1. Kami sebenarnya malas betul nak sentuh sebarang isu berkenaan sesiapa saja dalam Wanita UMNO. Sayap UMNO yang satu ini sangat kami hormati atas dedikasi, pengorbanan, keikhlasan, komitmen, etc. yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaan UMNO hingga parti itu mampu mengekalkan pengaruh serta kuasa dan dapat kekal memerintah sehingga kini. Malah kami pernah mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Wanita UMNO yang jarang diberi penghargaan dan pengiktirafan yang selayaknya di sini.
2. Namun sejak Laporan Audit Negara 2010, Wanita UMNO, khusus Ketuanya telah dikecam hebat rentetan keluarganya dikaitkan secara langsung dengan projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) di Gemas Negeri Sembilan. Rasanya ramai yang dah maklum apa cer berkenaan NFC ni. Lagipun dah ramai sangat yang keluar kenyataan, sama ada di pihak kabinet mahupun awam. Macam-macam pendapat, bukti, fakta, cabaran, ugutan etc. yang kedengaran dari pelbagai pihak, tetapi isu ini masih diperdebatkan dan entah bilalah nak berhenti.
3. Kami lihat pihak kerajaan tampak begitu defensif dalam kemelut yang melanda NFC. Apabila ramai sangat pemimpin yang gila glamour keluar kenyataan, maka semuanya jadi bercelaru dan semakin mengelirukan rakyat.
4. Dalam sibuk mempertahankan NFC, kerajaan sebenarnya dah terlepas pandang. Rakyat pada dasarnya bukan nak dengar sama ada projek ini sampai sasaran atau tidak, tempoh masa operasi, masalah kekangan bajet, masalah tanah, masalah rumput, birokrasi bla...bla..bla...
5. Yang rakyat nak tahu, bagaimana keluarga seorang pemimpin yang berkedudukan nombor 2 dalam hirarki kepimpinan Wanita UMNO ketika 2008, dikurniakan projek kerajaan dengan modal yang begitu besar? Tolak tepilah sama ada keluarganya layak atau tidak, berpengetahuan atau tidak; tapi rakyat berhak persoalkan tidakkah ada unsur-unsur kronisme, nepotisme, pilih kasih, penggunaan KABEL etc. ketika kerajaan membuat keputusan mengurniakan projek kepada keluarga seseorang yang berpengaruh dalam parti dan kerajaan? Mengapa kerajaan ketika itu tidak menyedari kesan daripada tindakan pengurniaan projek tersebut mampu mendatangkan persepsi buruk?!
6. Atau dalam bahasa mudahnya, kenapa keluarga pemimpin tersebut diberikan projek ini in the first place?
7. Kita sering menempelak pembangkang mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa, TAPI pada masa sama kita juga melakukan perkara serupa? Dan bila terkena batang hidung sendiri, kita enggan pula mengakui kesilapan, malah menjadi lebih defensif daripada pembangkang?!
8. Secara peribadi kami tiada masalah dengan Shahrizat, malah kami kagum akan usahanya menyempurnakan amanah melalui pergerakan Wanita UMNO yang sangat bermanfaat kepada masyarakat umumnya. Tetapi Shahrizat juga harus sedar, persepsi memainkan peranan penting dalam percaturan politik di negara ini, sehinggakan persepsi yang terlampau mampu memusnahkan reputasi sesebuah parti politik sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.
9. Difahamkan Mohamad Hasan (MBNS) turut meluahkan rasa tidak puas hati (off record) kepada wartawan berkenaan pengurusan NFC ini sejak ianya dimulakan lagi. Malah beberapa idea dan cadangan kerajaan negeri berkenaan projek tersebut khabarnya tidak diendahkan kerana campurtangan keterlaluan daripada pihak Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
10. Kami teringin mendengar kenyataan rasmi pihak Kerajaan Negeri Sembilan beserta ADUN Gemas yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tampin, merangkap Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan isu NFC yang sedang hangat diperdebatkan. Mungkin inilah masanya untuk Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan pendapat dan pandangan mereka dalam menyelesaikan kemelut lembu ini.
11. Isu NFC ini perlu diselesaikan segera oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ianya menjadi polemik berpanjangan hingga sukar dikawal dan kelak bakal merugikan Barisan Nasional selaku parti yang menerajui Kerajaan Persekutuan.
Agaknya penulis hampir nak tulis ... else goodbye BN after GE13 ... tapi masih sayangkan BN ... so tungguuuuuu.
ReplyDeleteSetuju sangat ... kenapa keluarga Menteri dapat projek besar ?
Adakah ini norma dalam kabinet PM ... keluarga PM pun ade dapat projek besar ke ? ... other than adik PM at CIMB.
Bertambah paneh ... paneh ... paneh !!!!
walaupun benda ni berlaku masa zaman paklah dan muhyiddin jadi menteri pertanian, masih tak cukup sekadar kj saja nak defend mertua dan muhyiddin senyap. betul kita tak pertikai pasal projek tu, tapi yang kita pertikai kenapa projek tu dapat pada keluarga ahli politik berpengaruh dalam parti kerajaan. tak pakai proksi plak tu. direct family. bila najib nak counter balik isu kronisme nepotisme ni.
ReplyDeleteISU APARTMEN DAN PROJEK NFC - Statement KJ (menantu Paklah)
ReplyDeleteMengikut kajian saya, memang benar National Livestock & Meat Corporation (NLMC) telah membeli apartment One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas (SLA) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC.
Antara tugas dan skop kerja NLMC ialah proses operasi penyembelihan, boning atau proses pengasingan daging dan tulang, pembungkusan serta penghantaran disamping berperanan membeli hasil daripada ladang-ladang satelit apabila ladang-ladang ini beroperasi. Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas disini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi.
Malangnya, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi. Kelewatan operasi ini tidak disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan ini sepertimana dijelaskan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen pada 8 November ialah Kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. Apabila ladang-ladang ini tidak dibangunkan sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa atau Export Quality Abattoir (EQA) sepertimana perjanjiannya dengan NFC.
Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi? Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. Sebagai contoh mudah, kalau NLMC membeli lembu dari ladang-ladang satelit hari ini, kosnya mungkin lebih murah dari pembelian yang dibuat tahun depan disebabkan kenaikkan harga barang dan komoditi. Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu.
Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah. Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa duit dari SLA yang dikawal selia oleh kerajaan disalurkan kepada NFC sekiranya ada kelewatan operasi? Harus diingat, projek ini dimulakan dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Krisis kewangan dunia telah memberi kesan kepada perbelajaan kerajaan yang disusun semula mengikut keutamaan rakyat. Saya yakin kerajaan telah meluluskan pengunaan pinjaman dari SLA kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC. Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas.
projek tangguh, duit ada dlm akaun semasa, maka solution beli properties? bukan ke bangang keluarga shahrizat?
ReplyDeleteduit niaga lembu buat modal beli condo for investment? apa punya bahlol. ingat asset hartanah ni liquid ke? nak jual hari ni, esok gak boleh jumpa buyer?? dan lusa terus dapat duit?? memang BODOH diaorang ni, tak ada business sense at all.
bangang bangang keluarga shahrizat ni pun boleh gak dapat projek. paklah sah sah la bangang pegi bagi. muhyiddin pun 2x5.
paling bangang kj sbb tukang defend. ada masyuk kot.
tak ramai blogger pro gov yang raise isu ni. nasib baik papagomo merajuk hari tu dan senaraikan kawan bloggernya yang konon kena aniya...baru aku tau skerang blog mana yang dibayar dan blog mana yang ikhlas. hilang respect aku. patut la dorang ni main sokong dan defend je kerajaan....sbb dah masyuk tiap2 bulan. blog pembangkang kena bayar kerajaan pun sama. nak tau blog mana yang btul2 alif ba ta boleh tengok macamana mereka kritik gov dan pembangkang tanpa takut. yang salah tetap salah. yang bodoh tetap paklah.
ReplyDeleteado la tu yang suruh tok mat dan kak nab diam dari komen isu ni.
ReplyDeleteonce and for all tak boleh ke pemimpin bn ni jadi wise berbanding opposition leaders? sejak drm letak jawatan takde lagi pemimpin yang cerdik di malaysia ni.
ReplyDeleteAnak benggali bela lembu
ReplyDeleteTerbakar rumputnya yang sepi
Air darah lembu selepas sembelih
1500 ekar milik orang
Nenek moyang kaya raya
Sekarang cucu cicit pun kaya juga
Tetapi tak kongsi sesamalah kita
Duit lenyap di sapu pemimpin saja
Indahnya ladang kita ini
Warisan paklah badawi
Hasil mengalir ke tangan pemaju kondo
Rakyat dok merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Takkan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan mengkayakan keluarga
Bersatulah hati songlap sana sini
Moga harta bawak sampai mati
Kita sudah tiada masa
Kena cepat sebelum blogger bongkar
Janganlah terlalai teruskan usaha
Lembuku eskport ke Nusantara (3x)
Inilah yg dipanggil kepimpinan melalui telan dan dan, tiap2 jaman pm adalah yg menerima. kes ini dikira kecil jika dibanding jumlah kes perwaja. Den tak mudah lupa. Kes menantu dapat saham senyap begitu aja. itulah kata org cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari. kes komission besi submerine pun tergantung hinggakan rakyat dikampung, besi penutup lurang dan culvert jalan dicuri rakyat marhean. Baguslah bang paneh ekau dah insap den dakwah ekau jgn ikut melayu haprak ini yg penuh tipu daya melebihi org fasik.Mujur jaman internet org lembah pantai lebih maklum bukan nya org kg jauh dipendalaman yg senang di jual utusan meloya dan 3 suku.
ReplyDeleteekeleh hompuk. tang umno nampak. tang pujaan hati kau si pork nik, aljuburi dan pakatan syaitan dap ekau buek2 buto. lagi toruk ado dorg tu. bab tu ko tak komen pulak. adokah kau orang yang adil? kureng2 paneh ni duo2 tak botul dio balun. ekau tu balun jubur sobolah pihak yo.
ReplyDeleteTakyah buat damage control terutama dari graduan oxford ini mmg dah seratus peratus kantoi jika diluar negeri dah lama lepas jawatan. patutlah melayu jadi lemah di bumi sendiri.
ReplyDeleteberbaloi2 dgn nilai perjuangkan parti.bijak utk bikin insurans di hari tua
ReplyDelete