Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, May 5, 2012

Jom Ekiden Run

"Marilah kita berlari beramai-ramai di mana ini adalah sebahagian daripada rencana sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 dan merupakan satu falsafah yang sangat besar iaitu menyerahkan Putrajaya kepada anak-anak muda dalam menyertai aktiviti yang lebih berfaedah," ujar Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek semasa majlis Pra Pelancaran 7th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2012 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sini hari ini.

"Menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan dedikasi adalah salah satu objektif utama aktiviti ini disamping dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan sikap persefahaman di antara Malaysia, Jepun serta beberapa lagi buah negara yang lain," ujarnya lagi.

Jumlah penyertaan pada tahun 2007 adalah seramai 131 kumpulan peserta manakala pada tahun 2011 meningkat kepada 1073 kumpulan. Jumlah ini meningkat dengan mendadak pada tahun tersebut dan pada tahun ini, jumlahnya dijangka bertambah berdasarkan kepada jumlah permohonan pernyertaan yang diterima urusetia setakat ini.

Ianya adalah satu jumlah yang terbesar dalam sejarah penganjuran Ekiden itu yang turut mencatatkan rekod di dalam The Malaysia Book Of Record. Dato' Sri Ahmad Shabery didalam ucapannya menyarankan agar pihak penganjur menghadkan jumlah penyertaan kepada 1,000 pasukan sahaja.

Jumlah ini masih besar memandangkan penganjuran di negara ini masih mencatatkan jumlah terbesar dikalangan negara-negara yang pernah menganjurkan larian ini termasuk di negara Jepun dan Singapura. Beliau juga mencadangkan supaya jumlah penyertaan terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur bagi memperlihatkan keunikan masyarakat negara ini.

"Diharapkan agar program seperti ini adalah program yang terhebat dan dapat memberi kebaikan kepada golongan muda dan mendekati mereka dengan lebih berkesan pada kali ini," katanya selepas menyerahkan borang penyertaan kepada wakil-wakil penganjur dan menerima tajaan dari syarikat-syarikat tempatan.


hbn.gov.my

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive