Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, August 29, 2011

Minal a'eedin wal fa'izin

Terlanjur bicara
Ampun maaf dipinta
Salam persahabatan dan persaudaraan untuk semua

Luahan kami tak pernah kenal isi hati insan lain
Bicara kami tak semestinya diterima baik oleh semua
Terguris hati teraniaya, kami tak pernah lupa
Mengguris hati sesiapa, kami tidak tahu bila dan siapa

Dosa dan kesilapan yang dilakukan pada Allah SWT
Keampunan dan taubat pengubatnya
Dosa sesama insan yang dianiaya
Tidak akan terampun selagi insan itu tak terima kemaafan dan mengampunkannya

Oleh itu
Jutaan ampun dan maaf kami pohonkan
Andai pernah terlanjur bicara menghiris rasa
Salam ukhwah untuk semua

Warga Paneh Miang mengucapkan

"Selamat Hari Raya EidulFitr &
Salam Kemerdekaan Ke-54"


4 comments:

  1. Selamat hari ghayo den ucap an pado geng paneh. Sonang2 singgahlah bongek. Nanti den jamu makan penganan. Hahaha. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. selamat kembali kepada fitrah. warga paneh jangan lupa puasa 6. hompuk takdak minta maaf ka? mencarut dan mengutuk tau la hang hompuk. maaf zahir batin semua.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. Baiklah, kita mengampuni di antara satu dengan lain. Lain kali Paneh, jagalah lah mulut dan jagalah perwatakan kalau sdr mahukan penghormatan.
    Jangan mencaci jika berbeza sdr. Itu membawa malang kepada parti kita yang kita perjuangkan.
    Bercakap kotor jauhkanlah. Jangan mencarut lagi.

    ReplyDelete
  4. selamat hari rayo maap zahir batin to paneh dan kengkawan. sori bro den tak sompek jumpo kau sepanjang bulan poso ni. rayo ni kito lepak cam biaso.

    damien kau silap masuk blog ko? bilo lak blog ni mencarut. ke ko nak koba blog tukartiub ngan isa. blog tulah yg ngoma mencarut. kojo blog pembangkang mmg maki hamun, fitnah ngan mencarut yo tak habih2. den ngaso lamo dah baco blog ni takdo lak den jumpo posting mencaci ngan mencarut. kalo komen mencarut tu banyak lah tapi tu sumo pak puk yang tulih.

    apo-apo pun selamat eid mubarak, maap zahir batin lah yo.

    tem, hompuk tu mano ponah mintak maap buek fitnah sano sini. mencarut nombor satu dio tu. biasolah oghang dah mereng kono hompuk bato ngan bapak sendiri. kah kah kah.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive