Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Hulu Langat

Kawasan Parlimen Hulu Langat ialah satu fenomena MESTI MENANG untuk UMNO-BN. Parlimen Hulu Langat kini dikuasai oleh PAS, Dr. Che Uda Che Rosli, pakar nuklear keluaran UMNO hasil daripada projek Dasar Ekonomi Baru, bekas Profesor di UKM. Inilah ahli ilmu kerana dia seorang sahaja dalam PAS yang berani dan petah berpandangan bahawa Lynas PERLU diteruskan tanpa halangan dan sekatan daripada mana-mana pihak, waima daripada PKR-PAS-DAP (yang ternyata begitu naif ilmu kemanusiaan survival ummat- kerana mengikuti kata-kata Ustaz Azhar Youtube PAS bahawa Matematik dan Sains ialah ilmu Sekular).

DUN Dusun Tua diteraju oleh Ismail, UMNO. Dulu Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hulu Langat, yang agak sinikal dengan kemasukan dan pertolongan orang luar dalam pengurusan saf 4B Hulu Langat. Dia tak belajar daripada Dato' Badrul Hisham yang kini penulis tetap Agenda Daily, dan bermastautin Di Mutiara Bangi sebelah rumah Othman Desa. Ismail dalam istilah "winnable candidate", dia sudah terkeluar daripada skrin calon paling berpotensi menang dan terbaik di Dusun Tua. Kena tukarlah.

DUN Semenyih dipasung oleh Johan Abd Aziz, kini bergelar Dato Johan Abdul Aziz, DMSM, AMS, JP, dulu tauke anak didik Ahmad Kuris. Johan kini, Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat. Seorang yang dilihat berani tapi sebenarnya tiada kekuatan parti. Johan sering ditipu hidup-hidup oleh Jalil, Jalil ini sifatnya Talam Dua Muka. Sanggup menikam Johan dan Markiman Kobiran, tu pasal Markiman Setiausaha Politik YB KDN sering keluar masuk wad kardio. Markiman yang senior Timbalan Ketua Bahagian. Satu fenomena luar biasa di Hulu Langat. Johan pun sebab nak PRU-13, baru ingat rangkaian pemidato dan penceramah politik dia, kalau tidak HARAM tak diapik pun. Inilah ragam politiking ADUN SEMENYIH dan KETUA BAHAGIAN proksi Khairy Jamaluddin. Dia juga sudah terkeluar daripada carter Calon Terbaik dan Berpotensi Boleh Menang. Kena Tukarlah.

DUN Kajang dipayung oleh Freemasonary melalui Cikgu Lee, seorang guru bahasa Inggeris High School Kajang. Lee ini ahli biasa PKR, yang dinobat pula sebagai Ketua Cabang Hulu Langat, sebab menang DUN Kajang berlaga dengan MCA. Hari ini, bangunan dan bilik tadbir DUN Kajang PKR ialah bilik ADUN MCA PRU-11. Apakah Cina Freemasonary PKR berpakat dengan Cina MCA-BN? Ternyata DUN Kajang kali ini, bukan boleh diberi muka kepada MCA. MCA sudah hilang kuasa dan kepercayaan pengundi, kerana di sebalik fenomena PRU-13, mereka sudah berpoligami. Tahniah.

Ketua Perhubungan Negeri Selangor ialah YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib, Timbalan Ketua Perhubungan ialah Noh Omar. Kalian berdua kena pastikan DUN Kajang didukung oleh UMNO-BN, calon UMNO paling sesuai dan kritikal. Pusat Daerah Mengundi dan Peti Undi untuk Melayu ialah 67.8% di DUN Kajang, apakah jadahnya diberi kepada MCA lagi? MCA ternyata di Selangor sebagai Musuh Dalam Selimut.

Rumusan Kajian Kes Hulu Langat ialah Parlimen Hulu Langat perlu muka baru, bukan Markiman Kobiran, atau cara mudah "pujuk Dr. Che Uda sebagai calon BN", DUN Dusun Tua, Semenyih - WAJIB TUKAR ORANG BARU, lebih karisma dan wibawa tinggi, DUN Kajang langsung milik UMNO.

4 comments:

  1. Salam Saudara,

    agak menarik artikel kali ini yang berbicara mengenai Parlimen Hulu Langat..Saya amat risaukan kredibitili Ismail Sani dalam mentadbir DUN Dusun Tua.

    Saya banyak mendengar pelbagai reaksi negatif mengenai ADUN ini. paling utama isu yang berlegar ialah kegagalan ADUN dalam mengurus kaw pelancongan Dusun Tua seperti Sg. Congkak dan Sg. Tekali. ini kerana lambakan peniaga asing hingga kambuskan peniaga rakyat disitu...

    dalam pada itu, pelbagai lagi rungutan yang saya terima daripada rakan-rakan baik ADUN yang sudah sifatkan ADUN sebagai ego dan tidak mesra...

    ingat dahulu slogan kempen pada PRU Ke-12 'give me 5 second, i'll give you 5 years'...

    sebenarnya ada lagi pelbagai isu yg berlegar di Dusun Tua tetapi saya enggan berinteraksi disini..belum lagi dicoret mengenai kegilaan Cikgu Jan (Penyelaras MTD Dusun Tua, PAS) yang komited dalam merampas Dusun Tua...

    minta penjelasan

    ReplyDelete
  2. betul betul lah aji najib sahkan-
    UMNO sebagai united melayu no otak!!!

    Ingin bukan tahun 60'an, 79'an atau
    90'an melayu kat ulu langat dah banyak terima pelajaran.

    Dulu dulu bila mca menyembah pada umno mintak safe seat untuk Lee pang sai untuk jadi mphulu langat -dia
    dapek dan menang. Lopeh itu si pang sai tuh kondem pulak melayu
    bagaikan melopehkan anjing tesopit!!!

    ini pulak nak bagi kat mca lagi , aji najib tak dapek lesson from
    sungai ciput-di mana koliang sami
    ditondang dek orang kampong!!!

    harapa harap janganlah melayu hulu
    langat jadi united no otak bagai apa yang utusan kiaskan-

    kalao lotak batang pisang wakili bn, melayu no otak akan calon bn-
    batang-pisang!!!

    satu tragedi melayu
    melayu dilema
    melayu no-maruah
    mat dan minah dah ter-tranpom
    tukar jadi mat/minah lombu

    kosian kosian kosian

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  3. Yang nak diganti pun tak boleh harap.
    Dengar citer calon Dusun Tua adalah
    Md.Zin Isa
    Ismail Sani
    Fuad Abd Rahman
    Azhar Hambali

    Tengoklah pemilihan ini

    ReplyDelete
  4. reject semua termasuk azhar hambali

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive