Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, February 6, 2013

Malulah Jijah...

AIDCNews – 04/02/13 – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2 Februari.

Anugerah yang disampaikan kepada Wan Azizah itu sebagai menghargai keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.

Komen KNKB...

Kalau Wan Azizah isteri Kepal Nasi, Kepal Nasi akan nasihatkan Wan Azizah supaya tidak menerima anugerah tersebut. Alasannya ialah "MALU".

Imam Ghazali r.a sendiri pernah berkata, "Pengorbanan aku dalam membantu agama Allah hanyalah ibarat debu-debu yang melekat di kaki para sahabat Nabi SAW".

Siapalah ABIM untuk memberi "anugerah khas" bertaraf "Saidatina Khadijah". Siapalah Wan Azizah untuk dibariskan sebaris dengan wanita pertama yang beriman dengan agama Muhammad SAW, merangkap "kekasih Allah" yang mana jika tidak kerana kasihnya Allah kepada Baginda SAW, nescaya Allah tidak akan zahirkan alam ini. Alam ini diwujudkan Allah hanya semata-mata kerana mahu menzahirkan manusia yang bernama "Muhammad".

Antara keutamaan Khadijah As-Siddiq yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:

1. Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.

2. Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).

3. Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.

4. Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.

5. Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.

6. Insan pertama solat bersama Nabi.

7. Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.

8. Orang pertama menerima salam daripada Allah.

9. Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar), setaraf dengan Abu Bakar Assiddiq.

10. Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Adalah lebih baik ABIM dan Siddiq Fadhil fikirkan "anugerah khas isteri Nabi Lut", kepada sesiapa yang mereka fikirkan layak daripada "secara jahil muraqad" telah memandai-mandai memberi anugerah khas yang "tak terbawa dek badan".

Yang memberi tiada kelayakan. Yang menerima pun tiada merit. Anugerah khas ini samalah seperti Israel memberi anugerah khas kepada Amerika atas peranan yang dimainkan oleh Amerika di Timur Tengah dalam menegakkan keadilan, kebenaran sejagat.

Rakyat diseru supaya menolak "pendustaan dalam agama" yang dilakukan oleh manusia-manusia yang menzalimi agama dengan cara "memanipulasi".



Psst...ABIM kini sahabat BTN!!

26 comments:

  1. Kami ndak kak ros,natang!!!kak rosmah lebih layak kerna punya peribadi muslimah sejati!idup kak ros

    ReplyDelete
  2. SETUJUUUUUUU...

    HIDUP KAK ROS!!! ROSMAH MANSOR WANITA MITHALI MALAYSIA.. LEBIH LAYAK TERIMA ANUGERAH ITU..

    KAH KAH KAH....

    ReplyDelete
  3. SENARAIKAN SEBAB2 ROSMAH MANSOR LEBIH LAYAK...MINTA SEMUA KAWAN2 TOLONG TULISKAN DI SINI...

    1. ROSMAH MANSOR WANITA SOLEHAH CUKUP MENJAGA AURATNYA....

    2. ROSMAH MANSOR BERCINTA SUCI DENGAN NAJIB RAZAK.. SAMA2 BUJANG, SAMA2 SUCI...

    3. HIDUP ROSMAH MANSOR PALING SEDERHANA SEPERTI RAKYAT MALAYSIA DI KAMPUNG2

    4. ROSMAH MANSOUR TAK SHOPPING LUAR NEGERI.. HANYA DI PASAR MALAM

    5.(Tambah lagi...)


    ReplyDelete
  4. Rakyat Malaysia semakin benci Pakatan Rakyat. Muak dah.. meluat dah... Saksikan kebencian anak2 muda kepada reformasi.. Sebarkan..

    http://www.youtube.com/watch?v=0Z5dh99_hxU

    ReplyDelete
  5. Jgn hina idola muslimah kami hjh rosmah.dia juga org negeri sembilan tau.dia isteri umarak hj najib.idola muslim yg benci rasuah dan pejuang hukum islam.kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Bilo baco artikel ni den dah agak dah pencacai komplot prmbangkang akan meloncek serang rosmah. Hahaha. Rosmah ko...azizah ko...abim yg tukang beri anugerah ko sumo takdo kelayakan. Yg layak ialah ANUgerah tuhan kristian yg anu bengkok tu.

    ReplyDelete
  7. Anon 703. Ha ha ha... sapo sobanar e nang moloncek ni? Sampai nak terkeluar lagi ayat2 lucah kau tu.

    Itulah kehebatan kau. Zikir sex sex sex lucah lucah lucah tak habis2.. itulah otak UMNo

    Kau sumo dah takdo modal dah. Dah bankrap!!!

    ReplyDelete
  8. Bukti ey ekau 723 meloncek ngan komen anon 703. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. standard la bro cai pembangkang. bila tak boleh jwab dia spin la serang peribadi orang lain. tipikal.

    ReplyDelete
  10. bangang yang kutuk rosmah ni. masalahnya anugerah tu bukan beri pada rosmah tapi pada azizah. persoalannya yang dibangkitkan layak ke? so tak payah la spin isu. jawab la layak ke tak azizah dapat anugerah tu? kalau layak on what ground. explain la kalau2 orang atas pagar macam aku ni korang boleh convince. setakat kutuk rosmah tak guna..no point. or ahli pembangkang pun tak tau macamana nak hujah balas?

    ReplyDelete
  11. Ada lg manusia atas pagar???tak tau nak pilih mana?tadak prinsip?lalang?taktau pjuangan bangsa agama?buta kebenaran?jumud bebal?anu bengkok?lombap la lu ni...sekarang ramai celik maklumat n kesedaran politik tinggi dah.elok lu belajar dgn kak jijah atau kak ros.sila selidik.buat homework sikit.jgn malas nak harap kena tipu je la

    ReplyDelete
  12. jgnlah guna hadis Nabi SAW untuk merendah2kan orang kerana puak lain, mungkar puak sendiri yg bergunong2 dibutakan mata.... nanti dilaknat Allah SWT...na'uzubillah!!

    ReplyDelete
  13. haq..sapo yg guno hadis nabi tu? setau den yang selalu salah guno hadis nabi memburukkan dan merendahkan orang laen ialah pas pis pus.

    ReplyDelete
  14. Tak kira sapo....tak bolih perkudakan agama, kelak makan diri!!! PAS ko!, UMNO? UMNO memang penghalang hukum hudud ALLAH dari dilaksanakan. Asyik2 hudud PAS, hudud UMNO mano?? Kalau orang UMNO nak jalan hudud mcm org PAS dah lamo dah bejalan!! Firman Allah SWT, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." An_nisaa' 145

    ReplyDelete
  15. hudud lagi... hudud yang hadi kata 0.0001 peratus dalam quran tu? hudud yang hadi kata bukan keutamaan pas sekarang? hudud yang hadi janji akan pertahankan perlembagan persekutuan yang menjunjung islam sedangkan dulu perlembagaan yang sama dituduh perlembagaan kapir yahudi? hudud yang nik aziz kata perlaksanaannya kena ikut keadaan dan keadaan sekarang tak sesuai...bukan ayat umno ka dulu ni? skrg nik aziz ulang skrip sama semata2 sebab ghairah kena tunggang dengan dap. hudud yang tukar jadi negara islam dan sekarang negara kebajikan tu? kah kah kah. haq yang masih mabuk kena kencing presiden dan mursyidul pas.

    kau baca balik ayat kau haq "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." An_nisaa' 145.

    agak2 ayat yang kau guna tu sesuai tak dengan munafik cakap pusing2 presiden dan mursidul pas kesayangan kau tu?

    ReplyDelete
  16. BTN banyak bawak masuk orang ABIM dalam agensi sedangkan jelas ABIM menyokong pembangkang. Apa kes Ahmad Maslan?

    ReplyDelete
  17. Kasihan orang UMNO dan pengikut pengikut yang Mahathir kata dah rosak hingga ke usus. Melihat pada pendapat pendapat diatas memang sahlah apa yang di katakan Mahathir. Kalau dah bebal, bodoh dan rosak hingga ke usus tak payahlah bagi pendapat. Hanya menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kasihan........

    ReplyDelete
  18. Sdr'
    Perbedzaannya macam langit dan bumi.Saya sedihlah tengok Anon 7.55 di atas,komen dia sama saja bunyinya pada tiap-tiap komen yang ia buat.Mesti nama Mantan PM Mahathir keluar dan selepas itu mengata orang lain dengan berbagai gelaran.Nasihat saya janganlah menulis perkara-perkara yang yang mnyinggung perasaan orang lain,bagi komen secara berhemah dan bernas baru orang lain hormati.seperkara lagi di perhatikan beliau amat suka mengatakan orang Negeri Sembilan bodoh.Mungkin beliau ini belum matang fikirannya dan membuat kenyataan mengikut emosi.Tidak menjadi satu kesalahan untun menyokong mana-mana pehak,tapi jika mahu mempertahan satu-satu isu itu mestilah denganberfikiran waras,gunakan Bahasa yang baik baru orang hormati.Salam

    ReplyDelete
  19. Wahai Anon 9:09, Tak payah lah nak tegak benang yang basah. Sebaiknya lihat diri kamu sendiri, kalau kamu bolih menjatuhkan maruah orang sesuka hati melalui blog kangkung kamu ni,mengapa saya tak bolih menjatuhkan maruah kamu semua yang bersubahat dengan penulis blog ini. Sesungguhnya jika kamu menjatuhkan maruah orang lain, maka orang lain berhak menjatuhkan maruah kamu sendiri. Fikir fikirkan lah.

    ReplyDelete
  20. Sdr.
    Inikah hasilnya parti yang mangaku memperjuangan Islam melahirkan maanusia yang bersifat pendemdam.Adakah saya menjatuhkan maruah sdr atau pun perkataan belum matang itu amat meyakitkan bagi saudara.Adakah bahasa yang saya gunakan kasar saperti yang kerap sdr gunakan.Bertaubatlah, dan berterima kasihlah pada empunya blog ini yang juga bersubahat dengan sdr meyiarkan komen saudara.Salam

    ReplyDelete
  21. Admin delete komen?

    ReplyDelete
  22. Anon 12.50.
    Nobody lost here,but I think you lost your self respect.Salam

    ReplyDelete
  23. Hahhhhhh! MACAM MANA NI TUAN2?

    SIAPA LEBIH LAYAK TERIMA ANUGERAH SITI KHADIJAH?

    ROSMAH MANSOR atau WAN AZIZAH ISMAIL?

    ReplyDelete
  24. Mesti le kak rosmah.dia comel

    ReplyDelete

Blog Archive