Di sebuah sekolah rendah, seorang guru berdedikasi ingin mengajar anak muridnya akan bahayanya minuman keras. Sebelum memulakan pembelajarannya, guru tersebut telah sedia membawa 2 ekor cacing hidup serta dua gelas minuman yang masing-masing berisi air mineral dan arak.
"Cuba perhatikan murid-murid. Cikgu akan masukkan cacing ini ke dalam gelas. Cacing pertama cikgu masukkan ke dalam gelas berisi air mineral, manakala cacing kedua cikgu masukkan ke dalam gelas berisi arak. Tengok betul-betul."
Semua mata tertumpu pada kedua ekor cacing tersebut. Seperti dijangkakan, cacing dalam gelas berisi air mineral terkutik-kutik di dasar gelas. Manakala cacing yang berada dalam gelas berisi arak, terus menggelupur lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak muridnya memberi sepenuh tumpuan pada ujikaji yang dijalankannya.
"Baiklah murid-murid. Apa yang kamu dapat belajar daripada ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"
Dengan penuh 'kondifen' anak muridnya menjawab...
"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK!"
#########
Begitulah analogi tahap pemikiran pemimpin & penulis pembangkang apabila bercakap atau mengulas sebarang isu semasa. Mereka bukan sahaja tidak bertanggungjawab terhadap isu yang dikemukakan, malah tidak menghiraukan hukum halal dan haram; serta kesan percakapan atau penulisan mereka kepada masyarakat.
Contohnya isu pemeriksaan JAIS ke atas DUMC. PAS melalui Setiausaha Agongnya secara terang-terangan menyalahkan JAIS rentetan pemeriksaan JAIS ke atas gereja berkenaan dan menuduh pula tindakan JAIS itu di dalangi oleh UMNO. Penulis pembangkang, tak kiralah penulis media cetak/Blog/FB/Twitter etc. tanpa usul periksa telah 'spin' cerita hingga sanggup mengherdik sahabat mereka sendiri iaitu Hassan Ali sebagai ejen UMNO. Tidak bolehkah dalam isu yang kita mempunyai kepentingan bersama seperti isu pendidikan, isu ekonomi, isu Palestine dan isu Murtad ini, sebagai umat Islam di Malaysia kita bersatu tanpa mengira fahaman politik.
Sebagai rakyat Malaysia intelek, kita sepatutnya menjadi pendengar dan pembaca yang kritis apabila menyaring sesuatu maklumat. Dan perlu ditanya dalam kepala masing-masing persoalan berikut apabila mendengar atau membaca sebarang artikel yang dikata/ditulis pihak tertentu :-
a) Dari manakah pemimpin/penulis mendapatkan sumber maklumatnya? Jika tidak dinyatakan sumbernya, maka perlu dikaji apakah motif sumber itu tidak dimaklumkan. Adakah sumber itu palsu? Tiadakah sumber yang sahih?
b) Adakah pemimpin/penulis menyokong pernyataannya berdasarkan fakta (alasan yang mempunyai bukti) atau ianya hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin/penulis itu saja? Adakah terdapat percangahan fakta atau faktanya lengkap serta boleh dipercayai? Sebagaimana isu DUMC, Hassan Ali cakap lain, Mustafa cakap lain, Nasrudin cakap lain, Khalid Ibrahim cakap lain dan Hadi Awang pun cakap lain.
c) Adakah pemimpin/penulis mendapat laporan/dokumen rasmi atau saksi sebagai fakta yang menyokong percakapan serta penulisannya, atau mereka dapatkan maklumat dari sumber kedua atau ketiga?
d) Apakah tujuan percakapan/penulisannya? Adakah ingin memberitahu, cuba menyakin, meraih simpati atau sebenarnya mereka cuba menghasut?
e) Apakah laras bahasa yang digunakan oleh pemimpin/penulis itu bersifat emosional, neutral atau sengaja menggunakan bahasa kesat?
f) Dan persoalan paling penting untuk difikirkan, sejauh mana kita mahu menukar pandangan peribadi kita walaupun setelah kita di dedahkan bukti yang sohih dan benar?
Ingatlah, apabila kebenaran cuba didustakan akibat ketamakan hawa nafsu, wang dan kuasa, maka tunggu sajalah apabila Allah SWT pula menunjukkan kekuasaan-NYA.

Minda Pencacai UMNO@APCO lebih HAPRAK,,,SaiFool tak terberak seminggu pun diaorang boleh percayo tu,sayang botul diaorang dgn jubor SaiFool,,Kah!!Kah!!!Kah!!!
ReplyDelete