GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.
Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.
"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu."
"Masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan."
"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, di sini, sebentar tadi.
Sebelum ini pembangkang mendakwa, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta. - BH Online.
*********
Bosan pulak nak komen lebih-lebih. Mungkin keputusan meletak jawatan Kak Ijat adalah pilihan terbaik demi SUAMI, PARTI & NEGARA!
hikhikhikhikhik...
ReplyDeleteKalau ikutkan aku...
Korek jer semula semua projek Zaman Abdullah Badawi....
Era UMNO parah di kerjakan Dollah Badawi, SON and SIL Bhd.
lombu kalau tak mentedarah rumput bukan lombu namanya. Lombu dulu bukan setakat rumput, plastik, tin, selipar, getah scrap, taik besi semua dia sapu. Mai kita bersatu.
ReplyDeleteYang sobonanyo, bukan masaalah lombu tapi :
ReplyDelete1. Apo pasa projek mega yang berimpak tinggi ini di bori kek orang yang tak ado pengalaman ?
2. Duit yang dah di bori tu kenapo tak ado jadual pulang balik? Kok pinjam mana2 pun mesti ado jadual ee.
3.Dah dapek duit tu, sekurang2 eee kerajaan kono kontrol penggunaan eee. Itu duit rakyat. Takkan bolih melabur sewenang2 nyo.
Sey raso, bondo ni kok kono kek pembangkang....mampuih.....
Satu laie....Tolong bori tau kek agensi2 kerajaan, kalau nak untung banyak, tak payah meniago lain...BOLI KONDO yo cukup....tak yah nak poning kepalo.....bulan2 duit masuk...pulangan tinggi...
Apo nak dikato. Selero ado...bahan yo lah...den macam nie yo...Kok dulu motong, sekarang pun motong. Kok dulu manjek potai, sekarang pun manjek jugak.
ReplyDelete