Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 14, 2012

Boleh percaya ke?

Ringkasan Kajian

1. Bilangan responden ialah n = 2282.

2. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

3. Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

4. Ralat kesilapan: 2.1 peratus atau 95 peratus tahap kepercayaan.

5. Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012–15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

6. Kajian melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.

7. Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.

8. Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) KPT1062-2012.

9. Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM (UMCEDEL) untuk PRU-13.

10. Hasilnya ialah: 49% undi Barisan Nasional, 21% undi Pakatan Rosak, 30% Atas Pagar (mengecil berbanding tahun lepas iaitu Atas Pagar 43%).

Kajian UMCEDEL meliputi isu politik menjelang PRU-13 seperti berikut:-

1. Persepsi terhadap Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

2. Persepsi terhadap kewujudan hubungan dengan Israel.

3. Persepsi terhadap projek Lynas.

4. Isu yang berkemungkinan menjejaskan prestasi Barisan Nasional dalam PRU-13.

5. Transformasi Dato' Seri Najib yang mampu meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional.

6. Halangan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat.

7. Harapan pengundi dalam PRU-13.

8. Penilaian pengundi kepada pemimpin politik.

9. Pandangan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohammad.

10. Kecenderungan sokongan pengundi terhadap parti menjelang PRU ke-13.

*********

Persoalan Paneh Miang

1. Sejauhmana daripada n=2282 ini boleh digeneralisasikan kepada lebih 12 juta pengundi berdaftar?

2. Sejauhmana n=2282 ini diwakili oleh pengundi muda baru yang menjadi penentu kemenangan sesuatu pihak di PRU-13?

3. Apakah teknik pemilihan responden secara rawak sesuai kepada ratio etnik yang berstrata?

4. Sejauhmana keyakinan daripada n=2282 ini terhadap konstruk elemen penilaian lain yang menjadi serangan utama Pakatan Rosak seperti sistem kehakiman, SPR, sistem penyampaian kerajaan serta ketirisan?

Pandangan Paneh Miang

1. Sampel (n=2282) agak kecil dan kurang memberi makna. Don't get carried away. 

2. Pemilihan sampel sepatutnya dipecahkan mengikut Zon SPR, barulah lebih credible.  

3. Mengecilkan peratusan Atas Pagar tidak semestinya merugikan Pakatan Rosak atau menguntungkan Barisan Nasional kerana ada pembolehubah/atribut yang sukar atau mustahil untuk mengukur persespi. Walaupun pelik, tetapi itulah realitinya rakyat Malaysia.

2 comments:

  1. Bagi membuat keputusan program PPSMI, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan lebih 5 kali persidangan meja bulat yg melibatkan semua pihak termasuk menjemput pemimpin parti kerajaan dan pembangkang, NGO2, ahli profesional dalam dan luar negara dan orang perseorangan yg berminat dll. Bagi memperkukuhkan kajian KPM telah membuat pemantauan trend keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM,STPM & MUET selama 6 tahun berturut-turut. Menjalankan penyelidikan secara 'longitunal research' selama 6 tahun yang melibatkan 100% responden diseluruh negara dgn metodologi direkabentuk dan diselia oleh 15 org pakar penyelidik pun masih dipertikai oleh PAGE, persatuan2 Cina dan NGO2 pembangkang sehingga hari ini. Ini kan pulak kajian yg hanya melibatkan responden n=2282, UMCEDEL tak payahlah nak bodek Najib dgn kajian mcm nie .....

    ReplyDelete
  2. sajo nak bagi BN leno sat....udah lah kot res-pondan :-) lobih 3 juta den cayo lah ...

    ReplyDelete

Blog Archive