Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, May 12, 2012

Antara Publisiti Himpunan Jutaan Belia 2012

Sekretariat Hari Belia Negara telah mengadakan promosi dan publisiti sempena Himpunan Jutaan Belia di Malaysia Sports Industry Exhibition (MSIE) anjuran Majlis Belia Malaysia di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Promosi dan publisiti ini berlangsung selama 3 hari bermula 4 Mei dan berakhir pada 6 Mei 2012. Malaysia Sports Industry Exhibition (MSIE) diadakan bersempena Tahun Industri Sukan yang telah diumumkan oleh YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan penaung kepada Majlis Belia Malaysia.

MSIE 2012 telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato' Seri Ismail Sabri dan majlis perasmian telah diserikan lagi dengan persembahan artis seperti Nubhan, Norish Karman dan "The Things".


Pengunjung yang hadir bukan sahaja memperolehi informasi terkini mengenai Himpunan Jutaan Belia yang bakal berlangsung 23 – 27 Mei ini, bahkan mereka juga berpeluang melihat Optimus Prime setinggi 22 kaki, pameran kereta mewah dan berbagai-bagai gerai jualan yang ada untuk dikunjungi.

MSIE 2012 juga disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang turut mengadakan pameran dan jualan berkaitan produk mereka.

hbn.gov.my

No comments:

Post a Comment

Blog Archive