Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, August 27, 2011

BERSATULAH MELAYU

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

~ Lim Swee Tin ~

8 comments:

  1. paqneh biang,jangan asyik cakap perkara yg sama tu...semua setuju melayu islam perlu bersatu.. malangnya pemimpin melayu yg diberi keprcayaan mengkianati orang melayu sejak 50 tahun dahulu..selesaikan punca pokoknya..jgn asyik cakap bersatu melayu..dengar nasihat mufti perak..tu.

    ReplyDelete
  2. Melayu wajib bersatu, tetapi bersatu di luar UMNO.

    ReplyDelete
  3. Anon 6.12pm & 6.31pm,

    Mesej paneh tu, suruh ekau fikir mcm mano Melayu buleh bersatu, sebab org Cina spt Lim Swee Tin pun nampak kepentingan itu. Bersatu tak semestinya dlm UMNO atau PAS. Jauh sekali melalui Parti Kencing Rakyat dan DAPig. fikir...fikir Bro..

    ReplyDelete
  4. Paneh miang, mano kau tau yang kau sendiri tu masuk syurga?

    Kau bercakap macam kau tu yg menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

    Pandai-pandai mengkafirkan orang. Dulu tuduh PAS sekarang kau orang UMNO pula yang menuduh orang itu masuk syurga orang itu masuk nerako.

    Apa, kau dah jadi Firaun yg mengakui diri dio tuhan ko?

    Gunokan mulut untuk berzikir. Kan lobih baik?

    ReplyDelete
  5. Apa yang peon merapu ni?

    Macam kena bakar je !!!

    ReplyDelete
  6. "Kalau PAS itu parti Islam, bolehkah parti Islam membangkang bolehkah membangkang pemerintah Islam"

    "Dalam hadith Rasullah SAW ada mengatakan apabila terlantik dua pemimpin, salah satu kena bunuh"

    "Kalau kita melantik pemimpin yang ada sekarang, pemimpin yang satu lagi kena bunuh , kalau menurut Islam"

    "Kalau dia mengaku dia parti Islam, dia tidak boleh mewujudkan satu kepimpinan yang baru"

    "Dia mesti menjada kepimpinan yang ada." " Bila terlantik dua khalifah, salah satu kena bunuh" " Yang kena bunuh tu siapa, yang bawah, yang bawah tu sapa?" anda teka

    "Memang ini demokrasi, perlukan pembangkang, biarlah yang jadi pembangkang itu kafir"

    Ceramah yang cukup mengajar aku

    lAST LAST KALAU NAK JADI PEMBANGKANG BIARLAH KAFIR !!!

    PAS dan PKR nak jadi KAFIR !!!!????

    ReplyDelete
  7. MafiaCute Motor SportAugust 28, 2011 at 6:14 PM

    Orang melayu kita ni terlebih cerdik sangat....tu yang susah nak bersatu.....Ego masing2 terlalu tinggi.......Sedih memikirkan masyarakat melayu sekarang.......Semua nak tunjuk ego masing2.....

    ReplyDelete
  8. Kpd MafiaCute Motor Sport,

    Botol cakap kau tu Bro, akhirnya yg monang ialah DAP@Komunis. Lebih2lagi makin ramai pulak org PAS dah jadi agen komunis, paling ketara Mat Sabu .....Puak2 pengkhianat akan buat apa saja nak monang walaupun Melayu & agamo Islam dihino.

    ReplyDelete

Blog Archive