Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, August 21, 2011

Anwar feat Siti Nurhaliza

"Ada kes rogol di Sungai Petani ditangguhkan 56 kali. Cuba bayangkan orang ramai yang terpaksa datang ke mahkamah berkali-kali? Keadaan ini menyusahkan rakyat," kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Beliau berkata demikian ketika mendedahkan salah satu kes yang sering ditangguhkan atas sebab tertentu hingga menjejaskan orang ramai.

Zaki berkata, permohonan penangguhan perbicaraan oleh peguam dan pegawai pendakwa adalah punca sesuatu kes di mahkamah terpaksa melalui tempoh perbicaraan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Katanya, biarpun begitu, orang ramai tetap mempunyai persepsi bahawa pihak mahkamah yang menyebabkan kes mereka tertangguh.

"Sekarang ini, orang ramai masih menyalahkan mahkamah kerana kes mereka ditangguhkan tetapi siapa yang pohon? Yang memohon penangguhan itu adalah peguam dan pendakwa atas pelbagai alasan. Memang mahkamah tangguh kerana ada perintah, jika hakim tidak membenarkan penangguhan, peguam akan kata ia tidak adil. Tetapi yang tidak adil sebenarnya ialah kepada mangsa sendiri. Kita kasihan kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bulanan dengan kakitangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu. Selanjutnya sini.


Bapak Anwar Bin Ibrahim dah tangguh kes rogol bontot sebanyak 67 kali. Kes pembelaan Anwar CIFUT yang bermula esok 22 Ogos 2011 dijangka akan bertambah lagi jumlah penangguhan. Maknanya nama Anwar Aljuburi dah boleh tersenarai dalam Malaysia Book of Records...sama macam Siti. Hu hu hu...

2 comments:

  1. Salam Paneh,

    Nak tanya satu soalan lari dari topic. Jangan marah ya..InsyaAllah kami nak ke Kuala Pilah cari lemang dan rendang..Paneh ada tak Hp, kakak atau abang2 yang jual lemang dan rendang di KP, sebab nak call dulu sebelum bertolak dari Shah Alam ni.

    Kalau boleh nak book dulu..Lomang dan rondang Kuala Pilah the BEST!!!!!!! Kalau ada beri pada blog saya ye..

    ReplyDelete
  2. nt den nk turun demo dopan mahkamah bawak bendero koreh telanjang,,amacam?heee,,,,

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive