Pak Daud: Bertaruh pada hari ni saya akan dapat pegang bulu ketiak tuan. Inilah hari yang paling bertuah bagi saya sebab menang besar. Hahaha...

Pengurus Bank: *%$#@#$%^&*

Moral: Berjudi atau bertaruh adalah HARAMJADAH!

4 comments:

  1. harey..lawak smpai bulu ktiak aku pun nk tecabut hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha...nasib baik setakat bulu ketiak!

    kalau bulu2 lain...mampuih!!!

    ReplyDelete
  3. hahahahaa...Den golak bosa...manokau dapek idea nie paneh...hahaahaha

    ReplyDelete
  4. ni ko tukar dr pegang anu ni....hahahaha...bulu ngan anu je ko tukar...plagiarism tp ttp best..:P

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive