Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, November 11, 2011

DOA Haji Mohd Najib

Berikut ialah Doa daripada hati fikir seorang insan bernama Mohd Najib di Raudah. Kedudukan Raudah ialah ruang antara maqam Rasulullah SAW dan mimbar Masjid Nabawi, Madinah. Mohd Najib bin Abdul Razak berdoa:

"Ya Allah, Tuhan Maha Penakluk dan Maha Penguasa Seluruh Alam. Tuhan Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang. Ya Allah, ku pohon ampun sepenuh jiwa raga, zahir dan batin ku, Ya Allah. ku pohon perlindungan sepenuh roh, jasmani dan zuk daripadaMu, wahai Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Pemakbul Segala Hajat."

"Ya Allah anugerah dan kurniakanlah petunjuk dan hidayah kepadaku, untuk memimpin keluargaku dan kerabat keluargaku. Untuk memimpin Kerajaan Melayu Islam yang kau takdirkan kepada aku sebagai Perdana Menteri mengurus kuasa eksekutif Negara Malaysia."

"Ya Allah limpahkan rahmah dan magfirah kepada isteriku Rosmah Mansor dengan petunjuk dan hidayah, menjadi isteri mithali yang baik kepada keluargaku, keluarga-keluarga kerabatku, anak menantu yang solehah kepada bondaku, anak yang solehah kepada almarhum ibu bapa mertuaku yang telah kau sahut lebih dahulu, ibu yang solehah kepada anak-anakku, anak-anak tiriku. Ya Allah perturunkan hidayah dan petunjuk kepada isteriku untuk insaf, taubat dan terbimbing fikrahnya sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Ya Allah dilimpahkan kepadanya lautan kasih sayang dan gunungan sifat mulia agar menjadi contoh kepada para isteri di Malaysia."

"Buangkan sifat tamak, haloba, gelojoh, rakus, riak, ujub, bongkak, takbur dan segala sifat mazmumah persis iblis laknatullah daripada isteriku, anak-anakku, kaum kerabatku dan diriku sendiri jua, Ya Allah."

"Ya Allah limpahkan keampunan, petunjuk dan hidayah kepada seluruh rakyat Raja di Malaysia agar mencintai keamanan dan kedamaian, kasih kepada Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia, sayang kepada kesatuan ummah, kesantunan Bangsa Malaysia yang majmuk dan pelbagai wadah."

"Ya Allah limpahkan keampunan, petunjuk dan hidayah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Hishammudin Hussien, Mohd Safie Afdal, Ahmad Zahid Hamidi, Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin, Sharizat Abdul Jalil dan Rosnah Sirlin serta sekalian insan yang menjadi pemimpin kepada pertubuhan politik Islam, pertubuhan sosial Islam dan pergerakan Islam di Malaysia khasnya agar BERSATU DEMI SEBUAH MALAYSIA RAYA YANG BERDAULAT DAN MERDEKA."

"Ya Allah kurniakanlah, anugerahkanlah kekuatan, ilham, pandangan, fikiran yang tajam dan ilmu seperti yang dikau hadiahkan zuqnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Al-Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Supaya boleh aku mempimpin dan mengurus kuasa eksekutif Negara Malaysia dalam kerangka Islam penuh daulat, maruah dan bertamadun tinggi."

"Ya Allah, perkenankan lah hajat hambamu yang banyak berdosa dan hina dina ini, Ya Allah, perkenanlah doa dan makbulkanlah doa hambamu ini yang banyak tidak mengetahui, tidak menepati impian 29 juta rakyat Malaysia dan masih banyak tidak berkemampuan. Aku berserah diri, bertawasul dan bermunajat kepadaMu jua Ya Allah, kerana aku yakin akan sifat Maha Esamu, Maha Penerima Taubat, Maha Pemakbul Segala Hajat baik di dunia mahu pun di akhirat."

"Ya Allah, andai aku mati atas janji-janjiMu, matikanlah aku dalam keadaan baik, sempurna dan bersih daripada segala dosa besar dan dosa kecil, segala fitnah dunia mahu pun fitnah akhirat, bersih dan suci meninggalkan rakyat Malaysia dalam keadaan merdeka, aman dan damai."

"Ya Allah jadikanlah Islam sebagai pegangan, pandangan dan perjalanan kehidupan 29 juta rakyat Malaysia. Islamlah Agama Syumul dan Menjamin Perjalanan ke Syurga atas Janji-janji jua."

"Ya Allah, kepada engkaulah aku berserah kepada engkaulah aku mohon pertolongan. Amin-amin-Ya Rabbala'lamin..."

4 comments:

  1. Doa lah byk2, berbakul2, berlori2..duduklah bertahun2 dlm raudah atau jilatlah hajar aswad sekali pun, kalau hubungan dia dgn manusia "hablumminannas" tak baik malah penuh dgn taik, tetap dia akan jadi muflis di akhirat nanti kalau dia tak sempat tobat dan dimaafkan oleh rakyat, sebelum dia mampus.

    Najib ni serupa dgn kebanyakan manusia yg buat haji atau umrah, mohon ampun dan hidayah Allah tapi lupa dosa dia dgn manusia. Inilah kebodohan kebanyakan org islam tak faham agama tak mahu belajar main ikut2 apa org lain buat tapi yg diikut bidaah sesat dan amalan tertolak. Najib dan manusia2 ni semua ingat senang dapat ridha Allah yg tersangat mahal untuk dibeli dgn amalan haji,umrah,puasa dan solat.

    Kalau betul haji dan doa dia diterima kita tengok perangai dia selepas bergelar haji, samada haji mabrur atau malboro. Tapi balik2 aje dah menipu, kata kerajaan arab saudi puji kerajaan BN, apa citer?

    ReplyDelete
  2. anon 11.13

    memang penuhd engan taik kalo asyik menjubur macam nuar berahim muhahaha

    ReplyDelete
  3. Anon 1113am, saudara andai seorang penganut Islam yang baik, maka, bertaubatlah. Sesungguhnya, saudara ini ialah sebahagian daripada sejarah wujudnya kumpulan Muktazilah selepas Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Saudara belum tentu lagi dijemput Allah, JANGAN TERLALU LANCANG DALAM MENABUR NISTA.

    ReplyDelete
  4. setiap manusia sering melakukan kesilapan...anda pun pernah buat salah...muhasabah diri...bukan tugas kita nak menghukum seseorang....nauzubillah

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive