Pada 4 hingga 6 Mei 2012, warga Paneh Miang berbesar hati dijemput menyertai ekspedisi berkereta dalam program Konvoi Jejak Perwira anjuran Persatuan Belia Kelana Putera Seremban.
Konvoi ini telah disertai lebih kurang 60 orang belia/beliawanis sekitar Negeri Sembilan dengan penglibatan lebih 20 buah kenderaan.
Program ini adalah kesinambungan kejayaan program Jelajah Kenegaraan yang pernah diadakan pada tahun lalu.
Objektif Konvoi Jejak Perwira kali ini adalah bagi memberi kesedaran kepada belia/beliawanis tentang peranan perwira-perwira negara yang telah terkorban kerana mempertahankan tanah air.
Peserta konvoi turut didedahkan dengan sejarah negara ini apabila berpeluang hadir sendiri ke tempat-tempat bersejarah. Antara kesan tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan peserta Konvoi Jejak Perwira ialah Replika Istana Raja Melewar, Makam Dato' Dol Said, Masjid Kampung Hulu dan Memorial Balai Polis Bukit Kepong.
Antara kenangan manis Konvoi Jelajah Perwira ini ialah kerjasama yang terjalin antara pihak penganjur, peserta program, serta pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Trafik (Keselamatan) Negeri Sembilan.
Bagi memastikan kelancaran program ini, pasukan Trafik PDRM NS telah menghantar pegawai kanannya iaitu ASP Halil Hamzah yang dibantu oleh 9 anggota polis trafik. Sebanyak 7 buah motosikal polis berkuasa besar dan sebuah SUV telah digunakan dalam konvoi kali ini.
Saudara Fairus selaku ketua Konvoi Jejak Perwira, telah memuji bantuan yang telah diberikan pasukan Polis Trafik Negeri Sembilan dalam program ekspedisi ini yang sangat signifikan kepentingannya dalam menjamin keselamatan perserta konvoi, di samping mendidik peserta supaya lebih berdisiplin di jalan raya.
Di sepanjang tempoh ekspedisi ini berlangsung, pasukan Trafik PDRM bukan sahaja cekap mengawal keadaan lalu lintas bagi memastikan perjalanan lancar peserta konvoi, malah pasukan polis trafik Negeri Sembilan memiliki tahap dedikasi serta disiplin yang tinggi.
Menurut Fairus lagi, komitmen pihak polis melalui kesanggupan mereka bekorban masa dan tenaga semasa konvoi berlangsung adalah di luar jangkaan.
Ekspedisi konvoi bermula dengan taklimat keselamatan daripada pihak Polis Trafik PDRM dan diikuti bacaan doa oleh salah seorang anggotanya.
Keterlibatan pasukan Polis Trafik PDRM Negeri Sembilan dalam aktiviti konvoi sebegini merupakan satu motivasi penting buat peserta konvoi. Malah, ketika sedang menunggang motosikal pun, semua anggota pasukan Polis Trafik yang terlibat tidak henti-henti memberikan isyarat serta kata semangat kepada para peserta konvoi supaya sentiasa bergerak sebagai satu pasukan.
Anggota polis trafik PDRM juga sanggup berpanas serta basah lencun dek hujan lebat disebabkan keadaan cuaca di sepanjang ekspedisi yang tidak menentu. Sungguhpun begitu, tiada sebarang rungutan diluahkan anggota polis, malah mereka kelihatan seronok dan mesra dengan peserta konvoi. Inilah contoh keikhlasan yang ditunjukkan anggota PDRM yang terlibat dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Program ini juga sekaligus dapat merapatkan hubungan anggota pasukan Trafik PDRM dengan para belia khususnya di Negeri Sembilan. Sebagai pelindung masyarakat, anggota polis adalah ikon ikutan ramai, dan sikap sebegini membuktikan pasukan PDRM sebenarnya sangat berhemah, mesra dan memiliki tahap disiplin yang tinggi; berbeza seperti yang sering dimomokkan pemimpin dan pencacai pembangkang DAP, PkR, Pas yang kerap mengutuk dan menghentam pasukan PDRM.
Program konvoi sebegini secara tidak langsung telah menolak persepsi negetif masyarakat, terutamanya golongan belia terhadap pasukan PDRM. Jasa dan pengorbanan yang ditabur oleh pihak PDRM selama ini, tidak mungkin setara nilainya dengan wang ringgit.
Jesteru, bagi menghargai para anggota polis yang telah bersama kami dalam program Konvoi Jejak Perwira, demi memupuk rasa cinta warga Negeri Sembilan terhadap bumi bertuah ini, hanya coretan ringkas yang mampu kami nukilkan iaitu sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pasukan PDRM, khususnya Cawangan Trafik (Keselamatan) Negeri Sembilan.
Senanam pagi. Rutin harian tak tinggal walaupun di luar balai.
Hati-hati tayang punggung tu bang. Kang terliur pulak Bung Nuar. Hehe...
Meh belajar pasang kekuda.
Motor ni kalau setakat kejar mat rempit, anytime lah...
Ada ong nombor nih...hahaha!
Kereta pun tau patriotik...peserta bersih plak tak tau patriotik...apa barang!!
Berdoa sebelum berkonvoi supaya dipermudahkan perjalanan.
Vrooommm...ada bran?
Posing depan Memorial Balai Polis Bukit Kepong.
Haa...korang dengar ni sejarah sebenar Bukit Kepong. Jangan dok dengar Mat Sabu jer...
Ketepi...ketepi...!
Lain kali para pemandu jangan terasa apabila di suruh ke tepi oleh polis dalam mana-mana aktiviti konvoi. Demi keselamatan pengguna jalanraya sebenarnya.
Ni baru sikit ni. Belum tunjuk skil lipat cipan maut kat selekoh lagi nih...
Akrobatik tengah jalan. Sebenarnya masa ni hujan. Inilah taktik bagi mengelak boxer lenjun dek air hujan yang bertakung atas sit motor. Hehe...
Dedikasi...panas dan hujan, ku redah jua.
Agak eh maso ni mesti abang polis ni fikir, "Bilo lah kerajaan nak bagi polis trafik motor berbumbung, macam motor BMW tu..."
Nampak macam nak pecut, tapi 110km/jam je ni. Demi keselamatan.
Penat konvoi ni sebenarnya. Apa-apa hal makan dulu. Perut kenyang, hati senang! |
Akhir kata, "Terima Kasih PDRM."
http://sugar-brain.blogspot.com/2012/05/ceritera-afdhaluddin-zainuddin-beserta.html
ReplyDeleteapo nih paneh....tak ajak pun hehehe...
ReplyDeleteadoiii sodih den ...yolah den dah jadik orang kl...
lopeh nih buek lah pulak moto bosar ngan keto laie sekali ..eh promote ler kek www...anak nogori..
aku yg sodeh...moh menggeteh...