Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, November 7, 2011

Siapa Rosli Abdullah

Gamaknya ramai pendukung simpati B.A.B.I. seperti Rosli Abdullah, yang dikenali sebagai Bekas Pengarah BTN Terengganu dalam Debat Intelek. Bagus benar insan seperti ini bercerita tentang BTN yang sifatnya begitu dengkel dan daif.

Kupasan Rosli Abdullah ini amat sesuai dijadikan Modal Jajaan PAS dan PKR nampaknya. Soalnya, apakah benar Rosli Abdullah layak disumbat atau diberi peluang bekerja untuk Kerajaan Malaysia pada 1991-1999?

Ramai manusia seperti ini bergentayangan dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.

Hujah Rosli, UMNO ialah parti bawa ajaran sesat kerana satu-satunya parti yang boleh memerintah Negara?! PAS yang ikrar konon siapa tidak sokong dan undi PAS adalah kafir dan tidak masuk syurga, maka apakah PAS juga sebuah parti Ajaran Sesat?! Siapakah yang Muktazilah, Khawarij dan Syiah dalam ikutan dan pegangan hidup mereka?

Rosli Abdullah ini ialah manusia yang simpati dengan Anwar dan Nik Aziz. Tahniah kerana ramai manusia seperti ini ialah pengkaya simpati kepada Gerakan Freemasonary dan Komunis dalam Negara Bangsa Tanah Melayu.

Badan Tarbiyah Negara ialah Biro TataNegara. Apakah salah? Dek kerana kekuatan kumpulan inilah, Marriot menawar 2 kali untuk membeli BTN daripada Kerajaan Malaysia. Gerakan Freemasonary melalui agen-agen mereka semakin haloba dalam ketamakan menghancurkan sebuah Negara Islam Moden dan Sederhana seperti Malaysia.

Mereka sudah berjaya merasuk 30% warga Indonesia, mereka berjaya merosak Negara kelompok Republik Islam di Asia Barat dan Timur Tengah. Bumi Melayu masih terpelihara, Alhamdulillah.

Isu usang yang dijaja dan dijolok oleh Rosli Abdullah ialah perkara-perkara yang diluahkan oleh pasukan kecewa dan pasukan tersingkir daripada gelangang ilmu. Mereka belum tuntas berguru dengan Guru-guru mursyid tentang Negara Bangsa dan Keturunan Melayu itu sendiri. Rosli tidak bertatih dalam ilmu mengenal nikmat dan hikmah Batu Bersurat Terengganu 1200an, yang dihujah dan dibahas secara mendalam oleh Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib bin Ali Al-Attas di Perhimpunan Jeddah pada 1972.

Pak Sedaro ucapkan syabas kepada Rosli Abdullah kerana makan nasi basi sepanjang berkhidmat dalam BTN. Hari ini perut dan ususnya memulas dan memuntah lahar songsang dek kerana pemikiran mantiqnya yang cetek, leweh dan beweh.

BTN bukan aset wujud secara semulajadi. BTN ialah aset tercipta dek sengketa Cina-Melayu pada 10-13 Mei 1969. BTN ialah aset Rakyat Malaysia yang wajib dipimpin oleh anak-anak Melayu sebagai Bangsa Teras. BTN ialah pusat pemikiran kritikal dan kritis kepada mauduk tamadun Bangsa Teras khususnya Rakyat Raja. BTN dulu bertaring ibarat Harimau Lapar dan Raja Di Rimba. BTN kini ibarat Singa Yang Sedang Tidur. BTN dulu diperkosa rohnya oleh kalangan oportunis dan revolusinis sejak 1991-1999, akhirnya tidak termakbul usaha kudeta mereka kerana dihidu secara khasaf oleh kalangan ahli sufi dalam Kerajaan Melayu.


12 comments:

  1. BTN tu macam sayap politik UMNO saja. Ramai penceramah diupah guna duit rakyat pulak untuk menentukan UMNO kekal berkuasa dengan secara meresap perlah-lahan ideologi UMNO kepada peserta-peserta.

    Elok ditutup saje BTN ni. Buang duit rakyat saja setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. aku pergi btn ok per. semua melayu india cina have fun mase tu dan yang penting kami faham ape tu negara dan sejarahnye dan penting untuk rakyat malaysia bersatu padu.

    ReplyDelete
  3. pandai politik dsai.takut dema di umno...lol

    ReplyDelete
  4. btn ni bagus. cuma kadang kadang fasi dia tu tak standardize. aku pernah ke btn di 3 tempat selangor, perak dan negeri sembilan. bagi aku di n9 lebih matang dan up to date fasinya bila berhujah dan modul berkesan berbanding dua negeri lain tu. btn patut standardkan semua fasinya. taklah dikata negeri ni lain, negeri tu lain. overall bagi aku dan kawan kawan yang pernah ikut btn rasanya btn patut kekal sebab baik untuk rakyat malaysia generally.

    ReplyDelete
  5. reformasi 98 sebab btn??? modul 5hari4malam sngat berkesan sbb tu rakyat turun sokong nuar jubor? kakaka. nampak sangat modul btn 91-99 semata2 nak mengidola dan menonjolkan nuar. pengalaman akulah pengarah2 btn masa zaman nuar jubor ni semua kayo sobab nuar. apa kes? check balik harta mana2 bekas pengarah btn masa zaman nuar berkuasa. cakap siang pandang2.

    ReplyDelete
  6. Aku kenal benar mangkok hayun sekor ni. Aku terlibat ngan BTN tahun lapan puluhan lagi tapi beruk makyeh sekor ni bekas orang kuat ABIM masuk BTN zaman Al-Juburi kuasai BTN. Mereka perosak kekuatan ummaah dan tamaddun bangsa. Patut ludah saja beruk ni kalau jumpa kat mana-mana. Dasar anjing....

    ReplyDelete
  7. walaupun dio ni dah sebelah pembangkang, namun atas penilaian dia ni lah aku dapat bekerja di BTN sampai hari ini. dia yang interview aku dulu pd tahun 1999. patut la selepas aku dah kerja di BTN, aku x penah jumpa dia lg kat BTN. rupanyer dia ni dari kem B.A.B.I. dah berambus ... apa pun tidak boleh tidak aku berterima kasih pada dio ni... walaupun x sehaluan...

    ReplyDelete
  8. g mampos la umno,,, BTN??? BIRO TAIK NEGARO.

    ReplyDelete
  9. Banyak mat jobo kat ateh ni terikut2 anak simamakshitkakifitnah pun kaki jobo.

    ReplyDelete
  10. eh lahanat, klau ko tak suka UMNO ker, jgn lah ko maki BTN la sial, ko mmg sundal la... mak bapak ko mmg anak haram... BTN tempat aku carik makan... carik rezki... jgn ko nak hina BTN sampai cam tu sekali... ko mmg hanjing...

    ReplyDelete
  11. Malaysia perlu institutsi seperti BTN untuk memastikan kuasa politik terus di tangan UMNO.....

    ReplyDelete
  12. Pas memerlukan institusi macam Putik dan Pasti bagi menipu umat Islam terutama pelajar dari rendah hgga universiti demi mengekalkan kuasa politik.

    PKR hanya perlukan Seksualiti Merdeka bagi memuaskan ketua umumnya. Kakaka...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive