Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 18, 2011

Ranking Dunia

Tajuk sodap merembat nie. Pak Sedaro fikir Ramadhan 1432H kali ini, banyak bonar isu-isu Nasional yang dikupas oleh PM. Menjelang 29 Ramadhan, kurang lebih Malaysia diperkaya dengan catatan rekod yang banyak, boleh dibawa ketawa dan berguling-guling kelakarnya, laksana side-roll di padang kawad Pusasda.

Lee Chong Wei bungkus dengan Lin Dan di Kejohanan Dunia, Lee Chong Wei balik ke Malaysia beralasan dia kena ubah taktik selepas ini. Apokah selamo dia main dengan Lin Dan, taktiknya pernah berubah. Pak Sedaro nampak Lin Dan lagi handal mengubah taktik. Fokus utama Lin Dan bukan untuk Ranking Dunia. Fokus Lin Dan ialah Juara Kejohanan Badminton Prestij Dunia. Sebab itu dia tak selalu menghayun raket macam Chong Wei.

Nicol David ialah ikon dan idola sukan Malaysia untuk anak muda yang paling berprestij. Ini baru namanya World Class Player. Sentiasa bertenaga, bersemangat kental dan bermati-matian dalam semua perlawanan. MSN kena buat kajian peribadi dan minda bagaimana Nicol David begitu konsisten. Bukan takat, beri gelaran, saguhati, elaun, bonus, ganjaran dan Anugerah Sukan Negara ajo. Jadikan Nicol David, spesimen Kajian Hidup.

Naib Canselor UM sedang menjadi "bull-eye". Sebab gilo nak kojar Ranking Dunia, maka, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dikucilkan. Yang demikian, 146 pensyarah hebat sejak 2009 pakat-pakat keluar baris dari Universiti Malaya. Yang diheboh bonar, nak kojar kedudukan 100 universiti terbaik dunia, apo jadah! Nilai budaya ilmu kelompk 1-100 yang ado semaso, umur survival universitinya sudah lebih 70 tahun ke atas. Universiti-universiti ini begitu totok dalam Bahasa Negara Bangsa masig-masing, seterusnya, proses penterjemahan berlaku seiring dan sejalan.

Tragedi demi tragedi tentang putus jari, kelompong mato sebagainya di Kelantan dan Terengganu dek main mercun. Ini memang ranking dunia, sebab tak surut-surut cerito sejak 3 Ramadhan sampai nak rayo kang. Mungkin bebudak atau bapa budak yang boli tak mahir baco Bahasa Melayu. Kono ditulish dalam dialek budu dan dialek kepok lekor. Cukup-cukuplah, di Kelantan, Nik Aziz dan kabinet Nik Aziz kono kojo lobih untuk buat terjemahan pada mercun bola atau sebarang mercun, atau dilabel setiap Bazaar Ramadhan diterjemah dalam dialek budu, begitu juga di Terengganu. Ahmad Said kono buat kerja gitu. Atau ramai yang main mercun ini, berfahaman PAS! Khawarijlah katakan, bahawa jumpa syurga dah Ramadhan ni!

Kisah Melayu murtad, mengikut statistik Mufti Perak tahun 2005 sudah tersenarai 100 ribu manusia Melayu yang murtad. Hari ini, 2011 tidak kurang 250 ribu manusia Melayu murtad. Ya, ada kebenaran. Di lihat di Metropolis Kuala Lumpur sahaja, jelas kelihatan. Melayu Islamkah mereka ini, begitu banyak kelab Gay dan Lesbian yang didedah oleh Mastika, maka, dipersoal kembali siapa yang gagal? Kerajaan? Ibu bapa? Dunia? Pelajaran? Kehidupan? Pengaruh Freemasonry? Iklan? Media? Tak didik sejak dari RAHIM IBUNYA? Atau ramai benar Anak Luar Nikah di KL? Atau ramai Imigran secara HALAL dan HARAM di Malaysia? Kalau diselidik di KL, kumpulan GRO ramai mek-mek Akok, Janda dan anak peleseran dek penceraian ibu bapa yang kahwin kerana harta, cantik dan syok menaburkan air mani sahaja. Di mana perajurit PAS dan UMNO dalam soal selesaikan masalah ini?

Negara paling banyak beri wang ehsan kepada kakitangan awam ialah Malaysia. Bonus, Subsidi, Skim ialah wang ehsan Kerajaan bukannya hak pekerja. Hak pekerja ialah gaji bulanan. Itu yang bila tak cukup, kalau ada kuasa pangkat, kuasa pen, kuasa mulut, maka, buatlah kerja-kerja HALAL (yang didefinisikan oleh mereka) untuk minta DUIT HARAM, PAW TAUKE, PUSING SEBUTHARGA, PUSING TENDER, JANJI BOLEH DUIT CARA SALAH. Bilo kena tangkap, menggelupur tak sudah-sudah. Sobab banyak makan RASUAH, itu pasal banyak masalah rumahtangga, anak-anak kelam kabut, surau dan masjid lenggang, kuliah agama daif benar korumnya. Banyak benar masalah timbul bilo dunia dipuaskan tanpa kematangan ilmu agama.

Nampaknya, buku Dilema Melayu karangan Dr. Mahathir masih benar. Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri kupasan Pendeta Za'aba masih tepat. Salatus Assalatin riwayat Tun Sri Lanang masih menepati zaman. Apakah wujud penyelesaian? Atau ini sebahagian daripada proses kemerdekaan?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive